Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..



Assalamualaikum...

Salam Khamis 16 Ogos bersamaan 27 Ramadhan...begitu pantas masa berlalu dan kita akan meninggalkan Ramadhan..mungkinkah kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, bulan puasa dah
tinggal 2 hari sahaja kita semua akan mengucap kan selamat tinggal kepada bulan yang Mulia yang hanya datang setahun sekali. YA ALLAH berkati lah Ibadah kami dalam RahmatMU - Amin..

Dalam kedatangan Syawal pastinya ramai di antara kita mengambil peluang untuk pulang berhari raya ke kampung halaman masing2 meraikan hari yang mulia ini bersama insan2 yang kita sayangi..dan bagi yang telah ketiadaan insan tersayang seperti saya yang kehilangan ayah dan bonda, hanya linangan airmata kerinduan dan keheningan Aidilfitri mengamit perasaan hati ini..hanya Al-Fatihah yang mampu dikirimkan buat ayahbonda yang dikasihi dan mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu..bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa pulanglah dan jagalah mereka sebaiknya selagi hayat mereka ada..

Untuk anda semua ada serangkap pantun yang tak bersusun di bawah ini..

Untuk semua perantau di kota,
Pulanglah ke desa berhari raya,
Berhati2 di jalan raya,
Ingatlah pada insan2 yg menanti kepulangan kita,
Bermaaf2an sesama kita,
Semoga hidup aman bahagia..
Untuk kanda  yang jauh di mata
Maaf dipinta dari kejauhan sahaja..
Semoga kita semua dapat bersua
Dihari lebaran hari yang mulia..


Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai kata sahabat2 dan teman2 dan juga pengunjung2 Zalekha Luvs Cooking dalam tempoh saya berinteraksi bersama anda dengan celoteh2 saya  di alam maya ini ada menguris mana2 pihak maaf jua dipinta. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita akan berkekalan hendaknya..Salam sayang, salam lebaran dari saya..luvs u all..

No comments:

Post a Comment