Wednesday, January 30, 2013

Pulut Mangga...versi Iqin..

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam alam maya untuk semua sahabat2 ku walau dimana jua anda berada..hari rabu muncul kembali...hari yang sangat saya suka..muahaha ada2 ajer kan sebenarnya hari lain pun saya suka jugak cuma kelebihan hari rabu nie..seperti yang penah saya ceritakan di blog dulu..ok bukan nak bercerita pasal wordless wednesday sebabnya hari ini tetap a talkative day for me coz banyak kerja n banyak cakap alhamdullilah sebahagian dari tugasan dapat diselesaikan..

Hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua sejenis pencuci mulut/kueh yang berasal dari Thailand iaitu Pulut Mangga tapi kali ini agak simple dan dibuat oleh anak saudara saya Iqin yang baru berusia 12 tahun tapi memang rajin bila bab nak makan apa2 pasti dia akan belajar untuk buat..antara yang Iqin minat Pulut Mangga tapi tak gunakan dressing santan hanya guna susu cair dan gula melaka yang iqin hiris2.senang ajer nak buatnya..Bila saya balik dari keje semalam Iqin kata jom Mak J kita buat Pulut Mangga ingat belum buat lagi..rupa2nya dia dah buatkan semuanya dan suruh saya hidangkan sahaja...best betul Iqin tinggal hidangkan n makan ajer..k teruslah kita ke resepi mudah di bawah ini...


Pulut Mangga..

Bahan-Bahan:

2 Cawan Beras Pulut - cuci dan rendam selama setengah jam
2 biji buah mangga sederhana besar di buang kulit dan potong kiub
Gula Melaka seketul - diracik/dicincang halus
Susu Cair secukupnya.

Cara Untuk Masak Pulut:

Beras pulut yang direndam toskan airnya masuk ke dalam periuk rice cooker letakkan air separas dengan
pulut dan campurkan dengan secubit garam, masak seperti biasa memasak nasi..bila pulut dah tanak, kacau kan dan tekan sekali lagi sebab untuk pastikan pulut betul2 masak.

Cara Menghidang :

Ambil pulut letak kedalam acuan dan tekan supaya padat dan masukkan mangkuk puding atau apa2 mangkuk yang sesuai, letakkan sedikit  mangga yang dipotong kiub tadi taburkan dengan sedikit g gula melaka yang diracik ..last sekali tuangkan sedikit susu cair ke atas pulut..siap untuk dihidangkan..Selamat mencuba..
 

Tuesday, January 29, 2013

Tom Yam Udang dan Sayuran..


Assalamualaikum...

Selamat petang dan hari ini dah 29hb..nak penghujung bulan Januari ek..cepat betul masa berlalu kan..sekarang ini masih lagi banyak kerja di pejabat jadinya saya tak dapat nak bercerita panjang2 dengan kawan2 jadi teruslah kita ke resepi yang hendak saya kongsikan ini sejenis masakan Tom Yam yang sangat terkenal dari negara gajah putih iaitu Thailand..masakan yang sangat authentic nie memag sedap dengan rasanya yang masam2 pedas serta haruman bahan2 herba dalam tom yam yang bukan sahaja sedap rasanya dengan bau yang harum tapi mempunyai khasiat2 tertentu.

Ok..jom kita semak resepi mudah ini yang saya masak pada hari Ahad lepas..saya masak dlm kuantiti yang banyak sebab ramai rakyat jelata di rumah, kalau tak ramai yang makan sila kurangkan bahan2nya ok..

Tom Yam Udang dan Sayuran

Bahan-Bahan:

500 gram udang - size ikut suka - dibuang mungcung dan bahagian tajam di ekornya basuh dan tos
1/2 cauliflower - di potong kecil/bunga
2 batang karet - di belag 2 dan potong serong
8-10 kuntum cendawan tiram - disiat sedikit jika besar
2-3 batang celery - dipotong serong (saya tak ada stok)
12-15 batang cili padi - di ketuk sedikit
3 batang serai - dihiris serong (kasar sedikit)
4 helai daun limau purut
2 pohon daun ketumbar  - potong kasar 1 inci (boleh masukkan sekali akar2nya yang dicuci bersih)
3 labu bawang besar - dibelah 2 dan hiris
4 biji bawang putih - diketuk
3 kiub - tomyam maggie
1500 ml air
Jus limau nipis - 1/4 cawan (ikut masam yang dikehendaki)
sedikit gula dan garam secukup rasa.

Cara:

1. Didihkan air dalam periuk, masukkan bawang besar yang di mayang bersama bawang putih yang diketuk sedikit, cili padi yang juga di ketuk, serai hiris dan kuib tom yam maggie.
2. Masak hingga kuah tom yam mendidih masukkan pula, sayuran yang keras dahulu seperti  karet, diikuti dengan cauliflower, batang celery jika guna, dan bila sayur2an ini agak empuk masukkan pula cendawan tiram, udang, daun limau purut, daun ketumbar serta boleh di tambah jus limau nipis serta perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Masak hingga tom yam mendidih dan kecilkan api biarkan renih sebentar, bila kesemua bahan telah masak boleh dipadamkan api. Hidangkan panas bersama nasi putih atau boleh dimakan begitu sahaja...sedappp.

Sunday, January 27, 2013

Stir Fry Leek with Oyster Sauce..


Hai...sambung terus ajer kalau tadi saya baru masukkan resepi ubi rebus sarapan pagi tadi...kali ini pula sejenis masakan sayuran yang digemari oleh orang2 cina iaitu sayur daun bawang cina atau Leek..sayur nie memang jarang2 di masak oleh orang2 Melayu mungkin tak berapa suka kot gan rasa sayur bawang nie tapi saya dan bedah suka sayur nie...anak2 tak berapa nak pandai makan sayur begini... Jom kita tengok resepi mudah sayur ini yang senang didapati bila musim2 raya cina..

Stir Fry Leek with Oyster Sauce

Bahan-Bahan:

3 pohon Leek - Daun bawang cina - dipotong dalam 1 inci bersihkan akarnya di buang, basuh bersih rendam sebentar dengan garam dan toskan
4 ulas bawang merah - hiris nipis
4 ulas bawang putih -di hiris nipis
sedikit udang hidup - untuk rencah
3 sudu makan oyster sos (x perlu letak garam sebab oyster sos dah masin)
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang2 yang dihiris, tumiskan sehingga bawang berbau harum dan layu masukkan pula udang, diikuti dengan sos tiram dan sedikit sahaja air.
2. Masukkan sayur dan balik2kan rebah bangun sahaja untuk mengekalkan rasa manis sayur leek ini... Hidangkan panas bersama nasi putih, sedap cubalah..

Ubi Rebus Dengan Sambal Tumis Bilis Sarapan Pagi Tadi..

Assalamaualaikum...

Salam Ahad untuk kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...hari ini nak masukkan entry ringkas ajer mungkin kalau sempat nak marathon 3 entry sekali ok...so yang pertama nie sarapan tadi pagi..ubi rebus bersama sambal tumis bilis yang sedappp cewahhh masak sendiri angkat bakul sendiri or peribahasa baru naik lif tekan sendiri..hahaha x kisah la kan memang sedap pun...macam nak ke sawah atau ke ladang pulak bila makan yang agak berat..ubi sumber kaborhidrat yang tinggi juga kan tak per kot bukan selalu dapat makan ubi rebus panas2 dengan secawan teh 'O' memang mabelessss la u..rasa2 nya nak letak resepi ke tidak..letak jugak lah yer dah namapun blog masakan...cuma saya copy n paste resepi sambal tumis yang selalu saya buat tu..

Ubi Rebus

Bahan-bahan:

Ubi secukupnya - 1 - 11/2 kg
Sedikit garam.
Air untuk merebus ubi

Cara:
Ubi di kupas kulit dan potong dalam 2 1/2  - 3 inci, basuh bersih dan masukkan dalam periuk bersama air lebih sedikit dari paras ubi, masukkan sedikit garam dan rebuslah sehingga ubi empuk.Padamkan api dan toskan airnya. Hidangkan panas bersama sambal tumis bilis dan ikan kering jika suka.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan
segemgam ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar - renyah sedikit dalam lesung
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
gula pasir secukupnya (ikut suka klau nak manis)
garam secukup rasa//
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan direnyah sedikit dalam lesung, dan diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis benar2 masak dan naik minyak serta cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan..hidangan kan bersama ubi rebus..




Saturday, January 26, 2013

JJCM di hari Sabtu..dan lain2 lg...

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC walau dimana anda berada...semoga anda semua sihat selalu dan dibawah rahmat serta lindungan Allah hendaknya.. Hari cuti2 hujung minggu begini pastinya ramai dari kita yang ada program2 sama ada yang dirancang sendiri atau memenuhi undangan kan.  Sama juga dengan saya dan adik saya bedah serta si comel aina n sara hari nie programnya dari pagi dah berjalan2..mula2 kami cari makan..breakfast di luar dengan SIL saya n anak buah saya..oleh kerana teringin nak mencuba lempeng kelapa yang sangat popular di bandar raya JB nie iaitu di gerai Nabila Corner di Medan selera Larkin Bomba jadi kami pun kesana la pepagi lagi..saya oder lempeng kelapa sekeping yang disertakan dengan pencicah sambal tumis n sambal sardin lenyek..lempengnya boleh tahan sedap dan agak lembut so saper2 yang berhajat nk makan di tempat yang sering di war-warkan oleh kebanyakkan blogger sila la ke sana yer..ada juga jemput2 atau cucur bilis macam kita makan kat umah..ok lah kalau nak suh bagi bintang..out of 5 saya bagi 3.5 utk lempeng tp sambal kena ikut citarasa tekak masing2 ada orang xbrapa kisah...ahkak kesah pulak bab sambal menyambal nie..hehehe..k anyway alhamdulillah kenyang sudah, kat situ boleh juga makan roti kacang pool yang sedap, ada juga beranika sarapan pagi yang lain2 di gerai2 bersebelahan..

Selesai makan acara seterusnya kita grocery shopping pula di Mydin Nusajaya..ambil la apa2 yang patut dan yang dh habis stok di pantry, juga membeli sedikit sayur2an...salad..burger...kiwi...wahh macam2 beli bila agaknya nk mentomyam n memburger agaknya che leha nie ekk...esok2 kot nanti kalau sempat di ambil pengambaran boleh la share di sini pula ok...dh lamakan x ada entry masak2 kesian pulak bila jengah kat blog ZLC nie..tuan punya asik berehat memanjang ajer...hehehe bukan x nak update cuma agak ke-busy-an kan sekarang nie..selesai ber shopping td kami teruskan acara ke 3 iaitu memenuhi undangan perkhawinan di Flat Taman Stulang laut...mcm2 makanan yang ada so pilih mana2 yang suka..ada Nasi Briyani, ada Mee Rebus, ada Lontong Kering, ada lempeng kelapa dengan asam pedas pari, sambal tumis n ikan kering n segala macam kueh pencuci mulut..tp kena beringat td pg dah makan so berpada2 ajer..tapi kambing briyani tetap menggoda ku so makan la kambing serta rojak..sedappp weiii..perantinnya 2 pasang adik beradik lelaki anak kak Pozi yang mengundang kami jiran lama semasa di stulang baru..

Balik dari acara makan2 lepak la pulak so melelapkan mata di tengah hari sebentar memang best bila hari x keje ginikan..dan diteruskan dengan kerja2 umah pulak..ok saya stop dulu celoteh saya pd petang ni sebab nak tengok apa agaknya yg nak dibuat utk makan malam nanti..hingga bertemu lagi kalau ada entry masak--memasak saya akan update ok..salam sayang dari saya Zalekha Ismail...muaahhh...

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul...



Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul dan salam pagi khamis yang berbahgia untuk semua kawan2 dan pengunjung yang sudi menjengah ke ZLC.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam semesta ini kerana kita masih diberikan peluang untuk terus bernafas disamping diberikan segala nikmat dan hidayah.  Syukur kerana sekali lagi kita dapat sama2 menyambut hari yang amat bersejarah iaitu Maulidur Rasul bagi mengenangkan hari kelahiran junjungan  besar Nabi Muhammad S.A.W.  Semoga kita semua terus mengambil contoh teladan dari akhlak dan kemuliaan yang ditunjukkan baginda Rasulrullah S.A.W. Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab yang maksudnya-  Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulrullah  S.A.W iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah pada hari akhirat dan menjadikan Rasullulah ikutan kita sepanjang masa..marilah kita berselawat dan mengingati Allah sebanyak2nya.

Wednesday, January 23, 2013

Sayang.....





Hi...dearest friends n darling.. out there..let enjoy this catchy number..Sayang by Shae..ku sayang kamu..kamu..dan kamu lho..muahhhh xoxo frm Zalekha Ismail..

Tuesday, January 22, 2013

Pie Tee...yang tak berapa menjadi...

Assalamualaikum...

Apa kabar kawan2 semua dan pengunjung2 ZLC yang sentiasa saya kasihi...semoga anda semua sihat2 sahaja di samping keluarga tersayang.. Dah lama betul saya tak mengupdate apa2 di blog selain agak sibuk dengan tugas2 di pejabat...mood pun x brapa nak baik agak moody..adalah beberapa perkara yang agak menyentuh hati dan sanubari ku antara aku..dia..dan dia.....hehehe cewahhhh macam cerekarama ajer ekk..kalau buat skrip mesti meletopppss punyerrr...semoga Allah terus memberi saya kekuatan untuk menempuh segalanya dengan keimanan dan kesabaran..doakan untuk saya yer kawan2.

Ok kita tinggalkan dulu kisah2 sensasi n terus ajer lah ke resepi Pie Tee yang saya buat pada hari Ahad.. ..resepinya saya ambil dari blog yang tak asing lagi DTS yang diterajui blogger terkenal Che Mat Gebu yang sentiasa menyajikan masakan2 yang sangat sedap dan mengiurkan saper sajer yang melintasi lelaman blog beliau tqvm yer CM sebab sekali lagi akak mencuba resepi dari blog awak dan yang akak buat nie tak berapa nak menjadi sebabnya tak cun...belum mahir lagi dalam buat kulit atau pastri pai tee nie..1st time buat la katakan so ada yang terkepit, ada yang menjong dan tak kurang juga yang bocor so mana yang menjadi ajer lah dapat dinikmati dengan diisi intinya.. memang rasanya sedap sebab kulitnya yang garing dan rasa intinya yang segar ala2 inti popia..yg mana tak jadi tu dibedal juga..muahahaha tak kisahlah kan anak2 buah saya suka..Jom kita tengok resepi pie tee nak buatnya kena ada acuan pie tee yer kawan2 rasa mcm malas nak menulis resepi saya mohon CnP  jer eks CM..tq n d credit goes toDTS . tqvm..   kawan2 boleh lihat resepi asal di link tersebut..

PIE TEE

BAHAN-BAHAN KULIT PIE TEE :-)
180 gram tepung beras (mat guna cap teratai)
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 ml air
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
Secubit garam

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Sos cili untuk dimakan bersama
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT PIE TEE :- Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, gaul rata dan ayak. Masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan yang sebati. Tapis dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian celup acuan pie tee ke dalam minyak panas tadi, biar kurang lebih 30 saat. Angkat acuan tadi dan celop dalam bancuhan tepung, tapi jangan sampai atas, buat macam gambar di atas tu.
  3. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pie tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali, tujuan untuk menjadikan bahagian bawah pie tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.
  4. Tanggalkan kulit pie tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan garfu atau lidi sate. Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi, hingga siap. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
  5. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
  6. UNTUK PIE TEE :- Ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan. Hidangkan segera....

Saturday, January 19, 2013

Lempeng Kelapa cicah Sambal Tumis Bilis...


Assalamualaikum...

Salam Sabtu yang dingin kawan2 dan pengunjung ZLC yang di sayangi...sejukkkk cuaca hari ini sebab hujan dari waktu subuh lagi...kat tempat kawan2 macam  mana hujan x..bila cuaca macam nie rasa malas nak buat apa2 kan bersantai2 sambil menonton ajer yang seronok lebih2 lagi perut dah kenyang bab dah makan 2 keping lempeng kelapa gan sambal tumis bilis....muahahaha melampau la pulak saya kan..untuk yang sedang memasak hidangan tengah hari untuk anak2 n encik suami terchenta yang x bekerja hr nie selamat memasak yer...saya rilex dan bersantai jer hr nie sebabnya pagi2 lagi chef bedah..adik saya tu dah masak untuk lunch ada ikan caru goreng gan pencicah kicap, sambal goreng tempe gan kentang, sayur bening gan apa ntah lagi..wahhh syok tul..tunggu time makan ajer..hehehe.

Ok kita tinggalkan dulu kisah mood pemalas saya yang melampau di sebabkan cuaca sejuk n dingin nie..jom kita tengok resepi mudah untuk sarapan..tadi pg...sebenarnya banyak kali dah rasanya disiarkan resepi lempeng kalapa nie..tp siar la jugak..sebab ini yang ku makan dan ku suka...xkisahlah kan..


Lempeng Kelapa

Bahan-Bahan:

2 cawan kelapa parut putih (kalau dapat kelapa muda pun lagi sedap)
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air - bergantung kalau nak lempeng yang nipis boleh tambah sedikit lagi air dlm 1/2 cawan
sedikit garam
minyak untuk lenser pada non stick pan

Cara:

1.  Masukkan kelapa parut, tepung dan sedikit garam dalam mangkuk adunan, bancuhkan dengan air sedikit demi sedikit kacau supaya adunan lempeng bergaul rata dan tidak bergentel, terpulang pada selera masing2 kalau nak lempeng kelapa yang nipis boleh tambah air. tetapi selalu lempeng kelapa agak tebal dan tidak terlalu nipis macam lempeng biasa.
2. Lenserkan sedikit minyak pada non stick pan, masukkan anggaran 1 senduk adunan lempang dan ratakan guna belakang senduk. Masakkan lempeng dengan api yang sederhana di kedua2 belah. Angkat dan susun dalam pinggan. Buatlah sehingga habis adunan lempeng.    Hidangkan panas bersama sambal tumis kelapa atau kari atau apa2 lauk pencicah yang sesuai...sedapppp selamat melempeng..

Sambal Tumis Bilis

Bahan-bahannya:
1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan
segemgam ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)
1 sudu teh garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis benar masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama tapi perlu dihangat juga atau masukkan dalam peti sejuk jika ada lebihan sambal tumis untuk kegunaan masakan laen seperti mengoreng mee.
Hidangkan bersama lempeng kelapa tadi, sesuai juga untuk dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih.



Tuesday, January 15, 2013

Ayam Panggang Hitam n Nasi Ayam Tumis...

Assalamualaikum...

Salam selasa untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya rindui selalu..apa kabar anda semua semuga semuanya berada dalam kesihatan yang baik..pada yang kurang sihat tu jangan lupa makan ubat tau...saya alhamdulillah sihat cuma agak ke--busy--an sebab tu tak dapat nak menjengah ke blog..nie pun ambil kesempatan dalam pada banyak kerja saya menulis la juga..tapi entry ringkas aje x boleh nak berceloteh panjang2..nanti kalau saya dah agak lapang bolehlah kita bersembang2 yer kawan2..

Hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua resepi Nasi Ayam Tumis dan Ayam Panggang Hitam..sebenarnya saya ternampak di blog Che Mat Gebu DTS buat Ayam Panggang Madu DISINI, tu yang teringin sangat nak buat..tq CM akak cuba resepi awak memang sedap tapi saya tak ada madu masa memasak hari Ahad lepas jadinya saya gantikan dengan gula pasir ajer..resepinya pun ingat2 lupa tapi saya agak2 jer dan sedap la pulak pada tekak saya dan anak2 buah yang makan..n chenta hatiku pun kata sedap so terasa la kembang sekejap..hehehe ok jom kita tengok resepi ayam nie yang saya masak dalam pemanggang ajaib jenama Ikan yang femes tu..saper2 yang x der pemanggang tu patut beli tau sebab elok ajer bila panggang ayam baru 1st time guna u padahal dh lama beli last year..teruk betulkan...hahaha xkisah la lepas nie selalu la teringin nk memanggang apa2 ajer gunakan kuali ajaib nie...wahhh promosi percuma saya nie kena mintak royalty dari kilang pemanggang ajaib nie nampaknya...


Ayam Panggang Hitam

Bahan-Bahan

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 4 bersihkan dan tos
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan minyak zaitun
sedikit garam
Untuk hiasan:
Hirisan Tomato dan Timun secukupnya
Daun Salad secukupnya..(yang nie saya x ada stok)

Cara:

1. Ayam yang telah dibersihkan tadi dicucuk2 sedikit dengan garfu. Masukkan dalam mangkuk dan campurkan kesemua bahan perap di atas kicap, sos tiram, gula pasir, minyak zaitun dan sedikit garam.gaul rata dan perap selama 1/2 jam atau lebih pun x apa
2. Masukkan 2 atau 3 bahagian ayam ke dalam pemanggang ajaib rata2kan bahan2 perap ke atas ayam dan panggang dengan api yang sederhana, bila dah nak hampir masak dalam 10 - 15 minit terbalikkan dan masak yang di sebelah pula. Bila dah masak alihkan ayam pada pinggan atau mangkuk untuk menghidang, kuah yang ada boleh di letakkan dalam satu mangkuk kecil lain boleh dihidangkan bersama nasi ayam dan lauk sampingan lain..Ayam panggang ini juga sedap diratah begitu sahaja.

*Sangat mudah gunakan kuali ajaib ini...dan rasa ayam juga sedap bersari tidak kering moist ajer..selamat mencuba..




Nasi Ayam Tumis


Bahan-Bahan:

4 cawan - Beras Basmathi (saya guna Basmathi India Gate Premium) cuci dan rendam selama 1/2 jam
6 1/2 cawan air - (sukat air gunakan cawan yang saya menyukat beras) boleh juga guna air stok ayam jika ada
3 sudu makan - butter
8 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris halus batang mancis
2 sudu stock ayam jenama maggie/knorr (mana2 pun boleh)
1 sudu makan minyak bijan
sedikit garam

Cara:

1.  Panaskan butter dalam periuk atau rice cooker, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris hingga layu dan berbau harum. Masukkan beras yang di tos.
2.  Masukkan air dan masukkan juga stock ayam bersama 1 sudu makan minyak bijan dan sedikit garam. Masak hingga nasi tanak dan bila dah kering air nasi balik2kan sedikit gunakan senduk kayu di sodok bahagian tepi periuk perlahan2 untuk dapatkan butiran nasi yang cantik dan tidak patah. Biarkan keep warm jika masak guna rice cooker hingga nasi masak elok.  Hidangkan panas bersama Ayam Panggang Hitam bersama hirisan tomato, timun dan daun salad berserta cili sos. dan juga sup ayam.

*Nota:  Saya tak gunakan sos cili sebab saya masak sambal tumis sotong rex masa masak nasi ayam hari tu so ganti jer dah ada sambal tumis xyah sos2 lagi..resepinya saya akan kongsikan kemudian ok...selamat mencuba..resepi yang sempoi dan mudah tetapi sedappp pada tekak saya dan mereka2 yang merasa..hehehe sendiri masak sndiri puji...muahahaha ada ahkak kesah..

Friday, January 11, 2013

Jom Dengar Lagu2 Lama Sharifah Aini..

Assalamualaikum...

Salam Jumaat untuk semua pengunjung ZLC...petang2 ini sambil buat kerja jom kita dengar halwa telinga lagu2 lama dendangan Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini..yang sangat saya minati ini..bagi rakan2 seangkatan saya mesti suka lagu2 lama macam nie dan dah banyak juga lagu2 Kak Pah yang saya masukkan di blog sebelum nie...bagi yang muda2 tu sorry yer adik2 sebab inilah selera ahkak2 n makcik2 atau ada gak pokcik2 yang gemar lagu2 lama begini..jom layanzzzz..



Wednesday, January 9, 2013

Ayam Goreng Berempah Bersalut Oat...


Assalamualaikum...

Salam Rabu untuk semua...apa kabar kawan2 cuaca hari ini agak cantik tak berapa panas redup ajer..petang2 begini agak2nya apa aktiviti kawan2 yer...kalau yang tak bekerja mungkin sedang menyediakan hidangan untuk minum petang kot atau ada yang menjahit baju atau ada juga yang berkebun..macam terasa seronok ajerkan bila dapat melakukan aktiviti2 yang boleh mengeluarkan peluh.  Pandai ajer saya nie ekk yang duduk kat ofis macam saya nie memang jarang dapat keluar peluh cuma sesekali ada kerja2 urgent yang perlu di utamakan perlulah berhempas pulas untuk menyiapkannya sambil menitik2 peluh di key board..hehehe.yer arr aje saya nie kan xderlah sampai berpeluh2 macam gitu bila buat kerja2 di office bukannya menebang pokok atau menyangkul...oppsss panjang pulak saya merapu pepetang gini..so jom kita saksikan bahan2 untuk resepi yang hendak saya kongsikan dengan kawan2 di luar sana yang di buat pada tahun lepas jugak iaitu di bulan disember..baru hari ini dapat di update..

Ayam Goreng Berempah Bersalut Oat

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 12-14 dibersihkan cuci dan tos
4 sudu makan rempah yang di sangai dalam kuali dan diblender halus*
3 sudu makan/besar - ketumbar*
1/2 sudu makan - jintan putih*
1/2 sudu makan - jintan manis *- ( Bahan2 rempah ini bila buat banyak boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan gunakan bila diperlukan)
1 camca teh - rempah lima sekawan (five spice -boleh dibeli di pasaraya)
1 camca teh - serbuk lada sulah
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan sos tiram
2 1/2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
1 biji telur ayam - di pukul manja
secukupnya  oat - untuk salut ayam
minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam mangkuk bersama 4 sudu makan rempah yang disangai dan diblender halus, rempah five spice, serbuk lada sulah, sos tiram, gula pasir dan garam.
2. Gaul rata ayam dan rempah2 dan masukkan juga sebiji telur ayam yang dipukul sedikit gaul supaya rata dan sebati masukkan pula tepung gandum serta tepung jagung. gaul lagi dan boleh perap ayam bersama bahan2 rempah ini 1/2 jam..kalau x perap pun tak apa.
3. Panaskan minyak untuk goreng terendam ayam dalam kuali, bila minyak dah panas ambil ayam dan salutkan setiap keping ayam dengan oat hingga rata, gorengkan dengan api yang sederhana hingga ayam masak dan berwarna kuning keemasan dan masak rata.
4. Angkat dan toskan ayam yang siap digoreng, hidangkan panas bersama nasi atau sesuai juga dibuat hidangan makan bersama salad, coleslaw dan kentang putar. Sedappp cuba lah..

Tuesday, January 8, 2013

Daging Masak Kicap Beraroma Ghee


Assalamualaikum...

Salam selasa untuk semua kawan2 dan pengunjung2 ZLC yang saya sayangi dan rindui...apa kabar semuanya semuga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan di dalam rahmat serta hidayah Allah hendaknya.  Saya agak sibuk dengan kerja2 yang perlu di uruska di awal tahun makanya tak dapat bersiaran dan tidak mengupdate blog agak lama sampai bersawang2 dah blog nie so hari ini nak update satu entry masakan yang agak ringkas dan mudah disediakan.  Kiranya nie resepi tertunggak yang patutnya saya siarkan tahun lepas dalam bulan disember lalu tapi baru hari ini baru ada kesempatan untuk diupdate...maaf yer kawan2 ada 2..3 resepi yang dah ada dalam simpanan saya  In Shaa Allah akan saya kongsikan bersama nanti...

Ok kita terus tengok resipi masakan daging yang mudah di bawah ini yang sesuai juga untuk kanak2 sebab tak pedas dan aroma minyak sapinya sangat membangkit selera.:

Daging Masak Kicap Beraroma Ghee

Bahan-Bahan:

500 gram daging dipotong ikut suka kecil/sedang - bahagian bercampur urat  (direbus hingga lembut gunakan periuk tekanan)
4 biji kentang - dikupas dan di belah 4
1 batang karet - di potong 1 1/2 inci - belah 2 kalau besar
2 labu bawang besar - di blender halus
4 ulas bawang putih - di blender halus
1 1/2 inci halia - di blender halus
2 inci  kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 camca teh serbuk lada sulah (kalau nak pedas boleh gunakan serbuk lada hitam)
1/2 cawan - kicap lemak manis
air rebusan daging dalam5 cawan (guna air yang merebus daging)
2 sudu makan minyak sapi ghee QBB
2 biji tomato segar - dipotong baji
garam dan gula secukup rasa
(kalau suka boleh juga campurkan dengan 1/2 tin kacang peas dalam tin ke dalam lauk ini - saya tak letak tak ada stok)

Cara:

1. Masukkan daging yang telah direbus ke dalam periuk bersama bahan2 yang telah di blender halus bawang besar, bawang putih, halia, serbuk lada sulah dan rempah2 kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang bersama air rebusan daging tadi.
2. Bila dah mendidih masukkan pula karet serta kentang yang dibelah empat, masak sehingga kentang dan karet empuk, masukkan pula kicap dan sedikit gula serta garam secukup rasa.
3. Masak dengan api sederhana hingga lauk ini agak memekat dan mesra. Akhir sekali masukkan 2 sudu makan minyak sapi ghee QBB dan tomato yang dipotong baji. Kalau nak masukkan kacang peas dalam tin pun sedap juga. Hidangkan bersama nasi panas.. 



Friday, January 4, 2013

Zikir Penenang Hati...

Assalamualaikum...

Apakabar teman2 dan pengunjung2 ZLC yang saya sayangi dan rindui...dah lama saya tak dapat bersiaran sangat2 busy dengan kerja2 di pejabat jadinya tak dapatlah saya menjengah ke blog.  Dah 4 hari kita lalui di tahun 2013 ini dan nampaknya begitu banyak perkara2 baru yang kita tempohi dan pelajari setiap hari.  Semoga hari2 yang dilalui dapat kita manfaatkan sepenuhnya dengan perkara2 yang baik dan mendapat petunjuk serta hidayah dari Allah hendaknya..In Shaa Allah..

Marilah kita sama2 menghayati Zikit Penenang Hati ini ok..salam sayang dari saya di ZLC..