Tuesday, March 26, 2013

Mee Sup Jernih --Versi Mee Siput

Assalamualaikum..

Salam selasa buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang masih sudi juga mengunjungi blog ini, terima kasih yer pada semua walaupun saya tak dapat meng~update blog dengan masakan yang enak2 tapi masih juga ingin mengongsikan sesuatu yang mudah dan tak cerewet nak membuatnya. Bahan2 yang murah tapi berkhasiat untuk disajikan untuk anak2 yang bercuti sekolah sekarang ini..sebenarnya saya masak mee siput sup jernih ini minggu lepas..mesti ada yang pelik kan kenapa pulak saya namakan mee sup jernih..sebenarnya saya tak menumis pun dan tidak menggunakan minyak jadi macam clear soup la mee nie..jom kita tengok resepi mudah di bawah ini..

Mee Sup Jernih

Bahan-Bahan:

5 keping mee siput - di rendam 1/2 jam
1 keping isi ayam - potong kecil
6 batang crabstick - di potong 3 setiap satu
10-12 biji - chicken meatball - dipotong 2
1 batang karet - dihiris serong
1 cawan - kubis bunga - dipotong
1 biji bawang besar - di dadu halus
4 ulang bawang putih - dicincang halus
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 kiub ayam maggie
1.2 liter air - boleh tambah kalau nak lebih kuah
garam secukup rasa.
untuk hiasan
Bawang goreng dan daun sup hiris (lupa nk letak)

Cara:

1. Mee siput yang diremdam tadi di celur sebentar dalam air panas hingga lembut, toskan dan ketepikan dahulu.
2. Masuk kan air dalam periuk letakkan bawang yang di dadu halus tadi serta bawang yang dicincang, masukkan sekali kiub ayam, rebus hingga sup mendidih masukkan pula isi ayam yang di potong dan hirisan karet.
3. Bila ayam dan karet agak empuk masukkan pula chicken meatball, crabstick dan kobis bungga.  Perisakan dengan garam secukupnya dan lada sulah. Masak sekejap hingga bahan2 dalam sup masak elok dan padamkan api.
4. Untuk hidangkan masukkan sedikit mee siput yang dicelur tadi ke dalam mangkuk curahkan sup berserta isinya dan taburkan dengan bawang goreng serta daun sup hiris.  Makan panas2 kalau ada sambal kicap cili api pun sedap...selamat mencuba

Seribu Mawar


Salam..salah satu lagu kegemaran saya dari kak pah..jom kita hayati lirik lagu ini..
 
Seribu Mawar - Sharifah Aini

Cintamu yang tak ikhlas
Padaku yang setia
Kau anggap aku tidak tahu
Kau curang di belakangku

Cinta bukannya harta
Cinta adalah jiwa
Tak mungkin dapat kau membeli
Hatiku yang telah terluka

( bridge )
Biar seribu malam
Tak bisa memujukku
Tak bisa menghuraikan
Rahsia hatiku terhadapmu
Kau masih menggangguku
Di dalam resah kesah
Di waktu aku rindu
Kenangan manis bersamamu

( korus )
Andai dulu dapat kukecapi
Kasih sayang tulus suci
Tak mungkin kini
Kau menghitung hari sendirian
Dalam mimpi cuba ku ulangi
Mengimbang bunga cinta murni
Adakah ini balasan setia

( bridge )
Biar seribu mawar
Tak bisa memekarkan
Tak bisa mewangikan
Di pintu jiwa yang kau kecewakan
Usah merisik lagi
Takkan kau miliki
Aku kini bahagia
Tanpa cinta yang pura-pura

( korus )
Kala hati ingin kau bersama
Engkau tega memilihnya
Di mana aku kau letakkan
Di hatimu
Siang malam cuba kumenipu
Perasaan hati ini
Kini ku ingin
Bebas bersendiri

Monday, March 25, 2013

Scramble Egg Sandwich..

Assalamualaikum..

Salam Isnin untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi.  Apa kabar anda semua...semoga sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.. Musim cuti sekolah ini tentu ramai dari ibu2 yang agak sibuk memasak di dapur untuk memenuhi permintaan anak2 yang bercuti sekolah, dan bagi anak2 yang duduk di asrama masa cuti sekolah beginilah mereka boleh bermanja dan meminta ibu menyediakan berbagai hidangan kegemaran mereka..

Kalau ada anak2 yang dah besar sikit mungkin dalam darjah 5 - 6 atau yang sekolah menengah tu pastinya cuti sekolah begini dah boleh menolong ibu di dapur untuk menyediakan hidangan yang mudah seperti sandwich.. Bagi yang tak ada idea nak sediakan sarapan yang mudah, ringkas dan berkhasiat jom kita buat scramble egg sandwich yang simple ini..bahan-bahannya pun tak banyak dan yang penting sayuran dalam sandwich ini sangat berkhasiat dan sedap dimakan mentah..jom kita tinjau resepi mudah di bawah:

Scramble Egg Sandwich

Bahan-Bahan:

3 keping - roll bun / roti sandwich biasa pun boleh
Coral Salad - secukupnya (boleh juga guna daun salad jenis lain)
Hirisan Timun - secukupnya
Hirisan Tomato - secukupnya
Secukupnya butter untuk sapu pada roti
Sos cili atau apa2 sos kegemaran anda

Bahan untuk Scramble Egg:
3 biji telur - dipukul sedikit
2 sudu butter
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam (kisar kasar)


Cara:

1. Mula2 sediakan kan scramble egg, panaskan butter dalam kuali, bila butter dah mencair masukkan telur yang di pukul sedikit tadi kacau laju2 sehingga telur memekat sedikit terus masukkan sedikit garam dan sebuk lada hitam kasar. Kacau sehingga telur masak dan padamkan api, ketepikan.
2. Untuk sediakan sandwich, roll bun di belah dua, sapu dengan sedikit butter, susunkan daun salad, saya gunakan coral salad (salad yang agak kerinting dan berwarna gelap dan yang hijau) letakkan scramble egg secukupnya dan susunkan juga dengan hirisan timun serta tomato, drizzle dengan cili sos atau apa2 sos kegemaran anda seperti mayonis atau cheezy sos. Sedia untuk di hidangkan..

Friday, March 22, 2013

BERCUTI @ BEREHAT SEKETIKA...


Assalamualaikum...

Apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya rindui selalu.. maaf yer kawan2 sebab sejak kebelakangan ini saya telah mengabaikan blog ZLC ini almaklum masih kurang sihat dan bnyak juga perkara2 yang perlu saya bereskan..mudah2 saya mempunyai masa yang lebih sedikit...cewahhhh berapa banyak masa yang saya perlukan ekk ..cukup2 lah masa yang sedia ada cuma saya perlu bergerak lebih pantas n lincah kot..muahahaha ada2 ajer kan..tak perlah walau pun pergerakan agak slow tapi yang pentingnya ia dapat dibereskan dan di tambah elokkan..pehhh mcm sangat penting saje bunyi ayat saya ini...biarlah saya dan mereka2 yang sewaktu dengan saya memahami apa2 maksud yang tersirat.

Dalam kesibukan tugas seharian..sempat jugak saya buat treatment gigi saya nie..tampal jer mana yg rosak..syg hendak di buang kan gigi garham saya masa tegap dan elok kata doktor..minggu sebelumnya cuaca sangat panas...sampai sekarang pun masih panas lagi..dalam sehari rasanya lebih dari 3 kali saya dan semua dari kita mandi..kalau yang berasa tak selesa, demam batuk  n sakit tekak tu memang biasa lah di musim2 panas begini..Jadinya perlua menjaga kesihatan masing2 lebihkan minum air masak/mineral..peringatan bagi diri saya terutamanya ini sebab saya punya ler payah nak habiskan 1.5 liter air kosong sehari..dalam pada sakit2 tekak air ais juga yang saya cari..emmm..terukkan..

Ok lah panjang lebar pulak saya bercerita cuma nak amik kesempatan di sini nak ucapkan selamat bercuti sekolah bagi semua murid2 dan cikgu2 terutamanya di SKPT2 dan dimana2 jua anda berada jangan lupa untuk anak2 buah saya ulangkaji pelajaran serta gunakan waktu cuti ini untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dan bagi yang baru ambil keputusan SPM tempoh hari tahniah diucapkan terutama pada anak buah saya Siti Aishah Md Yusoff sebab dapat keputusan yang cemerlang..alhamdulillah..sekarang akak boleh lah teruskan cita2 akak nk belajar bidang perubatan.  Ok saya pun dah nk offline sebab dah nak balik kul 5 u...terlebih rajin pulak duk di opis lama2 hari ini..Salam sayang dari saya Zalekha Ismaik...jumpa lagi di masa akan datang In Shaa Allah.  .

Friday, March 15, 2013

Jom Makan Mee Siput dengan Sambal Tumis Bilis

Hai...kalau tadi saya kongsikan resepi minum petang yang mudah iaitu mini roll jejari ketam ini lagi satu hidangan minum petang yang sinomim dengan orang melayu dulu2 tapi rasanya orang zaman sekarang ini ada jugak yang tak tahu apa itu mee siputkan...sebenarnya mee siput ini atau ada juga yang mengelarkan mee sanggul merupakan snek orang dolu2 yang dibuat secara tradisi diuli tepung pastu dijadikan bentuk mee yang halus dan dibuatkan lingkaran atau disangul dan dijemur sehingga kering..tapi sekarang ini ramai yang dah buat mee siput secara komersial..dan siap dijual sama ada yang belum digoreng atau yang siap untuk di makan.  Mee siput sebenarnya makanan ringgan yang terkenal di negeri Johor dan senang didapati di daerah Muar, Batu Pahat dan di daerah2 lain di Johor.

Mee ini sedap di makan ranggup bersama sambal tumis bilis dan ada juga yang memakan mee siput ini bersama pencicah seperti sos yang dibuat sendiri mengunakan cili kering atau cili hidup dan taburkan pula dengan sedikit kacang tanah tumbuk..  Selain dari di makan secara digoreng ranggup krap..krup bunyinya mee siput ini boleh juga dijadikan bahan asas untuk membuat mee goreng, mee sop atau ala2 maggie sebab iainya sangat praktikal dan mudah..dan yang utamanya mee siput tidak mengandungi bahan pengawet yang berlebihan..lebih2 lagi yang di hasilkan oleh pengusaha 2 kecil di luar bandar.

Ok.. panjang pulak cerita pasal mee siput ini perut pun dah lapar kan petang2 begini jom lah kita nikmati mee siput bersama sambal tumis bilis yang ummppp nie...hamboiiiii masak sndiri puji sndiri nampaknya ah-kak nie,,xkisahlah kan.. resepi nya..emmmm mana ada resepi nak buat mee siput cuma resepi sambal tumis bilis yang selalu saya buat tu..di copy n paste di sini sekali lagi ok..jom layan...

Mee Siput segera n Sambal Tumis Bilis

Secukupnya mee siput di goreng garing


Sambal Tumis Bilis

Bahan-Bahannya

1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus

2 inci belacan - diblender halus
segemgam ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar - diblender halus

(ikan bilis boleh diblender halus separuh dan separuh lagi masukkan dalam sambal)
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)

garam sedikit
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis benar masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama.  Hidangkan bersama mee siput..sedappp..



Mini Roll Jejari Ketam..

Assalamualaikum...

Salam petang jumaat buat semua teman-teman dan pengunjung ZLC..hari ini saya nak berkongsi satu resepi mudah dan pernah saya masukkan disini..dolu2.. Mini roll jejari ketam ini sangat sesuai untuk buat hidangan petang atau juga sarapan pagi..atau untuk bekalan anak2 ke sekolah..sangat2 mudah untuk menyediakannya dan yang pastinya kanak2 sangat mengemari makanan cemilan seperti ini kan..ok terus sahaja ke resepi yang saya buat untuk minum petang semalam..

Mini Crabstick Roll..

Bahan-bahannya:

10 keping roti sandwich putih - di potong dua setiap keping
10 keping crabstick @ jejari ketam - dipotong 2
2 biji telur ayam - di pukul sedikit
secukupnya breadcrumb - saya guna breadcrumb warna kuning/oren
minyak masak untuk mengoreng
sos cili atau apa2 sos kegemaran untuk pencicah.

Cara:

1. Roti yang di potong dua tadi, dileperkan sedikit gunakan rolling pin. Ambil 1 crabstick yang dipotong 2 tadi dan letakkan di hujung roti, gulungkan kemas, lekatkan hujung gulungan dengan sedikit telur supaya tidak terbuka bila digoreng.
2. Celupkan gulungan roti pada telur yang dipukul dan golekkan pula di dengan breadcrumb sehingga rata, buat sehingga semua golongan roti siap.
3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng mini roll dengan api yang sederhana sehingga berwarna kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan.  Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda.



Thursday, March 14, 2013

Buah Abui..


Salam dan bertemua sekali lagi pada petang khamis 14 Mac 2013..saya cuma nak berkongsi dengan kawan2 yang mungkin tidak mengenali buah Abui yang semamangnya jarang2 ditemui..dan kebetulan pula semalam semasa menziarai keluarga sebelah arwah ibu saya di Kg Sinaran Baru.. so pertama kali dapat tengok n rasa buah nie memang sedap la rasa dia seakan-akan buah pisang kaki atau bahasa melayu dia kesemak - persimmon dalam bahasa inggeris. Isinya sangat lembut dan manis2 buah gitu x tawar dan tidak juga terlalu manis.  Buah ini lebih sedap kalau disejukkan dahulu.  Cara nak memakannya boleh di belah secara membujur atau melintang bentuk baji dan gunakan sudu untuk skup keluar isinya yang agak berair sedikit tapi jangan mengupas kulit buah ini kerana ianya bergetah..tp getahnya masih boleh dijadikan ubat seperti yang saya c n p di bawah ini..

Buah Abui nie berasal dari Amerika selatan kot..saper yang nak mengetahuinya dengan lebih terperinci boleh la cari di google atau yahoo ok..saya tadi ada jugak menjengah beberapa info tentang buah abui nie dan saya copy n paste di sini sedikit dari khasiat yang terkandung dalam buah abui nie..ok..saya c n p sajer .tqvm utuk blog clik here tu ok
foto ehsan google..rupa abui yang dibelah..

"Daging buah abiu berwarna putih bening dengan rasa khas manis legit dan segar. Ada yang menggambarkannya seperti rasa kelapa muda, namun ada juga yang menyetarakannya dengan paduan susu dan karamel. Karena dagingnya lembek dan sedikit berair, abiu dapat dimakan dengan cara dibelah melintang atau membujur; atau juga dengan disedok. Pada masing-masing buah terdapat 1-5 biji abiu.
Selain dapat dimakan langsung, buah abiu dapat diolah menjadi berbagai makanan spesial, seperti Abiu Carambola Chicken Breast (dada ayam goreng dimasak dengan jus abiu dan belimbing), Abiu Tart, Sweet & Sour Abiu & Beefburger, dan sebagainya. Karena banyak mengandung vitam A, B3, dan C, serta kaya sumber kalori dan serat, buah Abiu juga memiliki banyak manfaat bagi kesehatan kita. Di Brasil sendiri, daging buah abiu digunakan untuk meringankan batuk, bronchitis, dan keluhan pernafasan atau paru-paru. Sedangkan getah pohon abiu berkhasiat sebagai obat cacing, obat pencahar, dan menyembuhkan luka bengkak."
 
 

Laksa Basah Goreng...

Assalamualaikum...

Salam Khamis buat semua teman-teman tersayang dan pengunjung ZLC yang sudi singgah ke teratak ah-kak ini..Apakabar semua...semoga sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya.. Masih ada ke orang yang sudi mengunjungi blog yang dah lama sepi nie?? Saya ingin mohon maaf pada semua sebab kebelakangan ini saya dah jarang-jarang dapat berblog yer lah x sekerap dulu, ini dalam sebulan rasa saya baru satu entry sahaja yang ada..sebabnya kurang sihat sesekejap penyakit tu yang mencuit..pastu penyakit nie yang menjengah...al-maklum usia ah-kak yang semakin muda remaja nie kan muahahaha(perasan yang lebih)...tapi alhamdulillah masih dapat dirawati sama ada gan makan penadol ajer atau ke klinik untuk rawatan..dan setakat nie x ada yang serius..

Oleh kerana dah lama tak meninjau ke blog ini dan lama jugak x blog walking ke blog2 kesukaan ah-kak terasa rindu la pulakkan.. takper lah kita simpan sementara rindu2 yang terus membara tu apa kata kita ke resepi yang ingin saya kongsikan hari ini iaitu sejenis hidangan laksa goreng yang  saya buat untuk minum petang semalam..bagi mereka yang suka makan mee kuning boleh tukar pada mee kuning tapi gunakan laksa basah nie juga sedap...jom kita tengok resepi mudah di bawah..

Laksa Basah Goreng

Bahan-Bahannya:

1 peket laksa basah - 400gm (dibasuh dan ditoskan)
200 gm @sekeping dada ayam - di potong kecil
15 biji bebola sotong n udang - di potong 4
1 mangkuk kecil taugeh - di basuh dan toskan
1/2 cekak daun kucai - dipotong 1 inci
2 keping tahu - dipotong kecil dan goreng embal
3 biji lada merah hidup - dikisar halus*
2 labu bawang besar - di kisar halus*
3 ulas bawang putih - di kisar halus*
2 sudu makan udang kering - direndam sebentar- kisar halus*
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan gula pasir
3/4 cawan air
sedikit garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Lain
beberapa biji limau kasturi - dibelah 2
hirisan cili merah
bawang goreng.

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali tumiskan bahan2 yang bertanda* dan dikisar halus sehingga naik minyak dan masukan ayam yang dihiris tadi, Balik2kan dan masukkan pula air.
2. Bila ayam agak empuk masukkan bebola sotong dan bebola udang, (boleh juga digantikan dengan bebola ikan) sos tiram, sos tomato dan gula pasir, serta kicap.
3. Tumiskan sehingga semua bahan bergaul sebati, masukkan pula laksa basah tadi balik2kan, masukkan juga sedikit sahaja garam dan akhir sekali masukkan tahu yang digoreng sebentar serta taugeh dan daun kucai. Goreng laksa basah sehingga kesemua bahan bergaul rata, padamkan api hidangkan bersama hirisan lada hiris jika suka boleh juga makan dengan jeruk lada, dan perahkan limau kasturi jika suka...selamat mencuba.


Thursday, March 7, 2013

Jom Layan Lagu-Lagu 80-an..

Salam Khamis...salam mesra di angin lalu buat semua pengunjung2 ZLC yang saya sayangi...hari ini hanya ingin berkongsi irama 80-an buat semua yang suka lagu2 lama..jom layan lagu2 di bawah..



Tuesday, March 5, 2013

Chicken Pot Pie ~~mini..

Assalamualaikum..dan salam Selasa buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC...Apakabar kawan2 semua semoga semuanya berada dalam kesihatan yang baik dan sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah hendaknya.  Saya agak lama tak bersiaran di alam maya ini..kerana ada tugas2 yang tak dapat dielakkan..mohon maaf yer kawan2.

Setelah lama tak ada resepi hari ini saya nak berkongsi resepi pie atau chicken pot pie yang dah lama saya teringin nak buat dan semalam baru la di cuba itu pun resepi ala2 campak2 ajer sebab dah lama saya baca sepintas lalu di blog Dunia Dari Dapur Kak Jee nampak sedap ajer kan..so try la buat tapi bahan2nya ikut suka suki saya ajer..hehehe cuma saya kekalkan bahan asas inti pie ini ada mushroom soup dan ayam..selebihnya saya campurkan mix vegie, kalau nak letak kentang pun boleh (dalam kebanyakan resepi ada tapi saya x letak pun)..cover pie saya gunakan pastry jenama Kawan yang ready made tu ajer..senangkan..cumanya saya tak ada ramekin atau bekas  yang sesuai untuk seorang makan, jadi saya gunakan acuan pastry tartlet tu ajer..kalau guna acuan ramekin tu saya rasa dpat dalam 4 bekas...yang nie dapat 10 bekas kecil..makan 2 atau 3 baru ler cukup..muahahaha.bukan kuat makan tauuu cuma portion nyer kecikkan..ayat nak cover line ler tu...  Jom kita tengok resepi mudah di bawah..chicken pot pie nie sedap bila di makan panas2 suam guna sudu..



Chicken Pot Pie - mini

Bahan-Bahan

2 keping isi ayam di hiris kecil / atau boleh guna 1 cawan ayam cincang
250gm mix vegie (frozen) - basuh dan toskan
(Kentang sebiji - di dadu ) saya x letak
1 biji bawang besar di dadu halus
2 cawan sup cendawan berkrim (boleh buat sendiri atau guna yang dalam tin)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
secubit serbuk lada sulah atau lada hitam jika suka pedas
secukupnya puff pastry untuk coverkan pie.
1 biji kuning telur dipukul sedikit dan dicampurdengan sedikit esen kuning (utk sapu di atas pie)

Cara:

1. Mula2 sediakan inti pie, panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang besar yang didadu halus tadi hingga layu dan berbau harum.
2.  Masukkan isi ayam yang dihiris kecil, balik2kan sehingga ayam agak empuk masukkan pula sup cendawan balik2kan masukkan pula mix vegie dan perisakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
3.  Inti pie ini agak basah sedikit sebab ada sup cendawan berkrim. Bila dah masak elok padakam api dan salin dalam mangkuk.
4.  Untuk sediakan pie, isikan inti pie ini dalam mangkuk yang sesuai seperti ramekin jika ada. kalau tak ada gunakan acuan pastry tartlet mcam saya ajer, isikan penuh intinya dan tutupkan dengan puff pastry.
5. Sapukan atas pie dengan kuning telur yang dicampur dengan sedikit esen kuning. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180' C, selama 25 minit atau sehingga garing.. Bila dah masak keluarkan dari oven dan sesuai dihidangkan suam2 panas..sedappp cubalah,