Wednesday, October 31, 2012

Daging Bercili Padi Dengan Kentang..


Assalamualaikum...

Selamat tengah hari kawan2 dah makan tengah hari lum..saya hari nie tak sarapan terus brunch..sebab pagi2 lagi saya telah merajinkan diri masak daging korban yang diberi oleh abg Ramli tauke kantin hari tu..fikir punya fikir nak masak apa yang mudah cepat dan segera jadilah masakan yang ala2 sempoi ajer nie tapi memang sedap bagi mereka yang suka lauk2 yang agak pedas...kebetulan akak cc saya ada bawa pula kari daging..dan disamping daging bercili padi saya juga bawak daun ubi yang dicelur untuk dimakan bersama kuah pecel yang dibuat oleh adik saya bedah petang semalam...sebab kalau dirumah pucuk ubi celur macam gitu x laku saya gan bedah ajer yang makan anak2 tak berapa suka...sebelum sesi makan2 pagi tadi saya sempat ke kantin  nampak pulak urap daun selom...apa lagi memang favorite saya tu..haa habis nasi panas sepinggan...ok asik bercerita saje saya nie baiklah kita terus lihat resepi di bawah ok..

Daging Bercili Padi Dengan Kentang

Bahan-bahan:

500 gram - Daging - dihiris kecil (seeloknya daging batang pinang untuk cepat empuk)
3 biji kentang - dikupas potong bulat dan goreng - ketepikan
2 labu - bawang besar - diblender halus
4 ulas - bawang putih - diblender halus
1 inci halia - diblender halus
10 biji cili padi hijau - diblender halus
1 camca teh serbuk kunyit
1 batang serai dititik
1 labu bawang besar hiris bulat
3 sudu makan sos tiram
3/4 cawan air (kalau nk agak berkuah tambah air).
1 keping asam keping /gelugor (direndam sebentar) /kalau xder ganti 1/4 cawan air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis..
4-5 biji cili padi untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang diblender halus hingga agak garing dan pecah minyak..masukkan serbuk kunyit, dan serai yang dititik, tumiskan lagi dan masuk pula sedikit gula  dalam 1 1/2 sudu cukup.
2. Masukkan pula daging dan diikuti air, masak hingga daging empuk masukkan pula bawang besar yang dihiris bulat bersama sekeping asam jawa atau 1/4 cawan air asam, masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian rasanya dan akhir sekali masukkan kentang yang digoreng tadi, balik2kan dan bolehlah dipadamkan api.  Hidangkan bersama nasi panas atau nasi impit...sedappp cubalah..

Monday, October 29, 2012

Bergedel Kentang Harum..simple


Hai...bertemu sekali di hari isnin mesti ada yang tertanya2 kenapa pula saya ada masa masukkan entry buat kali ke 2 pada hari ini...sebenarnya nak masukkan entry tertunggak yang ringkas dan mudah...bila dah ada kerja hakiki yang lain kan tak boleh nak di elak jadi terlanjuran printer saya nie rosak@ xboleh nak buat kerja2 mem--prints baik la saya taipkan resepi yang mudah dah cepat disediakan ini...Bergedil kentang ada macam2 cara orang membuatnya kan ada yang campurkan dengan daging cincang atau apa2 perencah yang difikirkan bersesuaian tapi kali ini saya yang paling mudah ajer sebab nak makan dengan soto daging so tak mau letak daging atau apa2 di dalamnya..tapi bergedil ini tetap sedap dan berbau harum dengan bau bawang yang di goreng sama bersama kentang, nak tengok resepi mudah yang saya buat jom semak resepi::


setelah dibentukkan bnyak juga kan dapat dari 6 biji kentang..

makan soto ada begedel baru ngam...

Bergedil Kentang Harum..

Bahan-Bahan

6 biji kentang - sederhana besar dikupas kulit dan potong bulat
1 1/2 biji  bawang besar - dihiris nipis
1 pohon daun sup - dihiris halus
1 pohon daun bawang - dihiris halus
1 sudu makan serbuk perasa knorr pasti sedap
1/2 camca teh serbuk lada sulah
garam secukupnya
2 biji telur - dipukul manja untuk celup begedel
minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Panaskan minyak untuk mengoreng kentang, gorengkan kentang yang dipotong bulat sederhana nipis bersama dengan bawang besar yang dihiris hingga kentang empuk dan bawang agak kekuningan xperlu sampai garing. Angkat dan toskan atas paper towel. Gorengkan sehingga kesemua kentang dan bawang habis
2. Lecek kentang dengan smasher atau boleh juga ditumbuk dengan batu lesung, alihkan ke dalam mangkuk lain dan campurkan kentang dan bawang besar yang siap dilecek/ ditumbuk halus bersama daun sup dan daun bawang yang dihiris halus, masukkan juga perisa knorr pasti sedap dan garam secukupnya berserta lada sulah. gaulkan rata.
3. Bentukkan begedil mengikut besar yang anda kehendaki, saya suka begedil yang agak comel2. buat sehingga semua kentang lecek habis.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana gorengkan begedil dengan celupkan dahulu pada telur yang dipukul manja. Gorengkan sehingga kuning keemasan dan angkat serta toskan begedel. Hidangkan bersama soto atau sedap dimakan begitu sahaja bersama sos pencicah pilihan anda..selamat mencuba..

Jeruk Timun@ Cucumber Pickle...style Cik Leha...


Assalamualaikum...

Apakabar teman2 semua, semoga semuanya sehat disamping menjalani tugas  harian.  Tentu ramai antara kita yang dah naik kerja atau masih ada yang menyambung cuti lagi..mungkin yang beraya di kampung halaman yang jauh seperti di pantai timur seperti di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menyambung cuti..takpelah setahun 2x kan beraya..dan menjalankan ibadah kurban mungkin.. ok sebenarnya hari ini saya nak letakkan satu resepi tertunggak yang saya buat minggu lepas..Jeruk Timun nie sebenarnya saya buat sebab teringin makan jeruk timun ala2 Mc D tu..rasanyer yang masam2 ranggup tu kan..sesuai untuk dimakan bersama sandwich atau burger atau saper2 yang suka mengonyel benda2 masam memang syiokkk sebab terasa kemasamannya tapi garing..bestkan ok lah jom kita tengok resepi Jeruk Timun cubaan pertama saya ini dan ada sedikit kelainan dari segi warnanya sebab saya ada campurkan gula timbang@gula merah..

Jeruk Timun @ Cucumber Pickle..

Bahan-Bahan:

6-7 biji Timun bersaiz kecil - basuh da toskan lap kering dengan paper towel
1/2 cawan gula pasir
3 sudu makan gula timbang/gula merah
1 sudu makan garam
1/2 cawan cuka
2 cawan air
1 botol/balang kaca - (saya tak ada masukkan dalam balang plastik ajer)

Cara:

1. Masakkan gula pasir, gula timbang dan garam dengan air hingga mendidih, sejukkan dahulu baru dimasukkan cuka, kacau rata.
2. Susunkan timun kecil di dalam balang/botol  dan curahkan dengan bahan yang kita masak tadi. Biarkan jeruk selama 3-4 hari sebelum digunakan.  Boleh tahan lama jika gunakan sudu yang bersih dan kering. Sedap dimakan bersama sandwich atau burger..cubalahh..

memang sedap jeruk timun mkn gan sandwich sosej daging nie marbeless u..

Friday, October 26, 2012

Sajian Raya Haji di rumah kami...


Assalamualaikum...

Bertemu sekali lagi di hari Jumaat yang barakah ini dan hari ini merupakan Hari Raya Aidil Adha so acara pada hari raya dirumah kami seperti biasa ada lah sajian istimewa yang disediakan oleh adik saya  Bedah kali ini beliau xberaya di Batu Pahat kg mertuanya..so macam2 lah yang disajikan..Alhamdulillah kalau saya beraya sendiri pun saya tetap masak juga tapi taklah masak banyak jenis..ok sajer nak kongsi apa yang kami makan hari ini..jom lah kita tinjau2 gambar di bawah ok..Bedah sebenarnya ada ambil tempahan dari 3  orang pelanggan..yang pertama nak Ketupat dan Rendang Ayam, yang kedua tu nak Kambing Masak Bonestick.. yang ke 3 tu nak Nasi Briyani, Kambing Masak Briyani, Ayam Masak Merah, Dalca dan Pencuk..dan yang keempat saya sendiri nak makan soto...(cewahhh mengada2 betul saya ekk tapi tetap dimasakkan juga permintaan ah-kak dia yang montel nie muahahahaha)...so bedah jugaklah yang memasak pehhh memang sedap2 belaka..saya cuma buat begedilnya sahaja...huhu pemalaskan..tapi apa boleh buat memang chef Bedah masak lebih sedapppp hingga menjilat jari..jom kita cuci2 mata sahaja yer...nanti di entry lain saya masukkan entry bergedil kentang harum yang saya buat ok...

Ayam Masak Merah..




 



Briyani kambing...utk rumah + kentang sbb ada yg suka kentang dlm briyani..



Soto Daging + Tulang..


begedil kentang harum...nie ajer yg saya buat..














































Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha..


Assalamualaikum...

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Batin kepada teman2 dan pengunjung2 ZLC yang disayangi.. jom kita baca sedikit dari kisah Hari Raya Korban ini yang saya petik dari Wikipedia ..dan menghayati erti sebenar pengorbanan..

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Tuesday, October 23, 2012

Sandwich Sosej Berdaging Tomato...


Assalamualaikum...

Salam selasa untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi, apa kabar anda semua? semoga sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga...nampaknya agak lama saya tak bersiaran..almaklum busy la konon2nya..hehehe tapi sebenarnya memang agak sibuk sikit minggu nie selain dari kerja2 rasmi ada gak acara2 yang x rasmi memenuhi undangan2 (menjadi penyanyi jemputan...oppsss bila pulak masanya saya jadi penyanyi ek..hehehe) jadinya tak menjengah2 blog saya nie...ada juga bahan2 yang boleh di masukkan tapi nampaknya terpaksa ditangguh2kan insyaAllah kalau ada kelapangan saya masukkan entry2 tertunggak yer. Hari ini saya nak kongsikan dengan teman2 semua resepi yang agak mengenyangkan kalau makan seketul untuk sarapan sampai tengah hari la rasa kenyang...

Sebenarnya beberapa minggu lepas saya ada blogwalking kat blog siapa tak ingat pulak rasanya blog Kak Ida 1001Resepi tu...dan ternampak sandwich sosej yang sangat2 mengoda jiwa raga dan kalbuku..muahahaha sukahati saya jer ekk nak tergoda2 gan sandwich nie tqvm kak Ida for d idea (kak Ida guna Prego Sauce untuk masak daging cincang saya masak xguna prego)..kalau korang penah makan Hotdog 901 ke atau kat A&W dulu2 ada benda nie, nama dia apa ek xbrapa nak ingatlah..almaklum ah-kak dah tu..A hehehe..jadinya nak buat dari sehari ke sehari macam more than a week x jadi2 projek saya sebabnya saya teringin nak buat jeruk timun atau cucumber@gherkin pickle akhirnya 2 hari lepas saya pi ke Pasaraya Maslee jumpa la timun yang comel2 ajer size dia memang kecik2 jadi menjeruk la timun tu...nanti saya bagi resepi jeruk timun ala che leha ok menjadi jugak garing2 masam manis macam jeruk timun dalam burger Mc Donald tu...xcaya cuba buat yer..cuma saya saya kasi efek warna yang lebih gelap dalam jeruk tu sebab gunakan sedikit gula timbang..Ok jom la kita tgk resepi di bawah. ...

Sandwich Sosej Berdaging Tomato

Bahan-Bahan:

10 keping - Roti Sandwich Frankfurter  (saya guna kan roti gardenia)

10 batang - sausage /frankfurter (apa2 jenama boleh- saya guna ayamMas)
 Jeruk Timun - didadu secukupnya (resepi saya akan tulis kemudian)
1 labu bawang besar Holand di dadu
Mayonis / cheezy sos / atau cili sos

Untuk Daging Cincang Bertomato
250gm daging cincang
150gm tomato puree
3 sudu makan cili blender
2 labu bawang besar - diblender halus
3 ulas bawang putih - diblender halus
1 inci halia - diblender halus
200 gm mix vegie
1 biji bawang holand di dadu
3 sudu makan oyster sos
gula garam secukup rasa
1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Mula2 sediakan  untuk daging cincang bertomato, Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang diblender bersama cili blender hingga agak garing dan pecah minyak, masukkan pula tomato puree dan oyster sos, tumiskan lagi dan masukkan pula sedikit gula..
2. Masukkan daging, kacau2kan sebentar dan masukkan juga air, jangan terlalu banyak air sebab kita nak letakkan daging di atas roti nanti. Bila daging dah masak masukkan pula mix vegie diikuti dengan bawang holand yang didadu tadi, perisakan dengan garam bila dah masak padamkan api.
3. Sediakan pula sosej, boleh samaada digoreng atau di rebus sebentar dan toskan airnya (saya rebus sahaja).
4. Untuk sediakan roti, roti dibelah dua jangan putus (saya ikut cara kak ida - kukuskan roti sebentar, angkatkan roti dari kukusan letakkan sosej di tengah2 roti, curahkan dengan daging cincang yang dimasak tadi, taburkan pula dengan jeruk timun, dan bawang holland yang didadu, kalau nak letak daun salad pun boleh tapi saya tak letak.  Last sekali drizzle kan dengan mayonis atau apa2 sos kegemaran anda, makan panas2 memang sedappppp...


inilah jeruk timun yg saya buat..kalau tunggu lagi 2-3 hari mungkin lg la sedap,,xsabar nk mkn..hehe


Thursday, October 18, 2012

Bila Musim Hujan Tiba...













Bila musim hujan...let hear d rain singing..Alhamdulillah sejuk dan nyaman..

Tuesday, October 16, 2012

Aina Baru 4 Tahun...ingatkan dah 5 thn..hehehe..


Assalam, bertemu sekali lagi dan kali ini bersiaran di waktu malam...sementelah cik line tenet nie ok boleh la saya nak masukkan satu entry sambungan dari cerita Hari Lahir Aina Arissa...rupa2nya Aina baru 4 tahun mak j ingat dah 5 tahun...almaklum Aina seorang anak yang sangat petah berkata2 dan tahu serba serbi kan mak j dah tersalah ingat, muda setahun rupanyer...sorry yer cayang..

Tadi petang semasa saya balik dari kerja adik saya Bedah iaitu ibu pada Aina sibuk didapur menyediakan makan2 sedikit untuk besday girl si Aina...ada ayam goreng bersama kentang goreng, coleslaw yang Iqin tolong buat..(Iqin kata paling sedap) yer la sayang sebab Iqin yang tolong hiris kobis dan karet serta bancuhkan dengan mayoniskan..hehehe, disamping tu ada gak sos lada hitam utk makan dengan ayam goreng dan kentang, serta Mee Goreng...sedap jugak bapak aina yang goreng..dan ada kek kecil yang dibeli sajer Bedah touch-up kan dengan coklat ganache siap dengan patung pengantin...huhuhu mcm Aina nak tawen jer tu cayang...mana boleh jadi macam nie mak j lum lagi...muahahaha ada2 ajerkan..ini semua gara2 tak sempat nak buat birthday cake yang ada princess yang aina nak so ibu dia dtg idea wat macam tu...hahaha .hantam sajer la labu..dengan tersenyum simpul Aina memotong kek hari jadinya yang ada patung perantin tu...ok lah kita tengok sedikit dari gambar2 yang sempat saya snap tadi...




1st Anniversary & Happy Birthday Aina..


Bertemu sekali lagi kita pada hari ini 16 Oktober 2012, nampaknya dah masuk setahun saya berblog jadi untuk mengingati ulangtahun pertama sebagai Blogger di Zalekha Luvs Cooking saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada  semua teman-teman dan pengunjung yang sudi bertandang ke blog saya ini yang ada kalanya ada bahan2 atau entry yang serba ringkas yang cuba saya update dari semasa ke semasa bergantung kepada kelapangan waktu saya..saya ingin memohon maaf andaikata sepanjang saya bersiaran di alam maya ini ada perkara2 yang tidak menyenangkan mana2 pihak sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang khilaf itu dari saya sendiri. 

Walaubagaimana pun saya amat berharap agar teman2 dan pengunjung2 sudi memberi pendapat atau buah fikiran dalam apa2 jua perkara dalam bidang masakan ini yang kita boleh kongsi bersama untuk memartabatkan lagi masakan2 yang pernah diterbitkan disini atau yang akan datang. Tanpa sokongan dari anda semua tak mungkin saya berada disini dan dapat berkongsi serba sedikit apa2 masakan yang pernah saya atau adik beradik yang lainnya mencuba di dapur kami seterusnya berkongsi dengan anda sekelian.  Moga dengan adanya sedikit perkongsian amal jariah yang tidak memerlukan modal ini kita semua mendapat pahala dan keberkatan insyaAllah..

Kepada blogger2 lain juga yang saya jadikan bahan rujukan dan inspirasi juga saya ingin merakam jutaan terima kasih dan penghargaan kerana saya selalu menimba ilmu dari blog2 yang tersohor seperti blog CMG Dapur Tanpa Sempadan, blog Kak Jee - Dunia Dari Dapur Kak Jee, blog Pn. Azlita Aziz - Masam Manis, blog CT Delima, Blog Bisous A Toi Pn Rima di Singapura tu, dan ramai lagilah yang sentiasa saya ikuti perkembangan blog mereka boleh dikatakan setiap hari, begitu juga blog anak saudara saya Briza yang kadang2 saya ambil resepi2 untuk di cuba...ok thanks to all of u guy n may Allah bless u..


Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat anak saudara kesayangan saya Aina Arissa binti Jemain yang menyambut Hari Lahir yang ke 5 hari ini , semoga Aina menjadi anak yang baik dan bijak..sayang aina...jangan nakal2 selalu dan rajin2 tolong ibu dan mak j ok...dah berangan2 nak buatkan kek Princess untuk Hari Lahir Aina tapi tak tahu jadi ke tak...nantilah Aina yer...sehingga bertemu lagi di entry2 akan datang..salam sayang dari Zalekha Ismail..xoxo

Cucur@Pendaram Geragau Hidup...


Assalamualaikum...

Salam pagi Selasa untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi, apakabar anda semua pagi ini semoga anda semuanya ceria2 dan sihat dalam menjalani tugas harian...pagi ini saya nak berkongsi dengan teman2 semua sejenis hidangan sarapan atau boleh juga dibuat pada bila2 masa.  Macam saya semalam tu kononnya tak mau makan nasi jadinya bila balik dari pejabat saya teringat pulak ada udang geragau hidup di dalam peti ais...apalagi saya pun cari pulak daun kunyit kalau daun kunyit xada macam tak sedap pula penderam atau cucur geragau tu nanti...naseb baiklah dalam pasu tepi rumah tu ada pokok kunyit yang tak berapa nak besar macam terbantut gitu tapi ada gaklah daunnya saya pun apa lagi amik la dalam 3 helai daun kunyit yang kemetot tu untuk mulakan operasi pendaram saya..ada orang muda sekarang ini tak tau apa itu pendaram..nama lain bagi cucur atau cekodok atau jemput2 tapi dibuat agak nipis dan garing...dan yang tak kenal udang geragau pulak atau nama lainnya udang pepai..udang inilah yang dibuat cencaluk atau belacan...
Oleh kerana udang ini bersize sangat kecil memang halus2 so kenalah  memilih bendasing untuk dibuang dan kena cuci pula di dalam tapis halus...ok jom kita tengak bahan2 untuk buat pendaram..ini, jemput lah makan semua yer...satu untuk kanda, satu untuk dinda tapi udang yang ini kenit2 ajer bukan udang yang besar2 yang mcm kanda suka..muahahaha dah jadi dialog cerita p.ramlee pulak...


Cucur@Pendaram Geragau Hidup

Bahan-Bahan:

2 cawan udang geragau hidup - cuci bersih dan toskan
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 labu bawang besar - dihiris nipis
2 biji bawang putih - dicincang
8-10 batang cili padi hijau - di hiris kecil
1 helai daun kunyit - dihirs nipis (kalau kemetot mcm saya punya 3 helai..hehe)
Air secukupnya - >< 2 1/2 cawan - bancuhan tidak terlalu cair atau pekat
2 sudu makan minyak panas (petua untuk dapatkan cucur yang garing)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng

Cara:

1.  Masukkan kedua2 tepung dalam mangkuk bersama bawang besar yang dihiris bawang putih cincang, daun kunyit hiris, cili padi hiris dan udang geragau.
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul rata, adunan hendaklah tidak terlalu pekat, masukkan juga 2 sudu makan minyak panas kedalam adunan cucur dan garam secukupnya dan digaul rata.
3.  Gorengkan adunan pendaram@cucur sesudu demi sesudu dalam minyak yang sederhana panas, balik2 hingga kuning keemasan, angkat dan toskan diatas paper towel. Hidangkan bersama sos pencicah dan apa2 sos yang digemari.

Sunday, October 14, 2012

Lempeng..memang sedap bila hujan...


Assalam...untuk semua, bertemu sekali lagi pada hujung minggu ini...kalau tadi saya dah siarkan sejenis pencuci mulut iaitu puding karamel beroti..petang tadi masa ujan tak henti adik saya bedah ada buat lempeng bersama lawannya cik kari ayam dan sambal tumis bilis..memang kena la tu kan...waktu2 hujan memang perut asik berkeroncong...lebih2 lagi ada peminat tegar lempeng kat rumah nie..yeyed..memang tak cukup sekeping kalau dia yang makan...

Rasanya semua orang reti nak bancuh lempeng kan cuma kita perlukan tepung gandum, air, sedikit serbuk kunyit kalau nak kuning atau boleh gak ganti gan esen kuning dan sedikit garam, nak lembut letakkan telur sebiji, airnya kena anggar2 agar tak terlalu cair atau pekat..boleh diblender atau bancuh dengan whisk pun boleh agar tepung tidak bergentil..lepastu panaskan non stick pan letak sedikit minyak teruslah acara melenggang/goyangkan kuali, ada orang suka lempeng yang garing perlu di masak kedua2 belah dengan api yang perlahan atau lempeng lembut yang biasa masak pada satu bahagian bila permukaan lempeng nampak kering boleh diangkat dari kuali, sama ada hendak di lipat atau digulung terpulang pada and kalau nak lempeng yang ada kelapa masukkan kelapa parut putih saya penah buat diSINI tp cari link kosong xjumpa pulak hehe sorry yer..  Lempeng sedap di makan panas2 dengan apa2 kuah yang ada seperti kari, sambal tumis, asam pedas, lauk lemak cili api pun sedap...anything goes nicely la orang kata gan lempeng pekak nie...buruk benorrr nama dia ek naper ler orang dolu2 letak nama cenggitu..

Anyway kita jangan salahkan pada namanya sebab orang kata apa ada pada nama..sebabnya lempeng nie satu dunia pandai makan kalau orang putih dia buat pancake atau crepe tu lempeng la jugak, orang belah2 eropah pulak ada tortilla tu pun lempeng kering gakkan, orang2 sebelah india gan yang sewaktu dengannya ada capati, tosei tu lempeng versi mereka so memang terkenal seantero dunia..u go go lempeng..tetap menjadi pujaan hatiku walau apa pun namamu disebut...jom kita tengok gambor lempeng chef Bedah yang buat tadi yer bukan saya...tapi  i pun pandai gak buat lempeng...@lempang lagi la pandai teman nie..kata orang perak..muahahaha jgn marah eks kawan2 dikala sejuk2 gelatok nie org kata ada ajer ler yang nak dilawakkan..ada akak kesah...jom kita cuci2 mata ajer yer... mkn lempeng masa ujan2 nie memang la sedapp teringatlak kat kanda yg suka lempeng jugak kan mana ler dia menghilang..huhu..

Puding Karamel..versi Ada Roti..


Assalamualaikum...

Salam Ahad dan selamat berhujung minggu buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang masih sudi menjengah ke blog saya ini...hari2 ahad selalunya bagi yang tak bekerja nie lah masanya  untuk berjalan2 atau window shopping...rasa lama jugak saya tak window shopping, oleh kerana fulus pun tidak berapa mengizinkan so baiklah duduk diam2 ajer di rumah sambil bersantai2 dengan anak2 buah yang nakal2 nie kan..hari ini saya memenuhi satu lagi permintaan dari dak Iqin yang asik la komplen bila saya nak buatkan caramel custard dan pada kali ini saya buat versi yang berlainan sedikit.  Itu pun resepi yang saya pernah tinjau2 di internet dan nampak ramai dari bloger2 masakan yang dah cuba buat rasanya resepi asal dari bloger Hanieliza kalau tak silapnya, tq kerana sharekan resepinya...saya cuma ingat bahan2 asasnya entah mana pulak kertas resepi yang saya dah print tu...so resepi yang saya ingat2 lupa ini menjadi dan sedappp sejuk ajer bila masuk anak tekak..Jom kita tengok bahan2 yang di perlukan.


Puding Karamel Beroti

Bahan-Bahan:

3 biji telur ayam - gred B
4 keping roti putih - saya guna roti gardinia
3/4 cawan susu pekat manis (saya kurangkan -1/2 cawan sahaja)
2 cawan air
1 camca teh esen  vanilla
3 sudu makan gula pasir - untuk jadikan karamel

Cara:

1. Roti di potong kecil atau siat2kan masukkan dalam blender bersama 2 cawan air dan 1/2 cawan susu pekat manis, masukkan sekali esen vanilla dan blenderkan semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Dalam mangkuk lain pukul manja 3 biji telur - pukul sekejap ajer hingga telur bersatu masukkan bahan2 yang diblender tadi dan kacau rata.
3.  Panaskan 3 sudu makan gula dalam periuk atau boleh terus panaskan dalam loyang aluminium hingga gula bertukar keperangan kacau sedikit dengan senduk kayu terus dipadamkan apinya.  Bila karamel dah megeras dalam loyang curahkan adunan di atas tadi, kukuskan selama lebih kurang 30 minit, sejukkan dahulu dan siap untuk dihidangkan. Boleh juga dihiasi dengan buah2an campuran, atau apa2 buah yang disukai atau makan begitu sahaja..


Thursday, October 11, 2012

Macaroni..Cheezy..Seafood..


Hai selamat malam semua, hari ini seperti yang saya  janjikan pada petang tadi kalau saya rajin akan masak sejenis masakan pasta untuk anak saudara saya Aishah..so kira kerajinan tu mendatang la jugak.. muahahaha melampaukan bunyinya..jadi balik ajer dari opis saya pun teruslah  merebus macaroni...so bila dah di rebus macaroni tu..bermakna malamnya saya cuma perlu menumis sahaja...dan masak campak2 apa yang ada dalam fridge tu ajer almaklum adik saya bedah masih belum balik..kesian pulak kat besday girl yang merupakan peminat tegar pasta tu...kalau tidak mesti ibu Dida@ bedah masakkan macam2..

Masa nak menumis tu abg sepupu saya Acheh (yang nie bukan acheh di Sumatera yer nama panggilan jer)hehe.. datang gan wife dia kak z..so saya suruh tunggu sebentar..dapatlah bacakan doa selamat ringkas untuk Aishah tapi jamuannya cuma Makaroni cheezy seafood bersama air teh 'o' ajer.. xder birthday cake n kueh2 yang lain...xsempat nak buat..memang xdirancang pun..tapi alhamdulillah cik akak Esah n Iqin memang suka jadinya abis sudah makaroni yang digoreng sekuali tadi..bukannya banyak pun...ok jom kita tengok resepi campak2 seperti di bawah...

Macaroni Cheezy Seafood

Bahan-Bahan:

300 gm macaroni elbow - di rebus hingga lembut dan toskan
15 ekor udang sederhana - dibersihkan buang kulit kepala dan ekor
3-4 ekor sotong - dipotong kecil
1 batang karet - potong/hiris memanjang kecil (boleh tambah sayuran lain tapi xder stok tadi)
2 labu bawang besar yang sedang - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
1 camca teh serbuk lada sulah
1 sudu makan -serbuk perasa pasti sedap knor
3 sudu makan - serbuk keju (yang ini beli online cheezy powder)
Air - sedikit ajer dalam 1/2 cawan
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih yang diblender halus hingga kekuningan dan berbau harum, masukkan serbuk lada sulah, balik2kan serta masukkan sotong serta udang serta air.
2.  Bila rencah dah mendidih dan kedua2 sotong dan udang agak masak masukkan pula karet, serta serbuk perasa pasti sedap atau kiub ayam dan juga serbuk cheese..masukkan sekali makaroni, balik2kan dan akhir sekali masukkan sedikit sahaja garam sebab serbuk cheese tu dah agak masin dan serbuk perasa pasti sedap knorr tu pun masin jugak..bila dah masak padamkan api, hidangkan panas tabur dengan bawang goreng atau daun sup dan daun bawang dihiris pun boleh tapi..bahan tak cukup so apa ajer lah yang ada janji sedappp aishah dan iqin suka...selamat mencuba..

Happy Birthday Aishah..


Assalamualaikum..

Salam hari Khamis 11 Oktober  untuk semua...masih tak ada entry masakan dari ZLC sorry yer kawan2 dan pengunjung yang masih sudi menjengah blog saya nie...hari ini cuma nak masukkan entry pendek..cuma nak wish Happy Birthday buat anak saudara saya Siti Aishah..hari ini dah jadi simanis 17 aishah sekejap saje masa berlalu kan.  Teringat masa aishah kecik2 dulu masa sekolah tadika di Tadika Iman...nak membaca buku Peter and Jane makan masa 2 tahun baru dapat membaca preter n jinnnn dengan lancar.. kenangan yang semua orang kat rumah kami yang tak dapat dilupakan sebab tiap2 hari aishah akan baca buku cerita preter n jinnnn dia dengan loghat pelat..hehehe..

Tapi alhamdulillah sekarang Aishah menjadi anak yang sangat rajin belajar..dan tak lama lagi akan menduduki peperiksaan SPM...semoga Aishah berjaya dalam bidang pelajaran dan terus menjadi anak yang baik sentiasa mendengar nasihat ibu yer sayang...mak j doakan akak akan terus berjaya dan menjadi anak yang soleha.. Oleh kerana hari ini adik saya Bedah tak ada balik BP jadi saya rasa akan masakkan sesuatu untuk besday girl tu..dan yang paling aishah suka apa2 jenis pasta atau spaghatty...tak kira sama ada di goreng ke, cabonara ke, olio ke atau masak dengan kuah daging tomato ke...ntah yer apa yang ada jer lah nanti...itu pun kalau menjadi petang nanti balik dari kerja..kalau tidak kita pi makan ajer lah kat warung ajer.. muahahaha.....

Ok cukup sampai disini dulu kalau menjadi pasta petang nanti saya snap pic dan masukkan entry...hingga bertemu lagi salam sayang dari ZLC..

Aishah dan saya semasa di sangkar kristal..






Wednesday, October 10, 2012

Nazam Berkasih..

Assalamulaikum.....petang2 rabu nie melayan lagu berirama malaysia atau joget...memang rasa macam nak menari pulak muahahaha....dengan cuaca diluar yang tengah mendung tu..berangin ajer..senikatanyer menarik dan yang penting saya suka lagu nie..next time boleh nyanyi lagu nie oppss kat show mana pulak saya nak nyanyi tu....lama2 lama rindu..pada teruna idaman, rasa resah, rasa pilu hai...dia buat tak tahu...walalalalaweiii...verangan sahaja lah cik leha petang2 nie.. mentang2 bos xder... untuk kawan2 semua..adik2, abg2, kakak2, kanda2 dan saper2 ajerlah yang nak join saya jom kita menyanyi lagu di bawah...



NAZAM BERKASIH - Syura

Pandang-pandang hati terkenang
Tidur malam wajah terbayang
Renung-renung hati keliru
Siapakah di hatimu

Jeling-jeling mahu memandang
Dua mata bertentang mata
Harap-harap pula bertemu
Bimbang nanti resah menunggu

Lama-lama.....lama apa
Lama rindu....pada siapa
Pada teruna idaman
Rasa resah.....resah apa
Rasa pilu....bikin apa
Hai dia buat tak tahu

Jauh-jauh.....jauh apa
Jauh hati.....hati siapa
Hati kita yang terluka
Rasa resah.....resah apa
Rasa malu.....bikin apa
Tangan bertepuk sebelah

Dapatkah kuinginkan
Hatimu dan hatiku
Berpadu jadi satu

Jauh-jauh orang berpesan
Yang di sana senang merindu
Harap-harap masa terluang
Ada waktu ingin bertemu

Jauh-jauh menyemai padi
Tidak lalang tumbuh sebendang
Harap-harap kasih menjadi
Dua jiwa berpasangan

Cintaku cintamu suci berpadu
Rinduku rindumu mekar menjadi satu
Dua jiwa berpasangan
Dua cinta berpautan
Senandungkanlah irama cinta suci

Tuesday, October 9, 2012

Cekodok Bilis...cicah Asam Pedas Semalam..


Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan2 semua...semoga anda semua sehat sejahtera dan ceria2 selalu..dah lama saya x menjengah ke blog nampaknya pepagi nie ada entry rengkas sarapan pagi..setelah tak berapa nak sehat beberapa hari  minggu lalu..so hari nie tekak nie termengidam lak nak makan jejemput@cekodok ikan bilis..kebetulan pula ada baki asam pedas yang adik saya bedah masak semalam menjadi jer ..

Terus jer ke resepi macam xyah tulis pun bolehkan sebab semua orang pandaikan wat cekodok bilis...tp tulis jugaklah...

Cekodok Bilis..

Bahan-Bahan:

2 1/2 cawang tepung gandum
1 labu bawang besar - dibelah dua dan hiris nipis
1/2 cawan bilis - di tumbuk kasar(renyah)
Air secukupnya - >< 1 3/4 cawan
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
(kalau nak pedas boleh juga masukkan hirisan lada api atau lada merah)
 Minyak masak untuk mengoreng secukupnya
Pencicah pilihan anda..

Cara:

1. Masukkan tepung gandum, bawang besar yang dihiris dan bilis tumbuk ke dalam mangkuk, campurkan juga serbuk kunyit dan garam secukup rasa, masukkan air sedikit2 dan gaulkan hingga rata, adunan hendaklah tidak terlalu pekat atau cair.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan adunan cekodok sesudu demi sesudu jangan terlalu banyak sekali mengoreng cukup sekadar 7-8 keping, Gorengkan dengan api sederhana dengan balik2kan cekodok hingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan diatas paper towel..Hidangkan panas bersama pencicah pilihan seperti asam pedas ke kari ke sambal tumis ke atau cili sos..