Monday, May 21, 2012

Pulut Manga...

Assalamualaikum...

Salam dan selamat pagi semua sekali lagi kita bertemu di hari Isnin yang baru semoga minggu ini memberikan kita semangat baru untuk bekerja atau melakukan apa2 jua perkara dengan lebih bersemangat dan sesempurna mungkin..kalau ada saki baki rasa kemalasan sebab baru bercuti hujung minggu selama 2 hari buangkan jauh2 dan tarik nafas sedalamnya mulakan hari ini dengan nafas yang lebih segar dan ceria...cewahhh begitu panjang nampaknya intro motivasi saya pagi ini yer...sedangkan saya sendiri hari ini tidak bekerja dan mengambil cuti..tapi ada sebab-sebabnya mengapa saya perlu bercuti hari ini..ada perkara2 yang saya perlu bereskan saya perlu ke bandar ke pejabat peguam, ke bank dan macam2 lagi lah..sebelum saya bercuti tak berapa nak panjang 4 hari sahaja mulai rabu ini untuk ke Indonesia..

Saya sebenarnya agak rasa kemalasan untuk mengupdate blog semalam sepatutnya dah saya masukkan 2 entry tangguh punya tangguh satu benda pun tak menjadi...so pagi2 ini sebelum mulakan aktiviti lain saya luangkan juga sedikit waktu untuk update blog, dan pada kali ini saya akan berkongsi dengan kawan2 semua resepi Pulut Manga yang terkenal di sebelah utara tanahair dan saya rasa resepi asalnya berasal dari Thailand.. Pulut Manga ini memang menjadi kegemaran anak2 buah saya terutamanya Iqin dan Aina...mak j nya pun suka maklumlah apa2 sahaja yang berasaskan pulut memang saya suka...bila buat pulut manga seperti ini teringat pulak pada arwah mak yang sangat suka bila saya buat pulut manga dulu2 Al-Fatihah untuk mak..tapi ada tapinya mak saya lebih suka pulut manga yang dimakan bersama susu cair dan gula melaka..Iqin juga suka versi Pulut Manga yang itu..boleh semak di

Ok lah tak sempat nak berceloteh panjang kita terus pada resepi yer..terima kasih pada semua yang sudi singgah di ZLC ini sekali lagi...

Pulut Manga

Bahan-Bahan

Bahan Untuk Pulut:
2 1/2 cawan beras pulut - cuci dan rendam sekurang2nya 2-3 jam
1 cawan santan pekat
1 cawan air
secubit garam

Bahan Untuk Santan - dressing
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair @ air pun boleh
2 sudu makan gula pasir
1/4 camca teh garam
1 sudu makan tepung beras/jagung
1 helai daun pandan - disimpul

Beberapa biji manga yang masak ranum - didadu/dipotong ikut suka

Cara:

1. Mula2 sediakan pulut dengan cara masukkan pulut di dalam loyang campurkan santan pekat dan air bancuhkan bersama sedikit garam dan curahkan diatas pulut. Santan perlulah separas pulut sahaja tak perlu lebih. Kukus lebih kurang 20-30 minit atau hingga santan sejat.
2. Bila santan mengering dan pulut hampir masak, balik2kan dan kukuskan sebentar lagi dalam 10 minit.
3. Sementara nak tunggu pulut masak boleh sediakan santan untuk dressing dengan masukkan santan pekat bersama santan cair atau air ke dalam periuk kecil, masukkan sekali gula, garam dan daun pandan yang disimpul. Tepung jagung/beras dicampur dengan sedikit air dan masukkan ke dalam santan. Masakkan kesemua bahan ini di atas api yang sederhana kecil sehingga mendidih dan tutupkan api.
4. Cara menghidangkan ambil pulut sama ada dibentuk dengan sebarang acuan atau ceduk sahaja letak dalam mangkuk atau piring letakkan sedikit mangga yang didadu dan curahkan santan yang dimasak tadi di atasnya.  Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment