Monday, July 30, 2012

Ayam Masak Kicap Ala Stew..

Salam..n berjumpa sekali lagi pada hari ini kalau tadi dah ada pencuci mulut atau manisan kali ini saya nak kongsikan lauk ayam yang saya masak untuk berbuka semalam ala2 sempoi jer main campak2 sebab dah xder idea nak masak apa...so jadilah lauk yang ala2 stew tapi berkicap n sedap lah juga di tekak yang tak berapa nak makan pedas sebab berpuasakan sebenarnya kesian kat anak2 buah yang kecil yang berpuasa di rumah tu bila masak yang pedas2 nanti.  Ok xder story mory so terus jengah bahan2 yang diperlukan seperti di bawah ok..

Ayam Masak Kicap Ala Stew

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam sedang - dipotong kecil
2 labu bawang besar - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar halus
3/4 cawan kicap lemak manis - saya guna kicap Jalen
1/2 cawan tomato sos
1/2 camcateh sebuk lada hitam - kalau x nak pedas boleh guna serbuk lada putih
3 1/2 cawan air
3 biji tomato - dipotong dadu
5 biji kentang yang sedang - dipotong 4
1 batang carrot - dipotong kiub memanjang
2 biji bawang besar yang kecil di potong baji
2 sudu makan tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam untuk perasa
sedikit daun sup dan daun bawang untuk tabur
sedikit bawang goreng untuk tabur.

Cara:


1. Masukkan bahan2 yang diblender bawang besar, bawang putih dan halia dalam periuk bersama 3 1/2 cawan air, masukkan ayam juga masak sehingga mendidih dan ayam agak empuk.
 2. Masukkan pula kicap, sos tomato, serbuk lada hitam dan kentang serta carrot masak sehingga kedua2 sayuran ini lembut atau empuk, masukkan pula bawang besar yang dipotong baji dan tomato buah yang di potong dadu.
3. Apabila ayam dan sayuran mesra masukkan pula tepung gandum yang di bancuh dengan sedikit air masakkan sehingga semua bahan agak mesra dan memekat dan masukkan sedikit garam..jangan letak banyak sebab dah ada kicap. Renihkan dengan api yang kecil sebentar sebelum dipadamkan api. Bila menghidang taburkan dengan daun sup dan daun bawang.  Hidangkan bersama nasi putih atau boleh juga kalau nak makan dengan roti perancis..cubalah sedappp..

No comments:

Post a Comment