Monday, July 9, 2012

Kuew Tiow Goreng dengan sayur Pak Choy...

Assalamaulaikum...

Salam selasa buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi nampaknya dah lama sangat saya tak menjengah ke blog yang dah ala2 suam2 kuku ke dh nk jadi sejuk beku (huhu harap2  xsampai gitu la kan) sebab tiada langsung entry masakan atau apa2 bahan yang nak saya kongsikan.. maafkan saya yang tak menjenguk2 ke blog yang dah bersawang2 nie so hari ini saya nak buat pembersihan sedikit boleh la di isi dengan resepi yang bukan baru sebenarnya tapi resepi tertunggak yang di masak entah minggu bila..xingatlah pulak.

Ok jom la kita menjengok resepi mudah seperti dibawah yer...nie pun kuew tiow goreng ala x cukup bahan so masukkan sahaja apa yang ada godak2 dalam kuali dah jadi hidangan..

Kuew Tiow Goreng

Bahan-Bahan:

300 gram kuew tiow - dicuci dan tos
12-15 ekor udang sederhana dibersihkan
2-3 pohon sayur sawi pendek pak choy cuci dan toskan (boleh guna sayuran lain juga)
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan sambal tumis (boleh guna cili blender juga jika tiada sambal tumis)
3-4 sudu makan kicap lemak jalen
2 sudu makan sos tiram
sedikit garam dan gula sebagai perisa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah hiris dan bawang putih yang dicincang hingga layu dan berbau harum masukkan pula sambal tumis atau cili blender, tumiskan hingga pecah minyak dan agak mengaring.
2. Masukkan pula sedikit gula, garam, sos tiram dan kicap serta sedikit sahaja air. balikkan dan masukkan udang hidup, bila udang dah bertukar warna kemerahan masukkan kuew tiow dan balikkan masukkan pula pak choy dan jika guna sayuran lain seperti taugeh dan tomato, masukkan akhir sekali. Balik2kan sekejap dan boleh la dipadamkan api. Hidangkan panas2 bersama cili padi yang dihiris halus celur sekejap dalam air panas letakkan sedikit garam, gula dan cuka atau perahan jus lemon bagi yang xmakan cuka..

No comments:

Post a Comment