Tuesday, July 31, 2012

Gulai Kawah Daging...

Assalamualaikum...

Dah masak ke untuk iftar puasa yang ke 11 nie kawan2..pastinya ada yang lebih senang masak awal sedikit jadi pada waktu2 petang dah boleh berehat atau buat keje2 lain kan..tapi saya rasa tak kurang juga ada yang suka memasak pada waktu petang atau hampir waktu nak berbuka dapatlah sajikan masakan yang panas2 untuk berbuka nanti..mana2 pun boleh..tp untuk mereka2 yang bekerja agak kelam kabut juga yer kalau balik dah lambat jalan pulak jem...mana nak kejar masak nasi dan lauk mesti x dan kan..jadinya yang mengambil jalan penyelesaian masak nasi sahaja manakala lauk pauk beli di bazar ramadhan..tu pun x boleh nak selalu2..sebab harga makanan yang siap bermasak di bazar Ramadhan pun boleh tahan mahalkan..

Ok lah saya cuma nak kongsikan resepi lauk atau gulai yang amat popular di sebelah pantai timur dan juga utara ada juga rasanya iaitu Gulai Kawah..lauk yang seakan kari ini menggunakan rempah tersendiri memang sedap bagi mereka yang suka masakan daging ala2 kari dan berkuah. Semasa akak kembar saya che ni dan che no ke Kelantan sebelum bulan puasa hari tu saya ada lah kirim rempah gulai kawah, rempah gulai nasi dagang, rempah kuzi selain ada pesan beras dagang yang berwarna merah dan serunding daging yang menjadi kesukaan saya..emm bnyak betul makanan pantai timur yang saya suka yerr...xperkan..menikmati makanan dari berbagai negeri di Malaysia nie satu kenikmatan mana ada negara2 lain yang mempunyai kepelbagaian dari segi etnik kaum, budaya dan makanan yang pelbagai...bertuah sungguh menjadi rakyat Malaysia sebab bila tiba musim Ramadhan kat bazar ramadhan tu segala sejenis makanan dari seluruh malaysia boleh kita jumpa cuma sediakan fulus sajer..sebut ajer nak pesembor penang ada, laksa utara ada, nasi dagang n nasi kerabu ada, kueh akok ada, gulai tempoyak n pucuk ubi masak tempoyak nogori ada, cukup smua dari utara, pantai timur, barat daya, selatan semua ada...hehehe asik citer makan jer bulan2 puasa nie..makruh lak nnti.. Jom la kita semak resepi mudah di bawah


Gulai Kawah Daging..

Bahan-Bahan:

1 kg daging - dihiris dan rebus hingga empuk dalam periuk tekanan tinggi
400 ml - santan pekat
3 labu bawang besar - di blend halus
5 ulas bawang putih - di blend halus
2 inci halia - di blend halus
seinci lengkuas di memarkan/titik
3 batang serai - dimemarkan titik
5 sudu makan renpah gulai kawah
2 keping asam keping - direndam sebentar
sedikit gula dan sedikit garam sebagai perisa.

Cara:

1.  Masukkan daging yang telah direbus empuk bersama air/stok daging sekali dalam periuk, masukkan juga bahan2 yang telah diblend halus bersama serai dan lengkuas yang di memarkan. Masak hingga semua bahan mendidih dan sebati, masukkan juga rempah gulai kawah. Masak dengan api yang sederhana.
2. Masukkan pula santan pekat dan kacau2 selalu supaya kuah tak pecah santan. Masukkan pula asam keping yang direndam bersama gula dan garam. Masak sehingga semua bahan sebati dan mendidih dan kuah gulai kawah ini masak. Padamkan api dan hidangkan bersama nasi putih..sedap cubalah..

No comments:

Post a Comment