Saturday, September 22, 2012

Ketupat Pulut...

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam hujung minggu buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi...apa khabar semua semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu hendaknya.. Setelah hampir seminggu tidak bersiaran di alam maya ini hari ini saya nak kongsikan sejenis masakan tradisi yang sering dihidangkan pada hari raya iaitu ketupat pulut bersama rendang...nampaknya masih dengan masakan raya saya nie walaupun dah 2 minggu syawal berlalu...

Sebenarnya saya buat ketupat pulut nie pada petang tadi, ini pun sebab ada baki daun kelapa yang dibuat ketupat untuk makan2 hari jumaat di pejabat hari tu...oleh kerana asik ada sahaja makan2 raya yang x abis2 di  opis saya tu walaupun dh lepas raya so saya x lah muatkan cerita2 makan2 ketupat walaubagaimanapun saya tetap ada amik gambar n akan saya masukkan sekeping ok...berbalik pada cerita ketupat pulut nie saya memang sangat suka makan pulut dan selalu kalau nak makan ketupat pulut kena tunggu hari raya. Bila berkunjung ziarah raya ke rumah ibu saudara saya makcik Hjh Hamidah di Kg Bendahara pasti dapat makan ketupat pulut dengan rendang dan serunding kelapa yang sedap..

Teringatkan keenakkan ketupat pulut rumah makcik dan oleh kerana ada daun kelapa saya dengan adik saya bedah pun mulalah beroperasi ketupat pulut dan rendang campur yang sedapppp weiiiii cik kolestrol kata mintak  ampunnnn... jangan makan  banyak2  tapi tekak pula menjawab...tak apalahhhh..... sesekali  buat  ubat...boleh gitu...muahahahaha...sangat2 menzalimi diri sendirikan...pesanan dan  dailog buat diri saya sendiri yang telah menikmati 2 biji ketupat pulut dari 22 biji  yang saya buat tadi...jom kita tengok resepi dan sebahagian dari  gambar2 yang sempat di ambil tadi ok...resepi untuk rendang nanti saya masukkan kemudian ok..

Ketupat Pulut

Bahan-Bahan:
Kelongsong ketupat secukupnya
(saya buat 22 kelongsong - sesuai kelongsong bentuk bawang dan pasar)
1 1/2 kilo beras pulut - dicuci dan rendam sebentar serta toskan hingga kering
1/2 kilo pati santan (dicampurkan dengan air secukupnya bagi menutupi ketupat)
7-8 biji buah keras ditumbuk
sedikit garam

Cara:

1.  Masukkan beras pulut yang telah ditoskan tadi kedalam kelongsong ketupat sehingga penuh. Kemaskan bahagian yang telah dimasukkan beras pulut tadi dan diikat sedikit dengan daun pada kelongsong. Buat sehingga semua kelongsong ketupat diisi penuh.
2.  Ketupat yang diisi beras pulut tadi dirangkaikan 3 atau empat dan ikat kemas, potong lebihan daun supaya kemas.  Susun dalam periuk sederhana besar dan masukkan santan pekat yang telah dicampur air serta sedikit garam curah ke atas ketupat sehingga menutupi paras ketupat.
3. Masakkan atas api sederhana sehingga air agak mengering dan balik2kan selalu jangan tutup periuk ketika memasak ketupat pulut sebab santan mudah membuak.  Bila dah agak menyusut airnya dalam 1 1/2 hingga 2 jam boleh dipadamkan api.
4. Toskan dan biarkan sejuk sedikit baru di potong dan hidangkan bersama rendang dan juga serunding kelapa atau apa2 serunding...sedappp..cubalah..


nie ketupat nasi masa makan kat opis hr jumaat lepas..


No comments:

Post a Comment