Tuesday, June 19, 2012

Mee Goreng Ala Mamak...again..

Salam petang selasa untuk teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi..Alhamdulillah petang ini hujan turun tapi sayangnya sekejap ajer...kalau lama sikit dapatlah menyejukkan sedikit cuaca yang dah sekian lama panas niekan..bagaimana pun dengan adanya hujan yang walaupun sedikit sahaja tu dapat juga pokok2 dan tanaman2 menikmati kesegaran ujan yang lama betul tak dinikmatikan...kita kalau rasa haus atau lapar terus ajer boleh cari makanan atau minuman tapi pokok2 tu kena tunggu hingga hujan turun  kesian pada mereka kan..hehehe cerita pasal hujan dan pokok pulak yer...

Hari ini setelah sekian lamanya tidak menulis resepi di blog yg agak dh suam2 kuku nie saya nak kongsi satu resepi mudah yang biasa dimasak atau di jual di restoran mamak iaitu Mee Goreng Mamak..rasanya ramai orang yang suka makan mee goreng mamak termasuklah saya tapi suka yang dibuat di rumah masak sendiri lah tu bukan yang dibeli di restoran mamak...hehe patut tukar nama dia kan macam nie bukan mamak yang masak tapi org melayu yang masak..ok lah asik merapu jer..jom arr kita terus tengok resepi di bawah:

Mee Goreng Ala Mamak...

Bahan-Bahan
400 gm mee kuning - basuh dan toskan
15 ekor udang sederhana besar
2-3 sudu besar cili blender
8 ulas bawang merah - diblender
3 ulas bawang putih diblender
4 sudu makan tomato sos
3 sudu makan sos tiram
3-4 sudu makan kicap manis
2 biji kentang - dipotong kecik ikut suka dan goreng hingga enpuk
2 batang fish cake - dihiris
2 keping tahu dihiris dan digoreng embal
semangkuk taugeh
daun sup dan bawang sepohon - di potong 2 cm
2 biji tomato buah dipotong baji
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang diblender cili, bawang hingga agak mengaring dan naik minyak.  Masukkan pula sos tomato, sos tiram dan kicap, sedikit garam dan gula, masukkan sedikit sahaja air dalam 1/2 cawan diikuti dengan udang, balik2kan sihingga udang agak berubah warna.
2. Masukkan pula fish cake dan kentang yang telah digoreng diikuti dengan mee kuning, goreng hingga mee mesra dan masak sebati, akhir sekali masukkan daun bawang dan sup yang dihiris, taugeh, tahu yang digoreng dan tomato, bila dah masak padamkan api dan hidangkan bersama hirisan timun dan limau kasturi.
sedap cuba lah..

No comments:

Post a Comment