Thursday, November 1, 2012

Selamat Pengantin Baru...musim kahwen di SKPT2


Assalamualaikum...

Salam petang Khamis 1 November 2012...wahhhh dah masuk bulan 11 cepat betul masa berlalu dah tinggal 2 bulan sahaja lagi kita akan meninggalkan 2012...opss lupa nak tanya kabar kawan2 semua apa khabar kawan2 semoga anda semua sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya.  Mesti ramai antara kawan2 yang tertanya2 kenapa saya buat entry seperti tajuk di atas ekk...almaklumlah sebab bulan 11 nie merupakan bulan yang menjadi pilihan bagi cikgu2 di sekolah saya untuk menamatkan zaman bujang dan solo masing2..kalau yang ingin menambah cawangan tu saya tak tau pulakkk sebab xdapat menghidu lagi...cewahhh macam paparazi lak saya nie ekk..ada kang kena saman nanti...tapi xder kot saya percaya abg2 pakcik2 n adik2 yang lelaki di SKPT2 nie semuanya baik2 belakakan...lagi pula kami di sekolah nie saling kenal antara pasangan2 cikgu dan anak2 mereka sekali dah jadi keluarga besar yang sangat akrab bila ada majlis2 atau jemputan pasti mereka akan bawa isteri masing2 berserta anak2..jadi tak hairanlah mengapa kami semua dah macam adik beradik di SKPT2 nie...x gitu en. .M.Zin gan en. Usop...oh dah panjang pulak saya bercerita pasal hubungan kekeluargaan di sekolah ini ekk..
tahniah kak siti..
Sebenarnya saya nak ambil peluang untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabat baik saya kekanda Ustazah Siti Hajarah kerana bertemu jodoh setelah berseorangan selama hampir 5 tahun akhirnya kak Siti akan bergelar isteri, tahniah dan selamat menempuh gerbang perkahwinan semoga akak sentiasa berbahagia dan kami semua mendoakan yang terbaik untuk akak ok...selain pada kak Siti yang akan menikah esok 2 November, ada lagi adik2 yang lain yang akan menamatkan zaman bujang mereka iaitu Cikgu Harlina yang akan melangsungkan perkhawinan pada 11 hb nanti di Taman Sri Pandan dan cikgu Ahmad Farees yang akan menjadi Raja Sehari pada deepavali nanti 13 November dan kami dari SKPT2 akan beramai2 mengikuti rombongan Che Kiah ke Raub, Pahang untuk majlis Farees nanti..tunggu kan kedatangan kami ok Cikgu Farees..


Kepada pengantin2 yang bakal melayari bahtera perkahwinan diucapkan semoga jodoh mereka akan berkekalan ke akhir hayat dan berbahagia di alam rumah tangga, dikurniakan zuriat yang soleh dan soleha serta sabar menghadapi segala cabaran yang mendatang, pupuklah kasih sayang agar menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah, Warrahmah ..hohoohoohoo pandainyerrrr saya ini memberi nasihat pada kawan2 yer..xperlah kan mudah2an ada pulak kawan2 lain yang akan menasihati saya pula bila tiba giliran...oppsss bila tu...kena tungguuuuuuu.. Akhir kalam salam sayang dari saya...xoxo..

No comments:

Post a Comment