Wednesday, May 2, 2012

Cantonese Crispy Noodle - Bee Hoon style Kantonis

Assalamualaikum...

Salam Rabu buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang dikasihi...hari ini dah masuk kedua dalam bulan Mei, baru saya dapat bersiaran.  Sebenarnya ada juga entry yang hendak saya kongsi bersama kawan2 tapi oleh kerana agak sibuk asik la berjalan sahaja kesana kemari pada minggu nie maka terpaksalah saya menyepikan diri dari bloging buat 2-3 hari...dan kali ini saya nak berkongsi resepi tertungak yang saya buat pada cuti hari buruh semalam iaitu Cantonese Crispy Noodle atau Bee Hoon Kantonis@ Bee Hoon Sarang Burung macam pulak yer namanya. Jom kita semak resepi dibawah

Cantonese Crispy Noodle - Bee Hoon style Kantonis

Bahan-Bahan

300 gm Bee Hoon
200 gm udang @ secukupnya - sederhana besar dibuang kulit dan kepala tinggalkan ekornya -(boleh juga ditambah sotong, isi ayam, fish ball /cake - saya cuma guna udang sahaja)
1 cawan kobis bunga - dipotong bunga
1/2 batang lobak merah - dihiris serong
4-5 cendawan segar - dihiris nipis
10 biji kacang snow peas
1/4 biji capsicum merah - hiris memanjang
1/4 biji capsicum kuning - hiris memanjang
1/4 biji capsicum hijau - hiris memanjang
5-6 batang putik jagung muda - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris/racik halus
5 ulas bawang putih - dicincang
1/2 sudu teh lada sulah
2 sudu makan sos tiram
1 kiub ayam korr
sedikit garam
air secukupnya anggaran 1.5 liter
3 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
minyak untuk mengoreng bee hoon secukup

Cara:

1. Mula2 sediakan bee hoon dahulu dengan memanaskan minyak dalam kuali, gorengkan bee hoon sedikit2 dahulu, apabila minyak dah panas masukkan lebih kurang secekak bee hoon dan bila bee hoon dah kembang terus diangkat dan toskan simpan di bekas kedap udara sebelum digunakan. api jangan terlalu besar nanti cepat hangus pula.
2. Sediakan pula untuk kuah kantonis. Panaskan sedikit minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih cincang dan bawang besar yang dihiris hingga layu dan berbau harum, masukkan udang, diikuti dengan sos tiram, lada sulah dan kiub pati ayam, masukkan air masak sehingga kuah agak mendidih.
3.  Masukkan karot dan bunga kobis, apabila dau sayuran ini agak empuk masukkan sayuran yang lain. masakkan sebentar hingga bahan2 ini masak tak perlu lama2. masukkan sedikit garam dan rasakan kesesuaian rasanya.
4. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air tadi, masakkan sehingga kuah agak mendidih dan memekat sedikit padamkan api.
5. Untuk hidangkan bee hoon, letakkan bee hoon garing di atas pinggan dan siramkan dengan kuah berserta sayuran dan udang, sedap dimakan panas2..cubalah sedapppp...







No comments:

Post a Comment