Monday, July 2, 2012

Glutinous Rice Dumpling @ Kueh Chang

Assalamualaikum...

Salam  Isnin buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...satu resepi masakan cina yang hendak saya kongsikan dengan anda semua hari ini Glutinous Rice Dumpling @ Kueh Chang Halal yang pertama kali saya cuba membuatnya dan alhamdulillah menjadi..sejak seminggu dua yang lalu saya ada menjengkat di Youtube cara2 untuk membuat Kuih Chang ini dan dari meninjau bahan yang digunakan sehinggalah saya dapat mengolah kepada citarasa kita iaitu dengan memedaskan sedikit inti di dalam chang saya ini..
Rice Dumpling yang siap direbus

Oleh kerana ada permintaan orang2 yang suka makan kueh ini iaitu my twin sister che ni n che no dan memang sukar untuk mendapat yang halal di pasaran so semalam saya pun buatlah kueh chang yang rasanya sedap bagi mereka yang gemar makan pulut macam saya dan semua2 di rumah saya...termasuklah si comel Aina Arissa tu pun suka..ok jom kita semak bahan2 yang diperlukan bagi membuat kueh Chang ini.. untuk cara2 membungkus boleh rujuk youtube yang ini ok..

Cara2 untuk membungkus boleh rujuk youtube di atas ok..

ini lah rupa kueh yang siap untuk dimakan..

Glutinous Rice Dumpling @ Kueh Chang Halal

Bahan-Bahan

1 kg beras pulut - direndam 12 jam atau semalam
40 helai - daun buluh (boleh dibeli di kedai sinseh atau supermarket) rebus dengan sedikit garam dan bila dah mendidih padamkan api serta biarkan terendam selama 12 jam
Tali Rapia secukupnya untuk mengikat.- 20  yang dipotong anggaran 2 kaki
Bahan2 yang digunakan

Bahan untuk Inti Chang:

1. 1 mangkuk isi ayamg yang di dadu - lebih kurang 3 keping dada ayam
(Tumiskan ayam ini dengan bawang yang dimayang bersama bawang putih dan sedikit halia, lada sulah dan masukkan juga sedikit kicap, masakkan anggar ayam empuk dan agak kering padamkan api)

2. 8 -10 keping cendawan hitam (shitake kering) di rendam dan dibelah 4

3. 1 cawan udang kering - di cuci dan toskan ( tumiskan udang kering bersama 3 sudu makan sambal tumis jika nak pedas lagi boleh tambah) hingga agak mengering

4.  1 cawan bawang goreng
daun buluh yang telah direndam 12 jam potong sedikit hujungnya

Bahan-bahan untuk Pulut
6 sudu makan - Oyster Sos
6 sudu makan - Kicap
4 sudu makan - minyak bijan


Cara:
1. Beras pulut yang telah direndam dan ditoskan tadi di masukkan dalam kuali dan masukkan oyster sos, kicap dan minyak bijan. Gaul dan balik2kan sehingga agak mengering padamkan api dan salinkan dalam mangkuk dan sedia.


Proses untuk membungkus Kueh Chang


1. Ambil dua helai daun buluh, yang telah direndam selama 12 jam daun buluh akan jadi lembut. letak di tapak tangan secara melintang bahagian hujungnya digunting sedikit, daun ini kemudian dibentuk seperti kun atau kelongsong kita nak buat kueh lopes atau ketupat palas, sila lihat cara2 membuatnya di Youtube
2. Isikan separuh dari kelongsong dengan pulut tadi, mampatkan sedikit letakkan intinya, ayam yang digoreng kicap tadi, sedikit udang kering bersambal, 2 hiris cendawan dan sedikit bawang goreng, tutupkan semula inti kueh kacang ini dengan pulut, tekan agar padat. 
3. Tutupkan pulut tadi  bentukkan segitiga hingga rapat dan ikat dengan tali agar benar2 rapat dan tidak terburai bila di rebus.  Buatlah sehingga habis.
4. Didihkan air di dalam periuk untuk direbus terendam kueh chang ini selama 2 jam. Bila dah masak toskan dahulu dan sejukkan.  Sedia untuk dimakan... selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment