Tuesday, May 8, 2012

Roti Goreng Telur Berbawang dan Jus Mangga..

Salam n selamat malam buat semua...sekali lagi saya bersiaran tapi dengan entry yang sangat simple dan mudah kalau budak2 sekolah rendah pun boleh boleh buat...dan sebenarnya anak2 buah saya yang masih bersekolah rendah iaitu Ayed dalam Tahun 6 dan Iqin Tahun 5 membantu saya untuk menyediakan minum petang kami hari ini.

Bila balik kerumah dari pejabat petang tadi Ayed kata pada saya nak buat Roti apa celop...kebetulan memang ada roti saya kata boleh juga..yeyed yang tolong kupas bawang dan hiris juga mengocok telur saya cuma tolong potongkan roti dan menggoreng sahaja.. Iqin pula tolong buatkan jus mangga...mak aiiii memang sedap dan terangkat jus mangga Iqan hari ini sebab nak habiskan stok buah mangga yang saya beli minggu lepas so apalagi 5 biji mangga yang bersaiz sedang yang dah masak ranum di blender dijadikan jus...pehhh terbaik rasanya dapat minum jus mangga yang sedap sejuk dan pekat... emmm nak tulis tak resepinya yang amat mudah nie ke tak eks...walaupun sangat mudahnya saya tuliskan juga yer...mana tau boleh buat panduan anak2 dimasa cuti sekolah nak tolong ibu didapur untuk sediakan sarapan atau minum petang dengan roti goreng telur yang amat simple ini...jom kita tengok resepi mudah di bawah ini yer...

Roti Goreng Telur Berbawang

Bahan-Bahan:

7-8 keping roti putih - dipotong 4 -bentuk tiga segi
2 biji bawang - dihiris nipis
3 biji telur
secubit garam
secubit lada sulah
minyak untuk mengoreng
sos kegemaran anda cili sos, mayonis atau sebagainya

Cara:
1. Telur dikocok atau dipukul sedikit campurkan dengan secubit garam dan secubit lada sulah, masukkan sekali bawang besar yang dihiris nipis dan gaul rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan roti pada telur yang telah dipukul tadi dan tepek2kan sekali bawang di roti gorengkan dengan balik2kan selalu sehingga warna kuning keemasan. Angkat dari kuali dan toskan lebihan minyak. Hidangkan bersama sos pilihan anda sama ada sosnya di letak berasingan untuk dicicah atau susun dan pancitkan dengan sos seperti yang saya buat..saya gunakan sos mayonis cheezy Lady's Choice.  Selamat mencuba..


Jus Mangga 

Bahan-Bahan untuk satu jug sedang 1liter
5 biji buah mangga yang masak ranum - buang kulit dan hiris isinya
1/2 cawan gula pasir
800 - 1000 ml air masak/mineral
ais cube secukupnya

Cara:

1, Blenderkan buah mangga dengan separuh dari air masak/mineral yang hendak digunakan bersama 1/2 cawan gula.
2. Masukkan ke dalam jug gaul rata dengan sudu dan campurkan dengan ais kiub secukupnya.  Hidangkan sejuk..Musim cuaca panas macam nie memang sedap dapat minum jus buah2an yang menyegar.


No comments:

Post a Comment