Friday, June 22, 2012

Musim Durian @ Musim Sakit...?%^_@*&..

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua teman2 yang saya sayangi dan pengunjung ZLC..terima kasih dah sayang anda juga sebab sudi menjengah ke blog saya ini yang kejap ada entry kejap xder..macam biskut chipsmore pulak eks...hehehe.. Saya ingin memohon maaf bukan sengaja xmau mengupdate blog tapi tuan tanah xbrapa sehat minggu buah2an nie kan...hehe..tapi sakit yang biasa2 ajer bukanlah sakit yang teruk sangat atau yang orang kata hingga hilang nafsu makan tu..ohh tidak sebab saya masih lagi suka makan durian dan menikmati kemanisan dan kepahitannya baru lah datang nikmatnya bila makan duriankan..

Saya sebenarnya diberi cuti sakit oleh Doktor selama 2 hari untuk berehat..dan berehat la juga kata orang sesekali dapat bercuti...tapi dalam pada tu semalam ada saudara dari belah arwah bonda kami sms adik saya Bedah..ajak ke rumahnya untuk menikmati buah durian di kebun belakang rumah...jadinya apa lagi bagaikan orang mengantok disorongkan bantal...wahhh peribahasa karam singh walia pulak keluar pepagi hari nie...saya dan adik saya Bedah berserta suaminya dan Aina pun ke Kg. Sinaran baru rumah saudara kami tu..nie namanya betul2 saudara musim buahan2 tapi takperlah terpaksa la sorokkan sedikit kemaluan tu sebab suka punya pasalkan...muahahaha.  Sampai di sana hampir jam 10 iaitu selepas saya ke poliklinik..

Dan orang yang sakit nie pun macam terus jadi sihat bila tengok dusun yang sangat dijaga rapi dan bersih serta pokok2 durian tua yang sangat tinggi dan berbuah lebat.  memang lah sangat terujanya saya pun turut berjalan hampir ke penghujung dusun berpimpin tangan dengan Mak Peah sepupu kepada arwah bonda yang masih kuat walaupun sudah menginjak usia 76 tahun tapi beliau masih sehat dan comel ajer orangnya.. hampir 3 ekar juga berjalan kaki tapi kerana jalannya bersih dikelilingi pokok2 mangis yang akan berbuah pada musim raya katanya, pokok2 pulasan, duku langsat, dan durian maka tak terasa bahawa sangat jauh kami berjalan. 

Sepanjang perjalanan di dusun ada juga buah durian yang baru gugur dan Bedah adik saya bersama Zihan anak Mak Peah pun menjijit buah2 durian...terima kasih Zihan ajak kami ke dusun dan kalau ada lagi musim buah ajaklah lagi...tu la bak kata orang saudara musim buah memang xpenah menolak ajakan untuk makan durian yang sangat sedap ada yang manis2 lemak dan juga kelat2 manis memang terbaik dari ladang lah..ok cukup setakat ini cerita sedara buah saya lepas nie kalau rajin saya masuk entry sarapan pagi ini pulak yer..

No comments:

Post a Comment