Thursday, December 6, 2012

Apam Balik Lembut 3...

Assalamualaikum...

Apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC semua semoga anda sentiasa sihat dan ceria2 selalu...saya nak mohon maaf sebab dah lama sungguh x bersiaran almaklum selain dari kesibukan tugas lappy kat rumah tu buat hal lagi...jadi terpaksa la bersabar sebenarnya dah ada 2-3 entry masakan yang nak saya kongsikan di sini walaupun masih lagi tak dapat masukkan gambar2 sebab masalah yang saya ceritakan tempoh hari tak apalah kan saya tuliskan sahaja resepinya mungkin kalau ada caranya nanti saya akan masukkan gambar kemudian ok..

Saya hari ini buat sarapan pagi apam balik sebab dh lama x membuatnyakan...rasa lebih puas bila buat sendiri anak2 semua pun suka sebab lembut sahaja rasa apam balik nie dan kalau nak lebihkan kacang tabur gan jagung pun boleh bila dimakan panas2 memang sedap..jadi saya dapat juga tunjuk pada aishah cara nak buat apam balik mana la tau bila anak2 nak buat sendiri pun boleh bila teringin nak makan mudah sahaja cara nak membuatnya..cuma apam balik saya kali ini gunakan susu tepung yang saya bancuh dengan air masih jadi juga walaupun x gunakan susu segar..orang kata apa2 ajer lah bahan yang ada dirumah boleh kita gunapakai...ok jom tengok resepi mudah di bawah ini yer saya juga pernah masuk resepi apam balik sebelum ini DISINI dan juga SINI


APAM BALIK LEMBUT 3

Bahan-Bahan

2 3/4 cawan tepung gandum
4 sudu makan penuh susu tepung
3 cawan air  - (bancuhkan dengan susu tepung)
1 sudu makan baking powder - rata
1/2 sudu makan bicabornate of soda - rata
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan gula pasir
sedikit garam
sedikit majerin/buttercup untuk lenser kuali dan sapu di atas apam balik

Bahan-Bahan untuk inti apam balik

11/2 cawan kacang tanah kisar - beli yang siap dikisar
1/2 cawan gula halus - (campurkan kacang tanah kisar bersama gula halus)
1/2 tin jagung cream style dalam tin

Cara:

1.  Ayakkan tepung dan bahan penaik masukkan dalam mangkuk adunan, masukkan juga gula dan garam,
2.  Dengan mengunakan whisk bancuhkan tepung dengan susu tepung dan air yang telah dibancuh tadi adunkan rata sehingga licin dan tidak bergentil.
3. Masukkan 2 sudu makan minyak jagung ke dalam adunan dan gaul sebali biarkan adunan dalam 15-20 minit.
4. Panaskan non stick pan, lenserkan dengan sedikit butter, masukkan dalam anggaran 1/2 cawan adunan apam balik dan biarkan dengan api yang perlahan sehingga permukaannya berlubang2 dan bila agak mengering terus taburkan dengan kacang tanah kisar yang telah digaul bersama gula rata2, dan taburkan juga dengan jagung dalam tin gunakan hujung sudu setompok2 ikut banyak mana yang kita suka.
5. Lihat bahagian bawah apam balik bila dah berwarna coklat cantik lipat kan dua, alihkan ke atas pinggan dan terus di sapu permukaan apam balik dengan butter. Buatlah sehingga habis ukuran apam balik yang saya buat ini dalam 5 inci, bila hendak menghidang boleh dipotong 2 atau 3. makan panas sedap tapi bila dah sejuk pun masih lembut lagi...cuba lah..

Note: Kalau nak lihat gambar apam balik sila ke facebook saya Siti Zalekha Sheikh Ismail ok kerana buat sementara ini gambar x dapat diupload di blog..

No comments:

Post a Comment