Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, March 31, 2012

Spaghetti Berkuah Tomato dan Bebola Daging Versi 2..

Salam petang sabtu untuk semua....

Petang ini saya nak kongsikan satu resepi spaghetti bebola daging sekali lagi tapi agak berlainan sedikit dari yang pernah saya buat dahulu..dISINI  ....

Jomlah kita terus semak resepi di bawah..nak ikut resepi yang terdahulu pun sedap yang ini pun sedap x kisah la yang mana2.


Spagetti Berkuah Tomato dan Bebola Daging versi 2...

Bahan-Bahan:
1 peket spagetti - rebus hingga masak dan toskan
400 gm bebola daging - gorengkan sebentar angkat dan toskan
1 batang karet -dipotong batang mancis atau di dadu
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 senduk lada blender
2 biji bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci halia - diblender halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 senduk tomato puree @ setengah tin sedang
800 ml air
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato segar - di dadu
gula pasir secukupnya - saya guna lebih kurang 3 sudu makan
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara:
1. Spagetti di rebus dalam air mendidih lebih kurang 25 minit atau hingga masak tos dan ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk anggaran 2 senduk sedang tumiskan bawang besar yang didadu hingga berbau harum dan layu, masukkan cili blender dan bawang blender serta halia. Tumislah sehingga cili agak garing dan naik minyak.
3. Masukkan tomato puree dan gula kacau sebentar dan masukkkan air serta susu cair. Biarkan agak mendidih masukkan bebola daging yang telah digoreng tadi dan masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian masam manis dan masin kuah ini.
4.Masukkan pula karet yang dipotong batang mancis 2 cm dan cendawan butang yang dihiris tadi dan tomato yang didadu. Masakkan sehingga sebati dan agak sedikit memekat. Padamkan api dan hidangkan bersama Spagetti yang direbus tadi. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang yang dihiris jika ada..




Kek Mentega Cheese...

Assalamualaikum...

Selamat pagi sabtu untuk semua..saya nak mohon maaf sebab dah janji semalam nak masukkan entry yang ini tetapi terpaksa ditangguhkan sebabnya petang semalam balik dari office saya temankan akak saya Hjh Siti Rashidah  ke clinic bawa suaminya yang sakit kencing manis..kaki dia dah bengkak n memang perlukan rawatan la...seriau bila nak cerita pasal orang sakit kencing manis ini..pagi ini pun dah kena ke Hospital admit ward..nak buat macam mana...so kita semua kena la sentiasa nak ingatkan diri sendiri untuk sentiasa menjaga kesihatan jangan makan atau minum yang manis, kurangkan kabohidrat, kurangkan lemak..kurangkan ambil makanan...boleh makan tapi dalam kuantiti yang diperlukan sahaja..dan yang penting amalkan gaya hidup sihat dan bersenam...pesanan ini di tujukan untuk diri saya sendiri dan teman2 dan anda semua yang saya kasihi...boleh ke saya ini mengikut peraturan seperti ini...saya memang memerlukan memotivasikan diri saya sendiri jika hendak sihat..

Ok tak boleh nak bercerita panjang2 lain kali kalau ada kesempatan saya menulis lagi sebab nanti akak saya mengajak  temankan dia ke hospital sekejap lagi...terus pada resepi yang nak saya kongsikan ini merupakan  kek yang dibuat oleh anak buah saya Iqin yang baru standard 5 tapi memang rajin bab2 nak menolong buat kueh atau kek dan selalunya dibawah seliaan ibunya Milah...kek ini sedap lembut moist n tak berapa manis tapi naper lah si iqin tompok2kan cream cheese dia atas kek ini tak dicampurkan ke dalam adunan kek...kek nie dibuat gara2 nak abiskan cream cheese phelidaphia yang kami beli banyak tak buat2 takut sampai expired pulak nanti...Jom kita semak resepi kek versi Iqin nie yer...

Kek Mentega Cheese Iqin Ten..

Bahan-Bahan:

250 gm menteta
200 gm gula castor
250 gm tepung gandum - diayak*
2 camca teh baking powder - diayak*
5 biji telur - size A
1 camca teh esen vanilla
125 gm cream cheese phelidaphia

Cara:

1. Pukul butter dengan castor sugar sampai lembut dan ringgan, masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati dan berkrim.
2. Masukkan vanilla esen, di iikuti dengan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
3. Masukkan adunan kek ke dalam loyang berukuran 8" dan  yang macam ikin buat dia potong sahaja cream cheese tu dan taburkan di atas kek. tapi kalau nak buat version yang lebih sedap pukulkan cream cheese hingga lembut masukkan ke dalam adunan kek selang seli dengan tepung pun boleh atau setelah adunan di masukkan telur. Pukul sebati...lebih sedap macam tu..
4.  Adunan kek yang telah siap masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama lebih kurang 50 minit atau 1 jam bergantung pada oven masing2.   Selamat mencuba..

Friday, March 30, 2012

Kurang Sehat...tekak nak Big Mac

Assalamualaikum...


Salam Jumaat untuk semua pengunjung ZLC yang di kasihi...hari ini saya masih lagi rasa kurang sehat dengan selsema dan badan yang sedikit lemah...tapi masih bekerja..sebab ada kerja2 yang perlu saya buat dan saya tak nak ikutkan sangat rasa lesu ini. Tapi dalam pada lesu dan kurang sehat tu tekak ini tak pulak menolak bila ada office mate saya yang nak pi beli lunch Mc Donald..mereka semua nak makan burger tengah hari tadi saya pun teringin jugak nak Big Mac so...jangan ke tidak mengirim juga la set Lunch Value Big Mac..tapi makan separuh ajer...ada lagi separuh tak habis kentang pun tak abis..air pun tak habis jugak..memang betul penangan nak demam nie kalau tak pasti habis...

Malam atau petang nanti bila dah balik kerja saya nak sharekan satu resepi kek butter cheese yang dibuat oleh anak buah saya Iqin bersama ibunya malam tadi...sedap jugak kek yang Iqin buat..rasanya just nice tak terlalu manis cuma tang letak cheese yang tak betul bukan diletak dalam adunan kek tapi dia cuma letak di atas permukaan ke setompok2 gitu dan bakar nantilah tengok gambar kek iqin bila saya masukkan entry nanti yer..ok la buat masa ini layankan ajer picture lunch saya tengah hari tadi bersama kawan2 di opis...jom Mc D..




Wednesday, March 28, 2012

Pulut Serunding...

Assalamualaikum...

Apakabar semua...dah 2 hari saya tak mengupdate di blog memang terasa rindu pulak..hehehe macam rindukan bf ajer..mengada2 ajer bunyinya kan...hari ini saya rasa kurang selesa disebabkan selsema tapi oleh kerana bekerja saya gagahkan juga...itu pun terbersin2 yang sangat kuat hingga ada yang terperanjat mendengarnya..mintak maaf banyak yer untuk kawan2 di ofis saya tu sebab sedikit tergangu kontrentasi bekerja bila saya haatttcummm...kuat pulak tu hingga pk koko saya En. Yusoff melawak pulak dengan abg zainal sama ada ada orang tak yang terpelanting bila saya terbersin tadi...muahahaha malunya saya tapi nak buat macam mana bila hidung dah tersumbat tu macam2 la ragam yang keluar...terukkan..tapi sebelum ini kalau selsema pun saya tak lah terbersin dengan kuatnya..ntah la...xtau nak kata apa kurang vitamin C agaknya...hehe..

Dalam pada kurang selesa@kurang sehat masa balik kerja tadi adik saya bedah ada membuat mee goreng mamak untuk minum petang...merangkap makan malam sekali la sebab kenyangkan kalau makan mee goreng. Saya pulak memang teringin nak buat kueh pulut.. 2 kali saya membeli beras pulut tapi tak buat2 jugak...berangan nak buat serimuka tak buat2 akhirnya bila tengok ada bahan2 lain seperti kelapa parut dalam freezer saya pun apa lagi buat la serunding dan mengukus pulut..emm bila buat sendiri memang terasa puas makan 3 ketul...tapi yang kecil ajer lah..anak2 buah saya yang lain yang kenit2 tu pun macam aina, sara dan yang besor2 eqa dan yeyed memang peminat pulut...so makan la kami anak beranak..bila kakak saya Noly yang kat KL tu call anak dia eqa tadi teringat pulak dia memang peminat pulut ...tak teringat pulak nak masakkan pulut masa dia balik ke JB kelmarin...insyaAllah bila dia datang lagi saya akan buatkan pulut serunding utk dia pulak..

Oklah panjang betul cerita saya ini...Jom lah kita semak bahan2 yang diperlukan untuk buat Pulut Serunding atau Pulut Cawan ini.


Pulut Serunding

Bahan-Bahan:

Untuk Pulut:
2 cawan beras pulut - basuh dan rendam selama 1/2 jam
2 cawan santan - sederhana pekat
Sedikit garam

Cara:
1. Kukuskan pulut bersama santan yang digaul dengan sedikit garam lebih kurang 20-30 minit dalam loyang.
2. Bukakan penutup kukus dan adukkan pulut yang dikukus tadi dengan senduk. Kukuskan semula lebih kurang 10 minit atau hingga pulut masal cantik. Padamkan api dan gaul rata sekali lagi dan biarkan sejuk sebentar.
3. Pulut dibentuk gunakan acuan plastik atau acuan apam yang kecil, masukkan pulut dan tekan hingga padat keluarkan dan susun dalam bekas.
4. Untuk menghidang gaulkan pulut bersama serunding atau taburkan sahaja serunding di atas pulut mana2 pun boleh.  Sedia untuk dihidangkan.

Resepi untuk Serunding Udang Kering ini saya Copy n Paste ajer yang pernah saya buat dahulu cuma kali ini saya buat setengah sukatan  ajer..sebab nak gunakan sedikit sahaja..

 Serunding Kelapa Udang Kering   
Bahan2:
Kelapa parut 1 biji - di sangai sikit jgn la smpai nk jd kerisik ala2 golden tan cntik ckup..
udang kering - 3 sudu mkn rendam sekejap n tumbuk
Lada kering blender dlm spuluh btg bersama
6 ulas bawang merah, 3 ulas bwang putih
seinci kunyi idup klau xder buh je kunyi serbuk 1/2 cmca teh
serai 2 btg, ketumbar biji 2 sudu besar dan jintan halus 1 sudu
blend bahan2 nie smua..
gula pasir dlm 3 sudu mkn
garam 1 camca teh, klau ada daun limau purut 2 helai kasi wangi srunding kita
minyak utk mnumis angar 5 sdu mkn..

Cara:
Panaskan minyak tumiskan lada kering yg di blender gan bahan2 lain td hingga garing n pecah minyak, masuk kan gula dan garam klau suku buh la perasa sdap rasa ke apa2 yg disukai pak aji ke..
dah cantik sambal tu warna keperangan2 masuk kan kelapa yg dh disangai td pastu balik2 kan nk tahan lama kena la masak blik2kan lama sikit tau..
pastu siap n sdap tuk dimkn bersama lontong, nasi impit, nasi ambang n bleh gak di wat pulut cawan..makn gan pulut pun sodappp try la..



yang ini dengan serunding ikan bilis kering pedas..garing

 

Monday, March 26, 2012

Terukir di Bintang...

Assalamualaikum...

Apakabar semua...semoga anda semua sentiasa sehat dan gembira di samping keluarga tercinta dan orang-orang yang dikasihi...hari ini saya tak ada entry masakan kerana seperti biasa pada hari2 bekerja memang  saya jarang2 memasak adik saya bedah ajer yang jadi master chef setiap hari..so balik dari kerja  tadi  saya hanya makan cemil2lan seperti cekodok yang saya beli di blok 5 cempaka tu..mahal sungguh harganya 10 biji RM 3 tu pun sizenya bukannya besar kecil2 sahaja dan rasanya cuma ikan bilis bawang sikit dan adalah 2..3 urat daun kunyit yang dihiris halus..kalau buat sendiri tu puas dan nikmatnya dapat makan sedap...huhu naper pulak saya nak komplen sedangkan saya yang hendak membelinya...masa balik tadi anak buah saya yeyed kata ada lagi baki pie kari kentang yang saya buat semalam yang disimpan dalam fridge so masuk ajer dalam oven saya n anak2 buah menikmati pie kari kentang yang sedap dan saya juga ada bawa balik marble cake pemberian kak marie office mate saya so berhigh tea dengan ada pie kari kentang semalam, marble cake, cekodok ciputttt...n ada icecream wall's..marbelesss u...tu lah yang dimakan untuk sesi petang hari ini dan disebelah malam nie dok la senyap2 yer jgn verangan nak makan itu ini lagi...hehehehe...

Ok lah dan bersantai2 di petang hari malam2 ini saya layan dengar lagu Yuna pulak Terukir di Bintang best jugak lagu ini...mcm lagu caberat lama2 pun ada jugak kan irama dia..so jom kita layan lagu Yuna ini...

Terukir di Bintang..

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..

Sunday, March 25, 2012

Pie Kari Kentang Nostalgia...

Salam untuk semua, hari ini sekali lagi saya bersiaran dan kali ini saya hendak kongsikan resepi Pai Kentang Nostalgia ini..wah naper pulak nama dia  ada Nostalgia tu kan...ini adalah kerana bila saya makan pie ini teringat pulak rasanya seakan karipap bai berbentuk segitiga yang biasa dijual oleh penjaja roti bai yang menaiki basikal ada menjual karipap yang bersize agak besar warnanya kuning oren, berinti kari kentang tapi kulitnya berlapis dan ada sedikit rasa minyak sapi...tu masa zaman saya kecik2 dulu sekolah rendah lagi dan tinggal di Jalan Surau, Stulang Baru, Kg Melayu..dan dah berzaman pun nostalgia yang ditinggalkan tapi tetap terpahat dalam memori.

Selain menjual roti yang beranika yang digantung pada bakul bulat di belakang basikal sampai tak muat2 sebab begitu banyak benda yang dijual termasuk jajan2 dan yang saya ingat selain ada karipap bai  tu ada sejenis lagi biskut suji yang size nya agak besar dan tebal, masa dulu2 tu rasanya harga sekeping biskut suji baru 10 sen  tapi sekarang harga  dah  jadi 30sen sekeping...peredaran masa semuanya berubah tak ada lagi agaknya bai2 yang meniaga roti menaiki basikal pada zaman sekarang ini atau jika kita jumpa pun mungkin satu dua di kawasan kampung atau pendalaman.  Panjang pulak saya mengimbau kenangan lama..tentu ada yang bosan membacanya...saya sebenarnya mengadaptasikan resepi yang ini dari blogwalking di beberapa blog masakan dan pastinya dari blog sifu saya..opss sorry Che Mat boleh kan akak jadikan awk sifu a.k.a idola akak dalam bidang masakan  dan saya nak ambil kesempatan untuk ucapan ribuan terima kasih dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada CMG.. yang mana pastry bagi pie ini menggunakan roti canai segera jenama Kawan dan intinya saya olah megikut citarasa dan bahan2 yang ada sahaja..ok kita semak bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah:

Pie Kari Kentang Nostalgia..

Bahan-Bahan:

4 keping roti canai jenama kawan - pastikan dalam keadaan sejuk untuk senang dibentuk.
2 biji kentang - di dadu dan digoreng
200 gram daging cincang
1 batang carot yang sedang - dipotong dadu
2 labu bawang besar - di dadu
3 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia - dicincang
2 sudu makan rempah kari daging - dibancuh dengan sedikit air jadikan pes
1 sudu makan oyster sos
1/2 cawan air
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
1 biji kuning telur untuk gris di atas pie

Cara:

1. Sediakan inti terlebih dahulu.  Panaskan sedikit minyak  dalam kuali tumiskan bawang besar dadu, bawang putih dan halia hingga agak layu dan berbau harum. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes, tumiskan sehingga agak garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula, oyster sos balik2kan dan masukkan daging cincang. Masukkan air dan diikuti dengan carot balik-balikan sehingga daging dan carot agak empuk dan masukkan pula kentang yang telah digoreng tadi. Balik2kan sehingga inti agak mengering masukkan sedikit garam dan rasakan kesesuaian rasanya.  Padamkan api dan sejukkan dahulu.
3. Lenserkan loyang pie bersaiz 6 inci atau kalau tak ada gunakan tudung periuk pun boleh dengan sedikit majerin.  Ambil sekeping roti canai dan letak ke dalam loyang pie tekan2 sedikit. Letakkan setengah dari inti yang dibuat tadi dan ambilkan sekeping lagi roti canai segera tekankan tepi pie dengan garfu  atau boleh juga dikelim hingga kemas. Buatlah untuk satu lagi pie dan cucukkan sedikit permukaan pie dengan garfu dan sapukan dengan kuning telur.
4. Bakar pie di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama setengah jam..
Sejukkan dan potong pie beberapa bahagian dan sedap di makan suam2. Selamat mencuba.





Sambal Sotong Kering...

Assalamualaikum...

Salam Ahad untuk semua semoga anda semua sehat dan bergembira disamping keluarga...hujung minggu seperti ini pasti ramai yang hendak bersiar2 atau pun membeli belah barangan keperluan rumah...saya dah berbelanja semalam so malas la nak kemana2 pada hari ini.. dapatlah saya mengupdate blog dengan entry2 tertunggak seperti resepi yang akan saya kongsi pada hari ini dimasak berapa minggu sudah yang digandingkan bersama nasi tomato dan rendang ayam berkunyit...

Jom kita lihat bahan2 yang diperlukan:

Sambal Sotong Kering..

Bahan-Bahan:

500 gm sotong kering sedang - direndam semalam @6-7 jam pun boleh
4 senduk nasi - lada kisar*
12 ulas bawang merah - dikisar*
4 ulas bawang putih - dikisar*
2 inci belacan*
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan air
2 labu bawang besar - dibelah 2 dan hiris kasar
gula secukup rasa
garam secukup rasa
1/2 cawan kacang tanah kisar
3/4 cawan minyak
2 batang serai dititik

Cara:

1. Sotong yang direndam semalaman disiat2 sahaja - petua orang lama n apek yang jual sotong tu kata kalau nak kekalkan kemanisan sotong jangan potong atau dihiris dengan pisau so siat dengan jari aje.. ketepikan.
2.  Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang hiris dan serai biar berbau wangi, masukkan lada dan bahan2 yang bertanda * dikisar bersama. Tumiskan hingga agak garing dan naik minyak.
3. Masukkan gula bergantung kalau tak berapa kuat manis cukup sekadar 2 sudu saya suka rasa yang agak balance so saya letak 4 sudu makan gula, balik2kan hingga bahan2 yang ditumis agak garing dan masukkan sotong.
4.  Masukkan pula air asam dan air masak hingga sambal agak memekat dan masukkan pula kacang tanah tumbuk atau beli yang siap dikisar senang.  Perasakan dengan garam dan rasa akan kesesuaian rasanya.
5. Bila sambal sotong dah masak sebati padamkan api dan hidang bersama nasi putih atau sesuai juga untuk nasi bertumis, nasi tomato atau nasi lemak.  Nak makan dengan ketupat atau nasi impit pun sedap..
Selamat mencuba..


Sambal sotong nie buat masa makan dengan nasi tomato beberapa minggu lalu

Saturday, March 24, 2012

Shepherd's Pie...

Salam malam minggu untuk semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...sebelum beradu saya nak kongsikan satu resepi yang saya buat senja tadi...mak aiiii senja2 buat pie..nie semua gara2 saya ke Pasaraya Midas Mart sekali lagi hari ini sahaja dah dua kali pergi dan membeli barang yang dijual sale sempena ulangtahun buy one free one so apa lagi saya dan bedah pun tak melepaskan peluang tadi pagi kami dah beli milo, can drinks, ice creams wall's, detergent n banyak lagi lah..tapi yang geramnya time dia adakan jualan barang2 buy one free one tu berlain so bila ada yang start kul 5 petang hingga 9 malam terpaksalah pi sekali lagi...dan geram jugak sebab di sesi petang nie ada barang yang kami nak tak dapat sebab di borong oleh ramai apek dan nyonya sampai 2, 3 troley borong benda yang sama walhal kami juga datang tepat pada masa jam 5 petang tapi semua barang dah habis...tak patut sungguh..huhu...

Ok lah stop cerita pasal nak beli barang tak dapat tadi...saya nak kongsi resepi Shepherd'sPie yang saya ambil dari blog anak buah saya Briza yang pandai memasak masakan2 barat...emmm memang sedap dan marvelous pie yang ini rasa dia kena dengan citarasa saya dan anak2 buah di rumah ini memang sedappp weiii tak sangup nak tunggu hingga esok pagi untuk menikmati sheperd's pie nie kerana menurut Liza lebih sedap dimakan bila dah semalaman...ok kerana malas nak menaip saya copy paste sahaja resepi dari blog anak saudara saya ini Walking Through Life atau sape2 yang nak pi ke blog beliau bolehlah singgah ke live-n-eat.blogspot.com thanks liza for this superb recipe...


Shepherd's Pie..
Sumber : Briza KH @ Walking Through Life


A.   Inti Daging
Ramuan2 nya

1     packet daging kisar (selalunya 400gm setiap pack)
1     sudu teh mixed herbs atau oregano - saya guna oregano
1     batang carrot dipotong2 halus sepanjang lebih kurang 2 cm
1     tin cendawan butang, dibelah 2 kemudian dihiris membujur
1     senduk kecil cili boh, atau lebih kalau suka pedas - saya lebihkan sebab  nk sedikit pedas
2     senduk kecil tomato paste -saya tambah 1 senduk jd 3 senduk
1     senduk kecil tomato sos - yang ini saya skip
2 sudu makan oyster sos-yang ini saya add in
1     labu bawang besar, dipotong dadu -saya tambah jd 2 labu
2     helai daun salam (bay leaf) - yang ini takdak
sedikit garam
sedikit brown sugar - saya guna 2 sudu gula pasir
2     biji bawang putih   -       kedua bahan ini ditumbuk halus
1/2  inci halia                -


Cara memasak:

1.     Daging dibilas sedikit dengan air dan ditos, kemudian digoreng tanpa minyak di dalam kuali tanpa minyak. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus, mixed herbs atau oregano yang diramas2 dan garam. Goreng sehingga airnya kering. Setelah kering, angkat daging dan ketepikan.

2.     Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumis cili boh sehingga terbit minyak, kemudian masukkan cendawan yang dihiris, dibalik2 seketika, masukkan tomato paste dibalik2kan dan masukkan hirisan carrot. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng kering tadi dan masukkan tomato sos serta daun salam.  Tambah garam dan gula, dan jangan lupa rasa dahulu. Biarkan sos daging kering sedikit. Biarkan sejuk.


B.     Mashed potato

Ramuan2 nya

7-8   biji ubi kentang sederhana besar, dipotong sederhana besar & sama saiz supaya masak rata
1/2   tin susu cair
1/3   buku butter (boleh tambah atau kurangkan ikut selera masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam kasar - yang ini saya tak letak
sedikit serbuk paprika (takde pun takpe)


Cara memasak:

1.     Stimkan kentang sehingga empuk.
2.     Kentang dilecek bersama butter dan susu cair. Taburkan garam dan rasa. Tambahkan jika perlu.
3.     Letakkan serbuk lada hitam kasar. Jika kentang terlalu pekat, tambahkan susu cair sedikit.


Cara menyediakan Shepherd's Pie:

1.     Panaskan oven pada suhu 180 C.
2.     Sapukan bekas yang nak digunakan untuk membakar dengan sedikit butter. Ratakan inti daging di dalam bekas, kemudian ratakan pula mashed potato dia atasnya. Taburkan sedikit serbuk paprika di atasnya (tak letak pun takpe) saya taburkan sedikit chili flake atas pie
3.     Bakar di dalam oven selama setengah jam. Sejukkan sebelum makan.
*Nota:
Shepherd's Pie ini lebih sedap jika disimpan sehari sebelum makan.






Corned Beef Cili Padi with Roll Bun..

Assalamualaikum...

Salam tengah hari Sabtu untuk semua...sedang buat apa tu ada yang sedang menikmati juadah tengah hari yer.. saya mungkin makan lambat sikit kot..sebab baru balik dari grocery shopping gan adik saya bedah..tadi dah breakfast roti dengan corned beef agak kenyang jugak lagi..kalau saya rajin sedikit petang nanti nak buat shepherd's pie..mudah2an rajin la kan hehehe.

Ok lah hari ini saya nak kongsikan resepi  sarapan saya tadi pagi yang sangat mudah..jom la kita semak bahan2 di bawah.


Corned Beef Dengan Cili Padi...

Bahan-Bahan:
1 tin corned beef dalam tin - banyak dijual di supermarket
3 labu bawang besar - di belah 4 kemudian hiris nipis
2 batang cili merah - dihiris/cincang
5-6 batang cili padi - dihiris /cincang
sedikit minyak untuk menumis

Bahan sampingkan:
Roti - diner roll atau roti putih pun boleh
Sayur-sayuran seperti salad, timun, tomato - saya ada tomato sahaja

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris bersama cili merah dan cili padi, balik2kan sehingga bawang layu dan berbau harum.
2. Masukkan corned beef dan balik2kan sebentar dan boleh terus ditutupkan api.  Corned beef dah siap diproses tak payah masak makan terus pun boleh dan tak perlu letak garam sebab dah bergaram.
3.  Hidangkan corned beef dengan roti makan bersama roti atau dengan meletakkan kedalam belahan roti roll bersama salad dan timun.  saya hanya ada tomato hari ini so makan dengan tomato sahaja.  Sedappp..cubalah..




Thursday, March 22, 2012

Lemon Tea Jelly...

Assalamualaikum...

Apakabar khabar anda semua hari ini...dah nak hujung minggu sekejap ajer masa berlalu saya memang suka bila sampainya hari jumaat sebab hari Sabtu dan Ahad dapat bercuti...mengalahkan budak2 sekolah saya nie kan menunggu hari tak bekerja...hehe.  Sebenarnya hari ini saya nak kongsikan resepi tertunggak yang saya buat seminggu ke 2 minggu lepas kot...lupa la pulak..Resepi Jelly Teh Lemon nie yang sesuai dimakan pada waktu2 panas terasa la nyaman sahaja bila lalu ke anak tekak kita dengan rasanya masam2 manis memang menyegarkan.  Ok lah jom kita semak resepi ringkas di bawah:

Jemput minun teh lemon...oppss memang tertipu kalau orang tak perasan jelly nie kan..hehe


Lemon Tea Jelly

Bahan-Bahan

1 peket serbuk agar 10 gm - saya guna serbuk agar2 jenama swallow
3/4 cawan gula
1500 ml air
1 uncang teh -apa2 jenis pun boleh lipton ke boh
1/2 cawan jus lemon
hirisan lemon untuk hiasan.

Cara:

1.  Massakkan air ke dalam periuk sebanyak 1300 ml bersama  uncang telah. Bila air sudah mendidih keluarkan uncang teh, masukkan gula biarkan hingga gula larut dan mendidih
2. Dalam bekas lain larutkan serbuk agar bersama 200ml air dan masukkan larutan agar2 ke dalam periuk masakkan dan  dikacau hingga agar2 larut dan mendidih masukkan pula jus lemon dan boleh dipadamkan api.
3. Tuangkan jelly ke dalam mangkuk2 kecil atau cawan biarkan sebentar hingga jelly agak hilang panas letakkan hirisan lemon di atas jelly. Sejukkan dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum di  hidangkan.  Rasa dia macam kita minum ice lemon tea..



Lemang Periuk Kera...

Assalamualaikum...

Salam Khamis untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking.. hari ini saya cuma nak kongsikan cerita sejenis masakan yang sangat unik dan jarang2 di dapati di kebanyakan tempat di Malaysia ini atau dimana2 saentero dunia kecuali mereka2 yang pandai makan lemang periuk kera ini...Rasanya kalau nak komersilkan pun agak sukar sebab bahan utama iaitu kelongsong periuk kera ini sukar untuk didapati dalam quantity yang banyak melainkan kalau ada yang rajin masuk ke hutan2 atau di tepi2 belukar kerana periuk kera ini tumbuh melata di kawasan2 yang agak lembab dan kat tepi2 hutan banyak.

Saya pun pun mengenali dan pandai makan lemang periuk kera nie setelah dikenalkan oleh office mate saya kak maria...sebab kalau ada stock kelongsong periuk kera pasti akan dibuat lemang periuk kera yang sangat sedap ini rasanya lemak2 dan kalau yang sukar mendapati periuk kera buatlah gunakan daun ketupat atau kelongsong ketupat jadilah ketupat pulut.  Saya pun pernah cuba buat lemang periuk kera ini semasa lepas raya tahun lepas.. bila ada kesempatan untuk order kelongsong periuk kera ini pasti saya nak order sama dan kalau dapat di masak pula ayam salai lemak cili api  seperti yang kak maria buat memanglah sedap...tak ingat sama ada penah dimasukkan entry atau belum.  Sekarang ini menurut kak maria di segamat banyak jugak orang yang menghidangkan periuk kera nie di majlis2 perkahwinan selain hidangan utama nasi briyani..dan selalunya lemang periuk kera la yang laku dulu sebab susah nak dapat.  Lemang periuk Kera nie sedap dimakan dengan apa2 jenis rendang, serunding atau sambal. Buatnya pun tak berapa rumit saya terangkan secara ringkas sahaja yer di bawah:


Lemang Periuk Kera

Bahan-Bahan:
40-50 biji kelongsong periuk kera - di basuh bersih toskan airnya (boleh tahan lama kelongsong ini jika disimpan ditempat lembab atau peti sejuk)
1 kilo pulut @ secukupnya kalau untuk buat banyak rendamkan lebih kurang dalam 1-2 jam toskan
Santan dari 2 biji kelapa di perah campurkan yang pekat dan yang cair =kepekatan sederhana
(kalau nak guna santan yang pekat sahaja nanti berlemak sangat)
garam secukup rasa - dicampur pada santan

Cara:
1. Masukkan pulut kedalam kelongsong periuk kera hingga hampir penuh permukaan kelongsong susunkan dalam pengukus - perlu susun agak rapat sebab bentuk periuk kera yang agak bulat lonjong tak boleh tegak so rapat2kan dalam pengukus.
2.  Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan gaul rata, kalau nak mudah isikan santan dalam jug bermuncung untuk curahkan ke dalam kelongsong yang dah ada pulut hingga penuh.
3. Kukuskan lemang periuk kera ini selama 30 minit - tengok kalau belum masak lamakan sikit sebab pulut dengan santan cepat masak.
Padamkan api sejukkan dan hidangkan bersama rendang atau serunding daging, ayam, ikan atau serunding kelapa. sedap agak unik..cubalah.



Wednesday, March 21, 2012

Cheesy Trifle with Chunky Oreo...


Salam petang untuk semua sekali lagi saya bersiaran untuk hari ini dan sebagaimana yang dijanjikan tadi saya nak masukkan entry yang saya buat tadi pagi..sebenarnya tak mengikut resepi mana2 cuma agak2 dan godek2 maka terhasil pencuci mulut ala inggeris yang tak berapa nk menjadi nie tapi rasanya tetap maintain sedapppp weiiii cuma laen kali kalau buat lagi saya nak kurangkan kemanisannya...ok tak mau bercerita panjang2 jom kita semak resepi ringkas ini yang mudah disediakan dan enak dimakan....

Cheesy Trifle with Chunky Oreo...

Bahan-Bahan:

250 gm cream cheese - saya guna cream cheese philidephia
1 1/2 cawan whipping cream
3/4 cawan gula castor - (lain kali saya nak kurangkan 1/2 cawan sahaja supaya  xberapa manis)
1 camca teh esen  vanilla
1 swiss roll cake/apa2 jenis buttter or sponge cake  pun boleh - saya  guna swiss roll yang dibeli  saja
11/2 pack biskut oreo - 5-6 keping ditepikan untuk hiasan - selebihnya dipatah2kan kecil atau sedang

Cara:

1.  Pukulkan Cream Cheese sehingga ringan dan masukkan gula, pukul lagi hingga sebati dan masukkan esen vanila gaul sebati dan ketepikan.  Dalam mangkuk lain pukulkan whipping cream sehingga ringan dan gebu. Masukkan whipping cream ke dalam adunan cheese balik dan kaup dengan spatula dan ketepikan dahulu.
2. Potongkan swiss roll atau kek menggunakan cutter bulat yang bersesuai size untuk dimasukkan pada dasar gelas, jika gunakan mangkuk caserole atau mangkuk yang lebih besar potong seperti biasa dan susunkan sekeliling mangkuk.
3. Setelah masukkan swiss roll dalam gelas sudukan adunan cream cheese lebih kurang 2-3 sudu, taburkan pula chunky oreo, small chunk or big chunk tak kisah. Letakkan selapis lagi swiss roll dan repeat proses letak adunan cheese dan chunk oreo dan di atas sekali lapiskan dengan adunan cheese cream. letakkan oreo yang dipatah dua untuk hiasan atau boleh juga nak hiaskan dengan crush oreo atau cheery ke lebih cantik.
4.  Sejukkan dalam peti ais sekurang2nya 4-5 jam semalaman pun boleh.

 Saya buat agak sememeh rupa dia tapi tetap sedappp...selamat mencuba...