Monday, September 10, 2012

Ke Majlis Pengantin Minang..


Salam...bertemu sekali lagi di petang Isnin yang agak redup dan nyaman oleh kerana ada kesempatan kerja2 pun dah siap boleh la saya ceritakan serba sedikit mengenai jemputan pengantin pasangan minang yang saya hadiri semalam...sebenarnya adik bongsu saya nora berkahwin dengan orang minang dan yang mengadakan majlis perkahwinan ini adalah kakak ipar nora..so dapat jemptan orang minang kahwin kita pun xlepaskan peluang sebab selain makanan yang disediakan masakan minang asli orang2 minang memang kaya dengan adat budaya mereka. Dapatlah saya tengok tarian piring dan ada juga kumpulan rebana yang dimainkan oleh kumpulan yang dipanggil khas..dan yang menariknya ada juga replika rumah minang di sebelah hadapan tempat ibubapa pengantin dan kaum keluarga pengantin sambut tetamu..sayangnya saya terlupa nak snap gambar rumah minah yang dibuat tabung..mungkin untuk diisi sumbangan kot.

Oleh kerana saya sampai agak awal jam 12 lebih jadi tak dapat nak melihat persandingan pengantin minang kalau nak tunggu pengantin bersanding x sempat sebab ada tempat lain yang nak dituju.   Jadinya setelah menjamu selera dengan hidangan nasi putih bersama lauk pauk minang ada rendang daging minang, nangka muda masak lemak, ayam pop, sambal lado minang..pedas sangat tp sedap..ada jering masak berempah berkuah, ada kentang goreng berlado, kerupuk opak, lemang bermacam2 jenis kueh, ada lemang dan juga tapai pulut hitam...jarang2 jumpa jadi semuanya nak rasa..dapat rasa sikit2 pun jadilah kan..dah selesai acara makan dan melihat tarian sambil berbual dengan saudara mara yang hadir sama, kami pun pulang sebab tetamu semakin ramai yang datang bertali arus..terima kasih utk adik ipar saya Juwenry sebab mengundang kami ke majlis perkhawinan anak saudaranya Rini. hanya sebahagian gambar yang sempat saya ambil semasa majlis berkenaan, gambar pengantin x sempat tunggu pengantin tiba..


No comments:

Post a Comment