Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Thursday, October 11, 2012
Macaroni..Cheezy..Seafood..
Hai selamat malam semua, hari ini seperti yang saya janjikan pada petang tadi kalau saya rajin akan masak sejenis masakan pasta untuk anak saudara saya Aishah..so kira kerajinan tu mendatang la jugak.. muahahaha melampaukan bunyinya..jadi balik ajer dari opis saya pun teruslah merebus macaroni...so bila dah di rebus macaroni tu..bermakna malamnya saya cuma perlu menumis sahaja...dan masak campak2 apa yang ada dalam fridge tu ajer almaklum adik saya bedah masih belum balik..kesian pulak kat besday girl yang merupakan peminat tegar pasta tu...kalau tidak mesti ibu Dida@ bedah masakkan macam2..
Masa nak menumis tu abg sepupu saya Acheh (yang nie bukan acheh di Sumatera yer nama panggilan jer)hehe.. datang gan wife dia kak z..so saya suruh tunggu sebentar..dapatlah bacakan doa selamat ringkas untuk Aishah tapi jamuannya cuma Makaroni cheezy seafood bersama air teh 'o' ajer.. xder birthday cake n kueh2 yang lain...xsempat nak buat..memang xdirancang pun..tapi alhamdulillah cik akak Esah n Iqin memang suka jadinya abis sudah makaroni yang digoreng sekuali tadi..bukannya banyak pun...ok jom kita tengok resepi campak2 seperti di bawah...
Macaroni Cheezy Seafood
Bahan-Bahan:
300 gm macaroni elbow - di rebus hingga lembut dan toskan
15 ekor udang sederhana - dibersihkan buang kulit kepala dan ekor
3-4 ekor sotong - dipotong kecil
1 batang karet - potong/hiris memanjang kecil (boleh tambah sayuran lain tapi xder stok tadi)
2 labu bawang besar yang sedang - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
1 camca teh serbuk lada sulah
1 sudu makan -serbuk perasa pasti sedap knor
3 sudu makan - serbuk keju (yang ini beli online cheezy powder)
Air - sedikit ajer dalam 1/2 cawan
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih yang diblender halus hingga kekuningan dan berbau harum, masukkan serbuk lada sulah, balik2kan serta masukkan sotong serta udang serta air.
2. Bila rencah dah mendidih dan kedua2 sotong dan udang agak masak masukkan pula karet, serta serbuk perasa pasti sedap atau kiub ayam dan juga serbuk cheese..masukkan sekali makaroni, balik2kan dan akhir sekali masukkan sedikit sahaja garam sebab serbuk cheese tu dah agak masin dan serbuk perasa pasti sedap knorr tu pun masin jugak..bila dah masak padamkan api, hidangkan panas tabur dengan bawang goreng atau daun sup dan daun bawang dihiris pun boleh tapi..bahan tak cukup so apa ajer lah yang ada janji sedappp aishah dan iqin suka...selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment