Wednesday, February 13, 2013

Bun Goreng Berinti Mackerel..

Assalamualaikum...







Salam rabu yang ceria..bertemu kita sekali lagi di alam maya nie..apa kabar kawan2 semua..semoga sihat dan ceria2 selalu disamping keluarga tersayang.. ada yang masih bercuti CNY dan pasti ramai juga yang sudah bertugas kembali seperti saya..ekk..ok la tu dah dapat cuti selama 4 hari berehat2 di rumah pasti seronokkan..  Mungkin ada antara kawan2 yang mengambil kesempatan cuti panjang sempena CNY dan anak2 pun cuti sekolah seminggu untuk makan angin bersama anak2 atau bercuti dikampung.. bila musim2 cuti begini lah dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga yang jauh dan dekat..

Cuti CNY baru2 ini adik beradik saya pun dapat berkumpul ramai2 seronok sangat bila dapat bertemu gan kakak2 yang jauh2 tu..sebenarnya masa CNY anak buah saya bertunang so kami semua ke majlis bertunang anak along yang sulung.. cuti yang seterusnya kami menziarahi pusara bonda dan Jemain.. pastu kan,,,ada cerita  sedih sikit nak cerita kat kawan2..semalam kaki saya nie tersimbah la pulak dengan minyak panas..ish3 tak patutkan saya nie..sambil2 memasak tu abis kaki2 saya pun nak di masakkan (kalau masak kaki saya tu kata kawan saya Carol Tan boleh masuk entry di blog - kaki goreng kata dia)..hehehe ada2 ajer. naseb baik la tak apa2 bila dah di sapu colgate pada mulanya n kemudian sapu ubat alhamdulillah ok..saya bimbang jugak takut mengelembung mesti lebih pedih...tapi nampaknya ok..berkat doa kawan2 jugak,,tq tau pada semua yang bertanya kabar dan mendoakan kesembuhan kaki saya..dont worry  kawan2 yer masih boleh berjalan dah pi keje pun hari ini..thanks a million untuk semua yang ambil berat tentang saya..luv u all..muaahh..

Ok nampaknya panjang juga cerita saya di atas..takut boring pulak saper2 yang membaca celoteh ah-kak pada hari ini..jom la kita semak resepi yang ingin saya kongsikan hari ini resepi tertunda saya masak 2 minggu lepas rasanya..best gak tau bun goreng ini ala2 roti sardin tapi saya gunakan mackerel dalam tin sebab saya suka mackerel isinya lebih besar dan padat.. 


Bun Goreng Berinti Mackerel

Bahan-Bahan:

4 keping roti bun burger
2 keping ikan mackerel dalam tin- boleh ambil sedikit kuah tomatonya (jika suka sardin boleh gunakan sardin dalam tin) separuh tin
1 labu bawang besar - didadu halus
6-7 batang cili padi dicincang halus (jika tak suka pedas boleh ganti lada sulah)
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
sedikit garam
2 biji telur - dipukul sedikit
minyak masak untuk mengoreng
Untuk Hiasan
Daun salad secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Sos cili atau sebarang sos kegemaran anda untuk cicah bun (makan gitu ajer pun sedap)

Cara:

1. Roti bun burger di potong 2 setiap satu, lepas itu belah kan tengahnya tetapi jangan sampai putus
2. Mackerel dilenyek dengan garfu, campurkan dengan bawang besar yang didadu halus, cili padi cincang, garam, jus limau kasturi gaul rata.
3. Isikan bun yang dibelah tak putus tadi dengan inti secukupnya atau padat dan ratakan(tekan2 sedikit dengan belakang sudu di permukaannya. Buat sehingga semua 8 keping bun diisi dengan inti.
4. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan setiap keping bun berinti pada telur yang dipukul sedikit, gorengkan dengan api yang sederhana, kedua2 bahagian bun sehingga keperangan dan garing.
5. Angkat dan toskan bun berintin  tadi, susunkan daun salad, timun dan tomato dalam pinggan dan letakkan bun berinti di atasnya..Hidangkan bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda..sedap dimakan panas2 dah sejuk pun sedappp gak..hehehe.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment