Thursday, December 13, 2012

Cekodok Choc Chip Gebus...


Assalamualaikum...

Selamat pagi khamis kawan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi semuanya...alhamdulillah hari ini kita dipanjangkan usia dan dapat bertemu di alam maya sambil membaca celoteh saya...oppss pg2 rasa tak sesuai bercelotehkan nanti rezeki takut nak dekat...ok kita dok diam2 sambil senyum2 ~~opps~~ yg ini lagi tak boleh nanti orang ingat tak berapa sihat kalau asik tersenyum2 sumbing@kambing seorang diri hehehe ada2 ajer pulak saya hari nie kan..

Sebenarnya saya hanya nak berkongsikan satu resepi sarapan yang mudah yang saya buat tadi pagi iaitu cekodok chocolate chip gebu yang saya skodeng resepinya di Myresepi semalam..rasa saya resepi kak besah kot tp kak besah buat cucur kembung milo kot kat situ dan ramai pembaca lain yang telah mencubanya dan ada yang memasukkan choc chip dalam cekodok tu yang menyebabkan saya teruja nak mencubanya..budak2 kan suka kalau ada choc chip tu,  Rasanya sangat lembut dan sedap garing diluar dan gebu di dalam...tq kak besah saya dah lihat resepi nya tapi tak prints pun, jadi ingat2 lupa saya buat juga lah sedikit...tapi bila mengoreng tu kalau choc chip nya di bahagian tepi akan cepat mencair dalam minyak dan menjadikan minyak agak hitam dan kotor so kena la terus buang minyaknya selepas mengoreng..ok jom la kita lihat resepi di bawah


Cekodok Choc Chip Gebu..

Bahan-Bahan

2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu pekat manis
secubit garam
2 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan chocolate chip
1 1/2 cawan air
minyak untuk mengoreng

Cara:

1.  Masukkan tepung naik sendiri dalam mangkuk bersama gula, garam dan 2 sudu makan minyak jagung. Susu pekat manis dibancuhkan dengan air. Masukkan air susu sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.
2.  Adunan cekodok ini jangan di buat cair biar agak2 boleh di cekut dengan tangan untuk mengoreng, masukkan choc chip dan gaul kan ke dalam adunan cekodok.
3.  Panaskan minyak dalam kuali gorengkan cekodok dengan cekut gunakan tangan untuk dapatkan cekodok yang bulat2, gorengkan dengan api yang sederhana hingga cekodok masak rata dan garing.
Angkat dan toskan.  Hidangkan panas2...sedap sebab gebu sangat..

No comments:

Post a Comment