Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Wednesday, January 9, 2013
Ayam Goreng Berempah Bersalut Oat...
Assalamualaikum...
Salam Rabu untuk semua...apa kabar kawan2 cuaca hari ini agak cantik tak berapa panas redup ajer..petang2 begini agak2nya apa aktiviti kawan2 yer...kalau yang tak bekerja mungkin sedang menyediakan hidangan untuk minum petang kot atau ada yang menjahit baju atau ada juga yang berkebun..macam terasa seronok ajerkan bila dapat melakukan aktiviti2 yang boleh mengeluarkan peluh. Pandai ajer saya nie ekk yang duduk kat ofis macam saya nie memang jarang dapat keluar peluh cuma sesekali ada kerja2 urgent yang perlu di utamakan perlulah berhempas pulas untuk menyiapkannya sambil menitik2 peluh di key board..hehehe.yer arr aje saya nie kan xderlah sampai berpeluh2 macam gitu bila buat kerja2 di office bukannya menebang pokok atau menyangkul...oppsss panjang pulak saya merapu pepetang gini..so jom kita saksikan bahan2 untuk resepi yang hendak saya kongsikan dengan kawan2 di luar sana yang di buat pada tahun lepas jugak iaitu di bulan disember..baru hari ini dapat di update..
Ayam Goreng Berempah Bersalut Oat
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 12-14 dibersihkan cuci dan tos
4 sudu makan rempah yang di sangai dalam kuali dan diblender halus*
3 sudu makan/besar - ketumbar*
1/2 sudu makan - jintan putih*
1/2 sudu makan - jintan manis *- ( Bahan2 rempah ini bila buat banyak boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan gunakan bila diperlukan)
1 camca teh - rempah lima sekawan (five spice -boleh dibeli di pasaraya)
1 camca teh - serbuk lada sulah
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan sos tiram
2 1/2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
1 biji telur ayam - di pukul manja
secukupnya oat - untuk salut ayam
minyak untuk mengoreng
Cara:
1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam mangkuk bersama 4 sudu makan rempah yang disangai dan diblender halus, rempah five spice, serbuk lada sulah, sos tiram, gula pasir dan garam.
2. Gaul rata ayam dan rempah2 dan masukkan juga sebiji telur ayam yang dipukul sedikit gaul supaya rata dan sebati masukkan pula tepung gandum serta tepung jagung. gaul lagi dan boleh perap ayam bersama bahan2 rempah ini 1/2 jam..kalau x perap pun tak apa.
3. Panaskan minyak untuk goreng terendam ayam dalam kuali, bila minyak dah panas ambil ayam dan salutkan setiap keping ayam dengan oat hingga rata, gorengkan dengan api yang sederhana hingga ayam masak dan berwarna kuning keemasan dan masak rata.
4. Angkat dan toskan ayam yang siap digoreng, hidangkan panas bersama nasi atau sesuai juga dibuat hidangan makan bersama salad, coleslaw dan kentang putar. Sedappp cuba lah..
No comments:
Post a Comment