Sunday, April 21, 2013

Puding Roti Kismis...


Assalamualaikum...

Salam Ahad salam hujung minggu buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi...apa kabar semuanya...smoga anda sihat dan ceria di samping keluarga tersayang...hari minggu begini kawan2 mesti memasak yang istimewa buat keluarga..atau makan diluar sahaja...xkisah la mana2 kalau rajin masak kalau x rajin makan sahaja di luar... Macam saya hari ini agak ada kerajinan sedikit jadinya memasak lah di rumah...kalau tak saya suka juga JJCM di luar tapi oleh kerana asik berjalan sahaja saban minggu terfikir untuk memasak..

Jadinya pagi2 lagi hari ini saya dah mulakan operasi menyediakan 3 sejenis masakan yang mudah2 sahaja...iaitu Puding Roti Kismis yang pada asalnya ingat nak buat bersama dressing custard sauce atau butterscotch sos tp tak jadi la pulak sebab agak termanis puding saya nie...cukup rasa lemak manisnya makan begitu sahaja pun dah sedap...ewahhh memang sedap rasanya ada lemak2 manis berserta buah kismis yang agak banyak..lain kali kalau buat lagi saya akan kurangkan gulanya jika ingin makan puding roti bersama kuah kastard..ok..utk dua lagi resepi lagi iaitu spagetti bebola ayam dan mantau bun bersama kuah pencicah akan saya masukkan kemudian...jom kita tengok resepi puding roti yang sesuai di buat untuk minum petang, sarapan atau bila2 masa sahaja...

Puding Roti Kismis..

Bahan-Bahan:

6 keping roti putih - di potong size kecil atau disiat2kan
1/2 cawan gula castor
2 biji telur ayam
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
segemgam @1/2 cawan kismis
2 sudu makan butter di cairkan

Cara

1.  Roti yang di potong kecil di masukkan dalam sebuah mangkuk, masukkan susu cair dan air.
Masukkan sekali gula kastor, telur yang di pukul sedikit dan 1/2 camca teh vanilla. Gaul rata dan masukkan pula kismis dan butter yang dicairkan gaul sekali lagi.
2.  Lenserkan mangkuk pie berukuran 6 inci dengan sedikit butter, masukkan adunan yang telah digaul rata tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 35-40 minit bergantung pada kepanasan oven anda.  Sejukkan dan potong sebelum dihidangkan..sedappp cubalah.

No comments:

Post a Comment