Friday, November 30, 2012

Bubur Asyura Berempah...


Assalam...apa kabar teman2 semua dan pengunjung2 ZLC yang saya sayangi, semoga kita semua dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya.  Alhamdullilah bertemu sekali lagi kita pada 10 Muharam pada tahun ini yang begitu banyak peristwa2 yang berlaku dalam kalender sejarah Islam yang telah saya muatkan di N3 sebentar tadi.. hari ini saya ada buat sedikit Bubur Asyura yang selalunya ada berbagai2 cara dimasak sama ada yang manis kalau orang2 sebelah utara Kedah, Perak, Perlis dimana Asyura mereka lebih kental dan dipotong seperti kueh talam dan begitu juga di sebelah pantai timur pula negeri2 di Kelantan dan Terengganu ianya dimasak pekat dan diletakkan dalam talam atau loyang dan boleh dipotong tapi rasa dia agak berlainan kerana menggunakan rempah dan berdaging yang di siat2 kalau x silap saya..sebab saya selalu juga dapat makan Asyura yang dibuat oleh rakan2 guru dari pantai timur...dan yang biasa dibuat oleh orang2 sebelah johor adalah bubur Asyura yang berempah dan lemak2 masin dengan bahan2 campuran yang pelbagai.. Tapi pada kali ini saya buat bubur Asyura yang agak mudah dan tidak terlalu banyak bahan campuran saya cuma gunakan kentang, karet dan daging bersama rempah2 dan bawang...ok marilah kita tengok resepi seperti di bawah ini ok..kalau nak buat yang banyak bahan2 boleh sahaja campur, keledek, keladi, labu, kekacang, jagung dan macam2 lagi yang bersesuaian..

Bubur Asyura Berempah..
Bahan-Bahan

3 pot kecil beras dicuci bersih
Air secukupnya - untuk masak bubur
1 1/2 cawan santan pekat
4 biji kentang dipotong dadu - masuk dalam rebusan bubur
2 batang lobak merah dipotong dadu - masuk dalam rebusan bubur
400 gm daging dipotong kecil - rebus dengan sedikit air dlm periuk berasingan  hingga empuk
12 ulas bawang merah - diblender halus
5 ulas bawang putih - diblender halus
1 1/2 halia -diblender halus
4-5 sudu makan rempah briyani ( dicampur  dengan sedikit air dan kacau jadikan pes)
sedikit garam
Untuk Hiasan: Bawang goreng dan daun sup/daun bawang dihiris halus

Cara:
1. Bubur dimasak sehingga hancur dan berkanji,  masukkan juga kentang dan karet, bila kentang dan karet dan agak empuk masukkan daging yang telah direbus bersama kuahnya
2. Masukkan bawang dan halia yang diblender, rempah briyani yang dijadikan pes tadi, kacau dan biarkan bubur mendidih dan masak  elok, masukkan pula pati santan, kacau sebati dan masak dengan api yang kecil
3. Perasakan dengan garam masak sehingga bubur sebati dan pekat sedikit baru di matikan api.  Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang jika rajin boleh juga di buat telur dadar nipis yang digoreng dan dihiris halus. 

Bubur ini kalau makan dengan rojak tahu pun sedap tapi kali ini saya gandingkan dengan chutney Limau Jeruk bersantan..lain kali saya beri resepi chutney yang sedap ini yang selalu di buat oleh arwah ibu saya dulu2..

p/s: MOHON MAAF SAYA SEPATUTNYA MASUKKAN ENTRY YANG INI PADA HARI SABTU LEPAS IAITU SEMPENA 10 MUHARAM TAPI OLEH KERANA ADA SEDIKIT MASALAH SAYA TAK DAPAT UPLOAD GAMBAR DI SINI LAGI KERANA MENURUT BAHASA INTERNET NYA SAYA DAH MENGGUNAKAN SEPENUHNYA PICASA WEB ALBUM SEPENUHNYA SBNYK 1 GB MAKA KENA  BUAT PEMBELIAN KALAU NK UPLOAD PICTURE SAPER2 YANG TAHU CARA NAK UPLOAD TANPA PERLU PEMBELIAN DI INTERNET AJARKAN PADA SAYA OK...ANYWAY THANKS IN ADVANCE ALMAKLUM SAYA MEMANG X PANDAI PUN..SALAM SAYANG DARI SAYA DI ZLC..

Saturday, November 24, 2012

Hari Asyura - 10 Muharam..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita di hari Asyura pada tahun ini dan berikut adalah sedikit dari peristiwa hari Asyura yang saya petik dari Laman Wikipedia untuk kita hayati bersama.. 
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa2 yang berlaku pada hari Asyura yang saya petik dari Laman Wikipedia..dan amalan2 yang digalakkan pada Hari Asyura seperti puasa sunat, hubungkan silatulrahim, sedekah, mandi sunat, pakai celak  bagi lelaki, potong kuku, ziarah orang alim, ziarah orang sakit, sapu kepala anak yatim, luaskan makanan pada ahli keluarga, baca surah Al-Ikhlas seribu kali, baca Zikir berikut 70 kali: Hasbunallah wani'malwakil, ni'mal maula wani'mannasir.

Thursday, November 22, 2012

Al-Fatihah..


Assalamualaikum..

Salam pagi Khamis 22 November 2012, apa kabar kawan2 serta pengunjung2 ZLC yang saya sayangi, semoga semuanya dibawah lindungan dan rahmat Allah hendaknya, saya agak lama tidak bersiaran kerana ada peristiwa yang berlaku pada kami dimana adik ipar saya, iaitu suami Bedah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin lepas..semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman.  Semoga adik saya Bedah dan saya juga terus diberikan kekuatan dan tabah tmenghadapi ujian yang diberikan ini, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul, insyaAllah saya dan adik beradik yang lain akan sama2 membantu membesarkan anak2 yatim seramai 5 orang ini.  Pastinya segala ujian yang Allah berikan ini ada hikmah disebaliknya..

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada  guru2 di SKPT 2 terutamanya Guru Besar Pn. Hjh Khatijah, Cikgu Rohayati, YDP PIBG sekolah En Sabar, Abg Zainal, En. M.Zin, Kak Wan Malinja, kak Ros, Kak Maria, dan semua yang telah sama2 membantu semasa adik ipar saya rebah di perkarangan sekolah dan di bawa ke Hospital Sultanah Aminah dan sehingga selamat di semadikan di tanah perkuburan Mahmoodiah selepas waktu Isya 19 November lepas. Kepada semua yang menziarahi serta ucapan2 takziah serta doa yang kalian berikan serta sumbangan yang dihulurkan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Kepada anak2 buah semua tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk terus menjalani kehidupan ini..kepada anak2 Adam, Hawa, Said, Sara dan Aina, mak Jay tahu kalian anak2 yang sangat kuat semangat dan kepada Said @ yeyed yang baru mendapat keputusan 5A dalam UPSR semoga said dapat meneruskan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, tumpukan pada pelajaran dan menjadi anak yang cemerlang kelak..begitu juga kepada anak2 semua..walaupun kalian telah ketiadaan ayah, teruslah menjadi anak2 yang soleh dan soleha doakan untuk ayah kalian kerana doa seorang anak tidak akan putus dan tiada hijabnya. Sentiasa membela nasib ibu sentiasa mendengar nasihat ibu dan yang penting jaga tingkah laku kalian, beramal ibadah, pastinya Allah sentiasa bersama kita.

Friday, November 16, 2012

Bebola Sardin


Assalamualakum...

Apa kabar kawan2 dan pengunjung2 ZLC..semoga kalian semua sehat sejahtera di samping keluarga dan tugas2 harian.  Berjumpa sekali lagi di hari Jumaat yang penuh bakarah ini...rasa macam pantas betul masa berlalu dah separuh dari bulan November kita lalui...ohhhh cepat betulkan...mudah2an semua kerja2 yang perlu dibereskan dalam tahun semasa dapat disiapkan, insyaAllah boleh la tu ekk. tapi kerja2 yang mudah ajer..ok kita biarkan cerita kerja yang perlu saya bereskan tu...hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua resepi tertunggak yang selalu juga saya buat tapi tak pernah di masukkan ke dalam blog iaitu sardin ball yang sesuai dibuat kudapan atau juga di buat untuk makan2 bila2 masa sahaja rasanya yang ala2 begedil tapi mudah untuk disediakan ini memang sedap dan agak unik..sebab gunakan ikan sardin dalam sos tomato..(tin) bagi sesiapa yang x makan sardin tu minta maaf la yer mungkin anda boleh gantikan dengan apa2  yang difikirkan bersesuaian sebab yang ini memang resepi berasas sardin...jom kita tengok resepi muda di bawah..

Bebola Sardin
 Bahan-Bahan:

1 tin sardin -(400 gm) saya guna sardin botan
350 gm biskut krim cracker - dihancurkan
2 labu bawang besar - didadu halus
12-15 batang cili padi di hiris/cincang halus (kalau nak lebih pedas boleh tambah) / atau boleh ganti cili hidup bagi yang x suka pedas cili padi
1 pohon daun bawang dan daun sup - dihiris halus
2 biji limau kasturi ambil jusnya
sedikit garam
3 biji telur - untuk celop sardin ball
minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Sardin dilecek, gunakan sekali kuah tomato sardin masukkan dalam sebuah mangkuk bersama sardin yang dilecek, biskut krim cracker yang di hancurkan, bawang besar di dadu halus, cili padi cincang, daun sup daun bawang hiris, garam, jus limau kasturi, gaul rata kesemua bahan.
2. Ambil sedikit adunan yang telah di gaul rata tadi dan jadikan bebola sebesar fish ball yang comel2 sahaja, buatkan sehingga abis adunan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali, celupkan sardin ball ke dalam telur yang dikocok manja dan gorengkan sehingga kuning keemasan, macam kita goreng begedil. Angkat dan toskan sardin ball. 
4. Hidangkan panas atau dah sejuk pun masih sedap lagi..bersama sos atau pencicah pilihan anda, cili sos ke mayonis ke...sedappp cubalah..


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah...1434

Assalamualaikum..Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di seluruh dunia..

CP - Pengantin Cikgu Farees n Nilai 3


Assalamualaikum..dan salam alam maya untuk semua yang sudi menjengah ke blog Zalekha Luvs Cooking..setelah tidak bersiaran hampir seminggu  kini saya muncul kembali dengan sedikit CP@catatan perjalanan semasa saya mengikuti rombongan ke Raub, Pahang pada 13 November 2012..semalam la tu dan perjalanan diteruskan ke tempat membeli belah yang terkenal di Negeri Sembilan..iaitu Nilai 3...first time tu pi sana, tu yang macam jakun sikit tempat ini rasanya dah lama beroperasi..ok lah jom kita sembang2 mak leha sambil lihat beberapa keping gambar yang saya dan anak2 buah  tolong snap..

Saya bersama 2 orang anak buah saya Iqin dan Yeyid serta adik bff saya cikgu Su n adik Bad  turut ikut sama dalam rombongan cik Kiah ke Raub, Pahang telah berkumpul seawal 4.30 pagi..time orang semua sedang sedap beradu diulit mimpi indah ke ngeri x tau la tu...hehehe saya awal lagi dah bngun dalam jam 3pg sebabnya nak gorengkan bebola sardin yang nak di bawa untuk kudap2an semasa dalam bas..dah siap semua baru saya kejutkan anak2 mandi...sejuk betullll pepagi hari nak berjalan kena mandi tapi semangat tu tetap berkobar2...naseb baiklah saya dah ok sikit sebab 2 hari sebelumnya saya sepatutnya join family day @ Pelangi Balau Resort anjuran kelab guru sekolah saya tapi oleh kerana x berapa nak sihat saya x pergi...  Anak2 bila di ajak berjalan memang suka sanggup bangun pagi kalau tidak time2 tak sekolah pukul 8 pun x bangun lagi..

Perjalanan kami bertolak pada jam 5 pagi dan sampai ke RnR Machap pada jam 6 lebih kot untuk solat dan sarapan pagi.. makan untuk sarapan cikgu su bawa roti 2 bantal dan scramble egg with mayonis+onion+chili yang tak sempat di sandwich--kan..so saya apa lagi dekat tempat makan RnR tu jugak la bukak table utk buat sandwich saper nak join makan tiada charge dikenakan FOC jer u... ada akak kesah muahahaha..sukati saya ajer..tapi air panas tetap la di beli...k abis citer bekpes teruslah perjalanan melalui KL dan lalu highway karak nak ke bentong dan Raub seterusnya rumah pengantin di Felda Tersang 3..mak aiiiii jalannya memang smooth ajer...tapi naik kematu gak punggung dok 8 jam dalam bas...ada gak yang serik xmo lagi pi ikut rombongan cik kiah cenggini..akak ok jer tp xleh selalu2..klau naik flight xkisah la 4-5 kali setahun pun akak sanggup...hahhaha.. jadi perjalan yang naik bukit turun bukit naseb baik bas tak semput cuma yeyed ajer yang termuntah dalam plastik sebelum nak sampai umah pengantin.

 Sampai ke destinasi dekat jam 1 jugak..penat sehhh tapi alhamdulillah berbaloiii gak kami dilayan baik oleh pengantin sendiri cikgu Farees yang sentiasa sporting dengan wife dia Ayu thank you to both of u gan family sebab layan kami dengan baik dan makanannya pun sedapppp cuma saya lupa nak ambil gambar sebab lapor nyer fasal...mcm2 ada nasi putih nasi minyak, lauk2 ikan patin masak gulai tempoyak best..ada, nenas  gan ikan talang masak lemak, ada gulai kawah daging ada ikan talapia goreng berempah kot sebab saya x makan yang ini syok makan ikan patin jer..hehe..macam2 lagi lah...dan selepas makan sesi bergambar
dengan pengantin yang memang encem dan macho macam hero industan...opss mcm syamsul yusof director jutawan tu..opss yer ker?? tapi yang pastinya cikgu Farees memang kacak orang nya mendapat pasangan pun ayu jelita yang kebetulan nama pun Ayu..

Dah selesai sesi fotografi kami pun beredar untuk teruskan satu lagi destinasi yang kesemua cik2 kiah gan pak2 kiah tunggu iaitu bershopping ke Nilai 3..sampai di nilai dekat jam 6 petang diberi masa dalam 1 jam untuk pirau2 atau bagi sesiapa yang nak memborong segala maknikam barang memang murah2 tapi saya cuma servey2 aje saya cuma belikan anak buah b2 tu t-shirt gan aina comel baju tido..sara pun xdapat sebab salah size..huhu..kesian lak kat sara...takpe next time boleh beli lagi..selepas acara intai2 n shopping ala2 ciput ajer tu perjalanan kami teruskan utk blik ke JB singgah di RnR pagoh utk solat dan makan malam yg ditaja gak???tq ek abg R...hahaha sdap nasi ayam..dan pastu terus balik smpai di hadapan sekolah jam 12 tgh malam penat sangat2 n sempat mandi dulu trus tido sbb hari ini bekerja walaupun megantokz.....ok dah panjang sangat saya bercerita jom ler kita tengok2 gambor yg ada tp mutu gambar kureng memuaskan biasa la kan diambil oleh photographer pro guna camera cap ayam..hehehe...hingga bertemu lagi salam sayang dari ZLC...muahhhhh..



Friday, November 9, 2012

Cuti Sekolah. Family Day di Pantai..Cuti2 M'sia??


Assalamualaikum...

Salam Jumaat untuk semua kawan2 dan pengunjung2 Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...hari jumaat 9 November 2012 merupakan hari terakhir sekolah...bagi tahun 2012 kerana esok bermula cuti sekolah yang panjang untuk anak2 dan adik2 yang bersekolah..seronok pulak rasa bila dah mula cuti sekolah...tentu banyak acara2 atau percutian bersama keluarga yang dirancang oleh ibubapa diluar sana yang mengambil peluang untuk membawa anak2 berjalan pada musim cuti sekolah ini...

Saya pula suka akan suasana cuti sekolah sebab bila bekerja di sekolah keadaan sekolah akan lebih aman dan tenteram bila ketiadaan murid2..tapi mesti sunyi juga kan sebab tak dapat berjumpa dengan adik2 serta rakan2 guru melainkan mereka dipanggil untuk bertugas pada cuti sekolah ini...Kepada guru2 atau sesiapa sahaja ibu bapa yang bercadang untuk balik ke kampung halaman masing2 di ucapkan selamat bercuti di kampung...pasti seronokkan kalau ada kampung.. dan bagi yang tak ada kampung boleh juga lah berjalan2 ke destinasi pilihan anda kerana begitu banyak tempat2 menarik yang boleh dikunjungi semasa cuti sekolah ini..saya awal cuti ini akan pergi mengikuti hari keluarga di Pelangi Balau Resort..bersama2 keluarga SKPT2..2 hari jer ahad dan isnin, pastu pada hari Deepavali pulak nak berjalan2 rombongan Cik Kiah ke Raub Pahang menghadiri perkahwinan cikgu Ahmad Farees n acara shopping2 di Nilai 3...wahhhhh bestnya...tapi wang besar xder..huhu saper nk belanjer saya..

Jadinya buat sekian kalinya tak ada entry masak2 di sini ok mohon maaf banyak2 yer kawan2...insyaAllah bila ada kesempatan saya akan bersiaran lagi kalau ada cerita2 menarik..hingga bertemu lagi salam sayang dari saya..xoxo..muahhh.

Tuesday, November 6, 2012

Lagu2 Nostalgia Mengamit Memori...

jom layan lagu2 lama yang sungguh indah senikatanya dengan alunan irama yang mendayu serta x membingitkan telinga...untuk mereka yang seangkatan dengan saya, akak2, abang2, kanda2 semua let enjoy my selection of oldies song..mengimbau zaman2 remaja kita..salam sayang dari ZLC..

Burger Masala ....with garam masala onion..


Assalamualaikum...

Apakabar kawan2 semua semoga anda semua ceria disamping keluarga tersayang.  Hari ini saya nak berkongsi satu resepi tertungguk yang mudah,  saya buat minggu lepas rasanya..iaitu burger dengan sedikit kelainan kerana saya perisakan dengan garam masala sejenis rempah campuran kaum India dan juga saya letak caramelized onion yang saya buat campur dengan garam masala juga...sedappp u rasa dia bagi sesiapa yang tak pernah mencuba garam masala nie x berapa kari langsung ianya rempah2 campuran ketumbar, jintan manis, serbuk lada, kunyit, lada hitam sedikit dan campur2an rempah lain tapi tiada kari di dalamnya.
Ok saya terus tulis resepi mudah untuk burger dan bawang masala nyer sekali ok...

Burger Masala....

Bahan-Bahan:

Daging Burger - secukupnya ikut berapa yang kita nak buat (saya guna jenama ramly)
Roti Burger - secukupnya
sedikit rempah garam masala
sedikit sos tiram
sedikit butter/majerin
bahan2 sayuran
Daun Salad secukupnya (saya guna butterhead salad)
Hirisan Tomato secukupnya
Hirisan Timun secukupnya
Sos Cili dan Mayonis secukupnya

Bahan untuk caramelized onion masala:
1 labu bawang besar holland - dipotong dua dan dipotong/dihiris
1 camca teh garam masala
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam dan sedikit minyak untuk menumis.

1. Mula2 sediakan bawang dahulu, panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan bawang besar holland yang dihiris gorengkan sehingga layu dan berbau harum. masukkan garam masala diikuti dengan sos tiram dan sedikit garam balik2kan dan padamkan api.
2. Untuk sediakan burger gorengkan daging burger di atas nonstick pan tak perlu letak minyak sebab daging burger akan keluarkan minyak sendiri. balik2kan kedua2 bahagian, apabila daging burger separa masak belah di tengahnya taburkan dengan sedikit garam masala dalam 1/4 camca teh serta 1 camca teh sos tiram di tengahnya dan juga kiri kanan daging, sambung goreng hingga masak. ketepikan.
3. Untuk sediakan burger roti burger di belah 2 sapukan dengan sedikit butter/majerin, panaskan sekejap atas nonstick pan. Letakkan roti bersama daging burger sapukan dengan sedikit mayonis dan lapiskan dengan bawang masala tadi dan susunkan sayuran salad, timun dan tomato boleh tambah sos kegemaran masing2 sedappp, cubalah..


Monday, November 5, 2012

Sara Sahira...big girl now..


Hai...

N3 yang sepatutunya saya masukkan semalam, sempena ulangtahun ke 6 Sara Sahira anak buah saya yang sangat2 petis, suka bergaya dan pastinya comel..opss jgn lihat pada giginya yer sebab senyuman sara yang sentiasa manis tu bermakna sara memang seorang peminat tegar gula2 dan coklat..hehehe..ok sedikit catatan pada hari ulangtahun kelahiran sara semalam ibu dan ayah sara telah mengadakan acara makan2 bersama keluarga. 

Semalam ayah sara sendiri yang buat kek red velvet...sedap birthday kek sara..dengan toping cheesy cream pehhh memang sedappp, selain dari itu ada juga roti kacang pol, mee hoon soto dan juga lemang periuk kera bersama rendang dan serunding...yang lain2 tak der..oppsss lupa pulak ada juga  mashmallow n fruit stick yang dicelup dengan coklat..yer lah hari lahir budak2 kan tu yang paling disukai budak2 dan yang dah tua nie pun..hehe ok jom kita tengok sedikit dari gambar yang sempat saya snap ok..


Good Luck...SPM n STPM candidates..


Assalamualaikum...

Salam Isnin 5 November 2012, apakabar kawan2 dan pengunjung SLC semua. diharapkan anda semua sentiada sihat dan didalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya..dah 5 hari saya x bersiaran di blog kerana lappy saya buat hal lagi dan kali ini rasanya memang kena tukar dengan yang baru..so Mr Dell u pun dh lebih 5 years kan i guna it high time untuk berubah wajah..insyaAllah esok lusa saya akan dapatkan lappy baru brand apa tak tau lagi..tp kalau ada sesiapa yang bermurah hati nak hadiah kan kat saya alangkah bahagianya...huhuhuhu sukahati saya ajer ekk..

Sebenarnya banyak perkara2 yang terlepas yang saya hendak updatekan misalnya entry hari lahir anak saudara saya Sara Sahira yang dah masuk enam tahun semalam...nak ucapkan Good Luck untuk anak buah saya Siti Aishah yang menduduki SPM hari ini..dan ada juga entry masakan mudah...so to cut it short saya ucapkan selamat menduduki SPM buat semua adik2 diluar sana yang dah pun berhempas pulas belajar dan hari ini bermula saat getir menduduki peperiksaan semuga anda semua dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab dengan baik..juga untuk adik2 yang akan ambil STPM esok.


Thursday, November 1, 2012

Selamat Pengantin Baru...musim kahwen di SKPT2


Assalamualaikum...

Salam petang Khamis 1 November 2012...wahhhh dah masuk bulan 11 cepat betul masa berlalu dah tinggal 2 bulan sahaja lagi kita akan meninggalkan 2012...opss lupa nak tanya kabar kawan2 semua apa khabar kawan2 semoga anda semua sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya.  Mesti ramai antara kawan2 yang tertanya2 kenapa saya buat entry seperti tajuk di atas ekk...almaklumlah sebab bulan 11 nie merupakan bulan yang menjadi pilihan bagi cikgu2 di sekolah saya untuk menamatkan zaman bujang dan solo masing2..kalau yang ingin menambah cawangan tu saya tak tau pulakkk sebab xdapat menghidu lagi...cewahhh macam paparazi lak saya nie ekk..ada kang kena saman nanti...tapi xder kot saya percaya abg2 pakcik2 n adik2 yang lelaki di SKPT2 nie semuanya baik2 belakakan...lagi pula kami di sekolah nie saling kenal antara pasangan2 cikgu dan anak2 mereka sekali dah jadi keluarga besar yang sangat akrab bila ada majlis2 atau jemputan pasti mereka akan bawa isteri masing2 berserta anak2..jadi tak hairanlah mengapa kami semua dah macam adik beradik di SKPT2 nie...x gitu en. .M.Zin gan en. Usop...oh dah panjang pulak saya bercerita pasal hubungan kekeluargaan di sekolah ini ekk..
tahniah kak siti..
Sebenarnya saya nak ambil peluang untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabat baik saya kekanda Ustazah Siti Hajarah kerana bertemu jodoh setelah berseorangan selama hampir 5 tahun akhirnya kak Siti akan bergelar isteri, tahniah dan selamat menempuh gerbang perkahwinan semoga akak sentiasa berbahagia dan kami semua mendoakan yang terbaik untuk akak ok...selain pada kak Siti yang akan menikah esok 2 November, ada lagi adik2 yang lain yang akan menamatkan zaman bujang mereka iaitu Cikgu Harlina yang akan melangsungkan perkhawinan pada 11 hb nanti di Taman Sri Pandan dan cikgu Ahmad Farees yang akan menjadi Raja Sehari pada deepavali nanti 13 November dan kami dari SKPT2 akan beramai2 mengikuti rombongan Che Kiah ke Raub, Pahang untuk majlis Farees nanti..tunggu kan kedatangan kami ok Cikgu Farees..


Kepada pengantin2 yang bakal melayari bahtera perkahwinan diucapkan semoga jodoh mereka akan berkekalan ke akhir hayat dan berbahagia di alam rumah tangga, dikurniakan zuriat yang soleh dan soleha serta sabar menghadapi segala cabaran yang mendatang, pupuklah kasih sayang agar menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah, Warrahmah ..hohoohoohoo pandainyerrrr saya ini memberi nasihat pada kawan2 yer..xperlah kan mudah2an ada pulak kawan2 lain yang akan menasihati saya pula bila tiba giliran...oppsss bila tu...kena tungguuuuuuu.. Akhir kalam salam sayang dari saya...xoxo..