Tuesday, June 12, 2012

Pulut Serunding @ Pulut Cawan 2.

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat semua rakan2 dan pengunjung ZLC..hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 sejenis kueh melayu yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya...sebenarnya hajat di hati nak buat pulut panggang tapi malangnya tak ada daun pisang jadilah pulut serunding..saya buat serunding kelapa udang kering ini pada hari sabtu lepas, so simpan dalam peti sejuk bila nak guna keluarkan dan di panaskan semula..sebenarnya banyak makanan yang kita boleh buat in advance kalau x mana nak tekejar nak buat itu dan inikan..oklah panjang pulak cerita saya pepagi ini..so terus sahaja kita tengok resepi mudah di bawah yang saya masak untuk sarapan pagi Isnin, kebetulan pula kakak saya Noly yang datang dari KL tu memang peminat pulut serunding jadi dapatlah dia makan pulut serunding saya yang sedap ini...muahahaha perasan sedap sendiri masak...xkisah lah kan...

Pulut Serunding

Bahan-Bahan

Bahan2 Untuk Serunding Kelapa Udang Kering:

1 biji kelapa parut - yang putih dan muda (di sangai sedikit cukup sekadar agak kering dan ringan)
1/2 cawan udang kering* - direndam sekejap dan diblender
1/2 senduk nasi cili kering yang diblender*
1 batang serai - dihiris dan diblender*
6 ulas bawang merah - diblender *
3 ulas bawang putih - diblenbder*
2 sudu besar biji ketumbar - diblender*
1 inci kunyit hidup - diblender*
Gula pasir secukupnya - saya guna dlm 4 sudu makan
Garam Secukupnya - dalam 1/2 camca teh
1/2 cawan - minyak untuk menumis

Bahan2 Untuk Tanak Beras Pulut:

3 Cawan - Beras Pulut - direndam dalam 2-3 jam
Air - ikut paras beras pulut dan lebihkan sedikit sahaja >< 1/2 ruas jari
2 sudu makan minyak masak
sedikit garam

Cara: Untuk buat Serunding Kelapa Udang Kering
1. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang diblender yang bertanda* hingga naik minyak dan agak mengaring, masukkan pula gula dan garam, balik2kan lagi hingga perencah masak elok dan naik minyak.
2. Masukkan pula kelapa parut yang telah disangai kering.  Balik2kan sehingga semua bahan bergaul rata dan kacau selalu hingga serunding masak cantik dan gorenglah agak lama sedikit atau hilang lembabnya jika hendak simpan lama.

Cara: Untuk Tanak Beras Pulut:
1. Toskan air merendam pulut, sukatkan air dengan beras pulut mengikut paras pulut dan dilebihkan sedikit sahaja. lebih kurang 1/2 ruas jari, masukkan juga garam dan minyak masak dalam 2 sudu makan.
2. Masak seperti nasi biasa dalam rice cooker, jika guna periuk biasa masak dengan api yang kecil sahaja.
Masak sehingga beras pulut mengering dan gaulkan rata. serta biarkan masak seketika hingga pulut benar2 masak. Padamkan api dan sejukkan terlebih dahulu
3. Untuk menghidangkan pulut serunding, pulut diletak dalam acuan atau cawan yang kecil tekan2 sedikit supaya mampat, golekkan pulut dalam serunding dan hidangkan.  Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment