Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Friday, December 7, 2012
Ketam Cili style Mak J...
Assalamualaikum...
Salam jumaat yang barakah untuk semua kawan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi alhamdullilah sekali lagi kita dipertemukan di alam maya ini..dan nampaknya cuma tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun 2013...diam x diam kan sekejap ajer masa berlalu dan begitu banyak peristiwa pahit manis suka duka yang berlaku dalam diary kehidupan kita semua...dan bagi yang mempunyai azam agak2nya dah terlaksana tak apa yang diazamkan atau diimpikan...kalau belum terlaksana masih sempat lagi sebab ada masa dalam 3 minggu lagi kan...ok lah saya tak bermaksud bercerita panjang hari ini, mungkin di lain kesempatan kalau ada cerita2 yang menarik kita sambung story2 lagi ok...
Hari ini saya nak kongsikan resepi yang agak ringkas dan mudah dan yang utamanya bagi mereka yang gemar atau suka makan ketam tentu pernah mencuba masakan chilli crab kan, saya buat ketam bercili nie minggu lepas gak malam isnin kalau x silap saya, memalam hari makan ketam cili jadinyer perasan macam makan kat restoran makanan laut jer..rasa ketam yang manis dan segar yang dibeli hidup dan bergerak2 lagi lagi sepit ketam tu...nasib baik la ada adik saya tolong siang dan bersihkan kalau x memang la saya x tau nak siang ketam hidup2 mau disepitnya saya...naya jer kan...ok lah panjang pulak cerita saya dlm xnak bercerita tu...hehehe sorry ek kawan2 jom kita semak resepi di bawah
Ketam Cili ~ Style Saya..
Bahan-bahan:
6 ekor ketam bangkang - dibersihkan dan di belah 2 (ketuk dahulu sepit ketam yang besar-senang bila nak makan
3 batang cili hidup - di blender halus
7-8 batang cili padi - di blender halus
8 ulas bawang merah - di blender halus
3 ulas bawang putih - di blender halus
1/2 inci halia - diblender halus
1/2 cawan sos cili
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan gula
3/4 cawan air
1 biji telur ayam - dipukul sedikit
sedikit minyak masak untuk menumis
sedikit garam - jika perlu.
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan cili, bawang, halia yang dikisar halus sehingga berbau harum dan naik minyak masukkan juga gula pasir dan tumiskan hingga agak garing, kemudian masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram.
2. Balik2kan sehingga semua bahan2 ditumis naik bau dan melikat masukkan pula air, setelah bahan yang ditumis mendidih masukkan ketam balik2kan dan masukkan pula telur yang dipukul tadi.
3. Rasakan kesesuaian rasa kalau perlu baru ditambah dengan sedikit garam, sebab semua bahan2 sos dah agak masin tak letak garam pun x apa terpulang pada citarasa masing2. Gorengkan ketam hingga masak dan padamkan api. Hidangkan panas bersama nasi putih atau sedap di ratah begitu sahaja..cubalah.
p/s : seperti biasa gambar masih belum boleh diupload sila ke facebook saya utk tengok gambar ketam bercili ok ~Siti Zalekha Sheikh Ismail~
No comments:
Post a Comment