Thursday, December 6, 2012

Udang Sambal Bermangga



Assalam...

Satu entry ringkas yang nak saya kongsi dengan rakan2 hari ini udang sambal bermangga..sebenarnya udang nie saya masak minggu lepas hari Ahad...masa beli udang dan ketam di Tanjung Langsat tempoh hari dah terfikir kalau udang laut yang sedang2 macam nie memang sedap kalau dimasak bersos atau bersambal gini..sebab rasanya sangat manis dan segar cuma tak boleh makan selalu sebab kolestrolnya yang tinggi, sebenarnya masa beli tu ada size udang yang sangat besar tapi tak berani pulak saya beli maklumlah kalau dah besar sangat amik 4-5 ekor dah dekat sekilo harganya pulak boleh tahan mahal 35 hengget u...kesian nanti anak2 terkulat2 ajer tengok...so bila size nya kecik sikit dapatlah lebih sikit...ok membebel pulak saya nie...jom kita tengok resepi mudah di bawah kalau nak pedas sila tambahkan cili padi pada cili hidup blender tu saya cuma campak jer 5-6 tangkai supaya tak pedas untuk anak2..

Udang Sambal Bermangga

Bahan-bahan:

500gm udang sederhana besar - dibersihkan
4 batang cili hidup merah - diblender halus (kalau nak pedas sila tambah cili padi)
8 ulas bawang merah - diblender halus
3 ulas bawang putih - diblender halus
1/2 inci halia - diblender halus
2 labu bawang besar di belah 2 dan hiris kasar
6-7 tangkai cili padi (untuk campak dalam lauk udang bersambal nie)
1 biji buah mangga separuh masak - dadukan isinya
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
sedikit garam
1/2 cawan air
sedikit mingyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak - goreng sebentar udang sehingga bertukar warna @ separuh masak angkat dan toskan.
2. Untuk menumis boleh gunakan minyak mengoreng udang tadi atau gunakan minyak yang baru, tumiskan cili blender bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang diblender halus tadi. Tumiskan sehingga naik minyak dan agak garing masukkan sekali gula 1 sudu makan sahaja.
3. Masukkan juga sos tomato dan sos tiram balik2kan dan masukkan sedikit air anggaran 1/2 cawan masukkan udang dan bawang besar yang dihiris tadi bersama mangga yang dipotong dadu serta campakkan cili padi, jadi bagi sesiapa nak rasa pedas pecahkan sendiri atau gigit la cili padi tu nanti..hehe..
4. Perasakan dengan garam sedikit tak perlu banyak sebab sos2 tu semua dah masinkan...masak sehingga agak memekat dan udang masak cantik padamkan api.  Hidangkan panas bersama Nasi Putih dan sayuran pilihan anda...sedap tak berapa pedas sesuai untuk anak2.

p/s untuk gmbar buat sementara sila la tengok di fb saya: Siti Zalekha Sheikh Ismail ok..

No comments:

Post a Comment