Sunday, July 15, 2012

Puff Mini Sardin n Kentang..

Salam...bertemu sekali lagi di ZLC untuk semua kawan2 yang saya kasihi dan pengunjung2 yang saya sayangi...hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua resepi yang selalu juga saya buat dan pernah dimasukkan dalam blog sebelum ini SINI, .SINI n diSINI  Resepi rengkas ini hanya perlukan inti yang dimasak dan kulitnya beli ajer pastry puff yang siap jenama Kawan..oklah untuk tak membuang masa jom kita semak resepi di bawah ok...

Bahan-Bahan:

1 paket puff pastry jenama Kawan - 10 keping size 4x4"
Untuk Inti
1 tin sardin - yang besar buangkan  sosnya dan dilecek sedikit
4 biji kentang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan cili blender (boleh juga guna sambal tumis)
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
1/2 cawan air 
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
sebiji telur di kocok dengan sedikit esen kuning atau guna kuning telur sahaja

Cara:
1. Sediakan inti terlebih dahulu, panaskan sedikit sahaja minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang didadu bersama bawang putih cincang hingga layu dan berbau harum, masukkan pula cili blender dan goreng sehingga pecah minyak dan cili agak mengaring.
2. Masukkan pula kentang, diikuti dengan 1/2 cawan air untuk mudahkan kentang empuk, balik2kan sehingga kentang empuk baru masukkan sardin yang dilecek.  Masukkan juga sedikit sahaja garam dan akhir sekali jus limau kasturi, kacau sebentar dan padamkan api, sejukkan sebelum digunakan.
3. Cara sediakan puff - pastry dikeluarkan dan jangan sampai ianya terlalu lama di suhu bilik sebab susah nak di handle, biarkan ia agak sejuk dan keras sedikit tak apa. Ambil sekeping pastry dan potongkan kepada 4 taburkan sedikit tepung di atas meja atau tempat hendak mengelek pastry supaya tidak melekit.
4. Torak atau gelek sekeping dari pastry yang dipotong tadi anggaran 21/2 - 3 inci, letakkan sedikit inti dan lipat dua. Susun dalam loyang pembakar yang ditabur dengan sedikit tepung. Buatlah sehingga habis pastry (boleh dapat 40 keping sebab minikan)
5. Tekankan hujung puff dengan garfu supaya melekat dan tidak terbuka semasa di bakar. Sapukan di atas puff dengan telur yang dicampur dengan sedikit esen kuning, bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak kuning keemasan ikut pada oven masing2.  Hidangkan..sedap cuba lah...


ni la pastry yg digunakan jenama Kawan

No comments:

Post a Comment