Thursday, March 14, 2013

Laksa Basah Goreng...

Assalamualaikum...

Salam Khamis buat semua teman-teman tersayang dan pengunjung ZLC yang sudi singgah ke teratak ah-kak ini..Apakabar semua...semoga sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya.. Masih ada ke orang yang sudi mengunjungi blog yang dah lama sepi nie?? Saya ingin mohon maaf pada semua sebab kebelakangan ini saya dah jarang-jarang dapat berblog yer lah x sekerap dulu, ini dalam sebulan rasa saya baru satu entry sahaja yang ada..sebabnya kurang sihat sesekejap penyakit tu yang mencuit..pastu penyakit nie yang menjengah...al-maklum usia ah-kak yang semakin muda remaja nie kan muahahaha(perasan yang lebih)...tapi alhamdulillah masih dapat dirawati sama ada gan makan penadol ajer atau ke klinik untuk rawatan..dan setakat nie x ada yang serius..

Oleh kerana dah lama tak meninjau ke blog ini dan lama jugak x blog walking ke blog2 kesukaan ah-kak terasa rindu la pulakkan.. takper lah kita simpan sementara rindu2 yang terus membara tu apa kata kita ke resepi yang ingin saya kongsikan hari ini iaitu sejenis hidangan laksa goreng yang  saya buat untuk minum petang semalam..bagi mereka yang suka makan mee kuning boleh tukar pada mee kuning tapi gunakan laksa basah nie juga sedap...jom kita tengok resepi mudah di bawah..

Laksa Basah Goreng

Bahan-Bahannya:

1 peket laksa basah - 400gm (dibasuh dan ditoskan)
200 gm @sekeping dada ayam - di potong kecil
15 biji bebola sotong n udang - di potong 4
1 mangkuk kecil taugeh - di basuh dan toskan
1/2 cekak daun kucai - dipotong 1 inci
2 keping tahu - dipotong kecil dan goreng embal
3 biji lada merah hidup - dikisar halus*
2 labu bawang besar - di kisar halus*
3 ulas bawang putih - di kisar halus*
2 sudu makan udang kering - direndam sebentar- kisar halus*
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan gula pasir
3/4 cawan air
sedikit garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Lain
beberapa biji limau kasturi - dibelah 2
hirisan cili merah
bawang goreng.

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali tumiskan bahan2 yang bertanda* dan dikisar halus sehingga naik minyak dan masukan ayam yang dihiris tadi, Balik2kan dan masukkan pula air.
2. Bila ayam agak empuk masukkan bebola sotong dan bebola udang, (boleh juga digantikan dengan bebola ikan) sos tiram, sos tomato dan gula pasir, serta kicap.
3. Tumiskan sehingga semua bahan bergaul sebati, masukkan pula laksa basah tadi balik2kan, masukkan juga sedikit sahaja garam dan akhir sekali masukkan tahu yang digoreng sebentar serta taugeh dan daun kucai. Goreng laksa basah sehingga kesemua bahan bergaul rata, padamkan api hidangkan bersama hirisan lada hiris jika suka boleh juga makan dengan jeruk lada, dan perahkan limau kasturi jika suka...selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment