Monday, April 8, 2013

Mee Bandung~~Segera Mak Pon


Assalamualaikum, salam Isnin buat teman2 semua dan pengunjung ZLC, bertemu kembali di permulaan minggu kedua April..apa kbar anda semua...semoga sentiasa sihat di samping menjalankan tugas2 seharian tak kiralah sama ada yang bertugas di rumah atau di pejabat atau dimana sahaja. 





Sekarang ini nampaknya memang musim orang tak berapa sihat sebab di pejabat saya ini ada juga rakan2 yang batuk2 dan selsema..mungkin perubahan cuaca sekejap hujan sekejap panaskan.. kenalah lebih berhati2 di dalam menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga kena banyak minyak air masak atau mineral..sebab kalau dah kena penyakit2 yang mungkin kita nampak ringan sahaja tapi sukar untuk pulih segera kadang2 mengambil masa yang lama..misalnya bila kita batuk atau selsema kadang2 tak cukup seminggu nak baik 2 - 3 minggu baru lah beransur pulih dan reda itu pun dah berbotol2 ubat batuk kita telan..itu pengalaman saya dan juga rakan2 lain.


Mungkin ada juga di kalangan rakan2 yang antibodi sangat kuat makan ubat 2 - 3 kali dah terus pulih.. x kisah lah bila kita di beri sakit sebenarnya sebahagian dari kifarah dosa  Allah nak mengampunkan sebahagian dari dosa2 kita. Jadinya bersabarlah bila kita di uji dengan sedikit dari ujian Allah kerana ada orang lain yang mendapat ujian yang lebih hebat dari kita..peringatan untuk diri saya sendiri supaya bersabar bila di beri ujian kerana Allah memberi ujian pada yang mampu dan menyangi kita.  Sebagai hambanya berbanyaklah berdoa dan memohon keampunan dari Allah..Maaflah kawan2 terpanjang pulak motivasi saya hari ini bukan bertujuan untuk memperingatkan sesiapa hanya ingatan untuk diri sendiri yang sentiasa alpa dan leka..

Ok lah saya hentikan cerita mengemai batuk dan selsema setakat ini sebab nak kongsikan dengan rakan2 semua resepi segera atau instant yang mengunakan perencah Mee Bandung Mak Pun yang sangat terkenal dari muar..Mee Bandung ini sebenarnya dimasak oleh kawan pejabat saya iaitu Kak Marie minggu lepas menggunakan perencah mee bandung segera jenama Mak Pon yang di bawa oleh boss kami..saya dan bedah pun kalau masak dirumah selalu gunakan perencah mee bandung Mak Pon sebab memang sedap rencahnya menepati citarasa kami, cukup pedasnya, cukup terasa keenakan mee bandung yang ada rasa udang keringnya dan yang lebih utama ianya sangat mudah..x mau bercerita lebih panjang saya tulis bahan2 yang diperlukan untuk membuat mee bandung ini ok..

Mee Bandung - Segera

Mee Kuning secukupnya - di celur dengan air panas dan toskan
Sayur sawi secukupnya - di potong2 cuci bersih dan toskan
1/2 peket perencah Mee Bandung Muar - Jenama Mak Pon
500 gram - daging batang pinang/ daging lembut - dihiris nipis rebus empuk, air rebusan digunakan untuk masak kuah mee bandung.
- Boleh juga tambah apa2 perencah yang digemari seperi udang, sotong, isi ayam.dan sebagainya
Beberapa butir telur ayam
Bawang Goreng secukupnya.

Cara:

1. Rebuskan daging batang pinang yang dihiris nipis hingga empuk air merebus daging angaran menutupi paras daging, bila daging sudah empuk masukkan perencah mee bandung segera jenama Mak Pon,
2.Masaklah sehingga kuah dan daging mesra dan agak memekat sedikit, jika air rebusan daging agak kurang
boleh masukkan sedikit lagi air, kuah mee bandung perlu sederhana pekat dan tidak terlalu cair, masukkan sekali sayur sawi yang telah dipotong. Rasakan kesuaian rasa kuah mee bandung tapi perencah mee bandung mak pon dah bergaram selalunya tak perlu tambah apa2. Padamkan api
3. Bila hendak menghidang barulah di panaskan sebentar kuah mee bandung ini dan pecahkan teluar satu persatu. Hidangkan dengan cara letakkan sedikit mee kuning yang dicelur ke dalam pinggan atau mangkuk, siramkan kuah mee bandung berserta perencahnya sama ada daging, udang atau sotong atau apa2 yang digunakan. bersama sayur sawi, dan sebiji telur serta taburkan dengan bawang goreng dan hidangkan panas. 
Selamat mencuba..

1 comment: