Monday, April 22, 2013

Spagetti Berkuah Tomato & Bebola Ayam..demam Pilihanraya???

Assalamualaikum...

Salam Isnin untuk semua.. dah masuk minggu yang baru 22 April nampaknya tinggal 2 minggu sahaja kita semua akan menjalankan kewajipan sebagai pengundi..Musim2 Pilihanraya umum nie kawan2 sana sini orang sibuk bercerita pasal PRU 13 yang akan diadakan x lama lagi..so bermacam2 cerita politik boleh kita dengar ada yang menyokong parti kerajaan dan tak kurang juga yang menyokong parti pembangkang.  Kalau kat dalam saluran media cetak maupun media elektronik memang saban hari kita tengok cerita politik orang berkempen sana sini..x kurang juga di alam maya kat face book ke laman2 web mau pun blog2 memang tengah hangat la citer pasal PRU.. dengar dari berbagai sumber tapi kita mestilah jadi pengundi yang bijak ok..

Saya tidak mahu cerita berlebih pasal politik takut ada yang marah saya nanti sebab blog saya nie pun blog masak2 sahaja kalau nak baca mengenai politik boleh la ke blog2 politik memang tengah hangat..oleh kerana dah agak lama meninggalkan arena politik lebih dari 14 tahun sebab saya dahulu bekerja dengan seorang ahli Parlimen jadinya saya dah kurang mengkuti perkembangan hanya setakat menjadi permerhati dari jauh kalau tak dulu2 masa nak pilihanraya siang malam saya bertugas di bilik gerakan Bahagian..so sekarang nie jadi petugas SPR sahaja bila hari mengundi sahaja saya bertugas..tu pun di pusat mengundi sekolah saya sendiri SKPT2...ehhh terpanjang pulak yer saya bercerita...kata tadi x mahu cerita pasal politik panjang2..maaf yer kawan2.

Ok berbalik tajuk di atas hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 resepi yang saya masak semalam..jom kita semak resepi di bawah yang dah beberapa kali juga saya masak dan masukkan di blog sebelum ini DISINI dan sini tapi menggunakan daging kisar cuma bezanya kali ini saya gunakan ayam kisar dan juga bebola ayam..
sorry gambar kurang memuaskan sbb guna hp buruk..hehe

Spagetti Berkuah Tomato dan Bebola Ayam

Bahan-Bahan:

1 peket spagetti - rebus hingga masak dan toskan gaulkan dengan 2 sudu makan minyak zaitun
400 gram daging ayam kisar
300 gm bebola ayam  (chicken meatball)
1 batang karet -dipotong batang mancis 
1/2 biji lada capsicum hijau/kuning - di dadu
2 senduk lada blender
12ulas bawang merah -  diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci halia - diblender halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 tin @400gm tomato puree  
4 biji tomato segar - di dadu
Air secukupnya >< 1.5 - 2 liter ( ikut banyak kuah yang kita nak tp jgn terlalu cair)
gula pasir secukupnya - saya guna lebih kurang 3 sudu makan
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan taburan:
Daun bawang dan daun sup dihiris halus
Bawang Goreng

Cara:
1. Spagetti di rebus dalam air mendidih lebih kurang 25 minit atau hingga masak tos gaulkan dengan 2 sudu makan minyak zaitun dan ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk anggaran 2 senduk sedang tumiskan bawang besar yang didadu hingga berbau harum dan layu, masukkan cili blender dan bawang blender serta halia. Tumislah sehingga cili agak garing dan naik minyak.
3. Masukkan tomato puree dan gula kacau sebentar dan masukkkan ayam kisar dan diikuti dengan air. Biarkan agak mendidih masukkan bebola ayam dan masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian masam manis dan masin kuah ini.
4.Masukkan pula karet yang dipotong batang mancis, capsicum yang didadu dan tomato yang didadu. Masakkan sehingga sebati dan agak sedikit memekat. Padamkan api dan hidangkan bersama Spagetti yang direbus tadi. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang yang dihiris..sedapppp cubalah..

No comments:

Post a Comment