Sunday, September 23, 2012

Rendang Daging Campur...

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua...kalau malam tadi saya ada masukkan entry resepi Ketupat Pulut hari ini saya nak kongsikan denga anda semua resepi pendamping yang sangat sesuai bagi ketupat pulut iaitu Rendang Daging Campur..saya memang suka kalau makan rendang yang bercampur macam nie sedapppp sesekali dapat merendang habis semua organ2 dalaman cik Lembu tu kita bubuh sama...bagi peminat paru2, limpa dan hati tak terkecuali daging memang patut cuba resepi rendang yang ini sebab sedap hingga menjilat jari u..hehehe sorry eks naik lif tekan sendiri saya ini..

Ok pepagi ini xleh nak cerita panjang sebab ada acara2 jjcm di pagi minggu bersama adik dan anak2 buah saya so jomlah kita tengok bahan2 yang di perlukan seperti di bawah:

Rendang Daging Campur

Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu - direbus 3/4 masak
1/2 kg paru-paru - direbus 3/4 masak
1/2 kg limpa - direbus 3/4 masak
1/2 kg hati - direbus 3/4 masak
(Semua bahan di atas di rebus angaran 3/4 masak dan sejukkan sebentar kemudian di potong kecil -  tujuan merebus dahulu supaya mudah sebab paru2 dan limpa memang payah dipotong kecil dalam keadaan mentah -boleh gunakan periuk tekanan untuk proses yang cepat- baki air rebusan disimpan untuk digunakan semasa memasak)
Bahan Rempah - dikisar halus
5 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
4 batang serai*
2 inci lengkuas*
1 cawan cili blender*
1 sudu makan lada hitam* (kalau xnak pedas sila kurangkan)
1/2 cawan ketumbar biji*
1 sudu makan jintan manis*
1/2 sudu makan jintan putih*
Bahan2 lain
1/2 kg santan pekat
2 helai daun kunyit - dihiris halus
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Masukkan semua bahan2 rempah yang bertanda* yang dikisar halus kedalam periuk atau kuali sederhana besar, masukkan juga daging dan paru2, limpa serta hati yang di hiris tadi berserta air lebihan merebus daging. Jerangkan di atas dapur dengan api sederhana.
2. Masakkan rendang hingga mendidih dan kacau sebati, masukkan pula pati santan dan gula serta garam secukupnya. Rendang perlu di kacau selalu supaya tidak hangit atau berkerak di bawahnya.
3. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan kacau rendang sehingga kering dan masak cantik..hidangkan bersama ketupat pulut. Juga sesuai dihidang bersama-sama ketupat nasi, nasi impit atau nasi putih...ratah begitu sahaja pun sedap...selamat mencuba..



No comments:

Post a Comment