Saturday, May 12, 2012

Puff Pastry Berinti Kentang Ayam...lagi dan lagi...

Assalamualaikum...

Selamat petang Sabtu dan selamat berhujung minggu buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...dah lama saya tak mengupdate blog nampaknya...sebabnya tak ada masakan yang menarik nak saya kongsi bersama dan semenjak kebelakangan ini saya juga jarang kedapur...bukan la bermakna dapur di rumah saya tak berasap cuma tuan punya blog nie yang malas nak masak memasak aktiviti harian di dapur rumah ini berjalan seperti biasa sebab master chef bedah adik saya tu tetap masak tiap2 hari untuk hidangan pagi, tengah hari sehingga la ke malam...klau chef bedah tu bercuti tak makan la anak2nya nnati.. saya pun tumpang sekaki gak makan... tak malunyer..tapi ada akak kesah....muahahaha..bila la saya nak menjadi super rajin eks...

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi resepi yang dah banyak kali juga saya buat iaitu Puff Pastry Berinti Kentang Ayam..sebabnyer itu sahajalah yang saya buat hari ini.  Pagi tadi bedah buat meehoon goreng dengan mee goreng untuk sarapan maklumlah anak2 ramai, saya pulak goreng nuget ajer buat makan kami anak beranak...tapi tak sempat la nak di ambil gambar..sebab semua orang dah tak sabar nak makan meehoon goreng yang sangat la sedapnyer tu...nanti bila bedah ada buat lagi saya akan amik gambar dan kongsikan resepi disini...walau pun bahan2 rencahnyer ala kadar tapi kata orang air tangan tak akan sama bila dah rasa kesedapannya mesti kita suka dan teringat sampai bila2...wahhh panjang pulak cerita saya nie...jom la kita semak resepi ulang tayang lagi dan lagi...kata orang selagi anak2 buah saya kat rumah nie tak jemu jelak makan puff pastry ni so saya pun tak jemu jelak membuatnyer...xkisah la kan sebab ianya mudah nak buat pastry beli yang ready made jenama kawan tu ajer cuma kita perlu buat intinya sahaja terpulang la pada kretiviti masing macamana nak mempelbagaikan pastry ini...

Puff Pastry Berinti Kentang Ayam...

Bahan-Bahan

1 paket puff pastry jenama kawan size 4x4 inci (ada 10 keping)
1 biji kuning telur - untuk di sapu di atas pastry

Untuk Inti
4 biji Kentang - dipotong dadu kecil
1/2 batang karet - dipotong dadu  kecil
1 pohon daun sup - dihiris halus
1 keping dada ayam - dihiris kecil
1 biji bawang besar - di dadu halus
2 biji bawang putih - dicincang
2 sudu makan rempah kari ayam - dicampur dengan sedikit air jadikan pes
sedikit air secukupnya - dalam 1/2 cawan
sedikit dan gula untuk perisa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1.  Mula2 sediakan bahan2 untuk membuat inti.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga berbau harum, masukkan pula rempah kari, tumis hingga naik minyak masukkan pula ayam.
2.  Balik2kan dan masukkan ayam yang dihiris diikuti dengan air, masukkan kentang dan karet. Masak hingga kentang dan karet agak empuk. tambahkan sedikit lagi air jika perlu,  Perisakan inti dengan garam dan gula secukupnya dan akhir sekali masukkan daun sup yang dihiris halus..
3.  Balik2kan sehingga masak dan padamkan api.  Masukkan dalam mangkuk dan sejukkan sebelum digunakan.
4. Untuk menyediakan puff pastry, keluarkan pastry dari peti sejuk dan apabila dah agak hilang beku tapi jangan tunggu terlalu lama sebab susah nak di handle jika pastry agak lembik.
5. Ambil sekeping pastry letakkan sedikit tepung di atas tempat untuk torak atau leperkan sedikit pastry supaya senang untuk ditorak. Potong dua, jadi nya sekeping boleh dapat 2 puff..kelarkan di sebelah sahaja bahagian pastry tadi dan disebelah bahagian yang tidak dikelar letakkan inti sekucupnya. Lipatkan bahagian yang berkelar di sebelah atas. tekankan sedikit dihujung pastry dengan garfu supaya tidak terbuka bila membakar nanti.
6. Letakkan di atas loyang yang ditabur sedikit tepung gandum. buatlah sehingga selesai dan sapukan di atas permukaan pastry dengan telur yang dikocok sedikit. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'c lebih kurang 20-25  minit bergantung pada oven anda atau sehingga puff pastry masak dan garing.  Hidangkan panas2 untuk minum petang atau sesuai juga untuk di bawa bekal berkelah..




No comments:

Post a Comment