Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, May 20, 2013

Rojak Tahu...

Assalamualaikum...salam Isnin untuk semua kawan2 dan anda diluar sana...apa kabar yer semua.  Semoga sentiasa sihat dan ceria di samping menjalani tugas harian.  Saya alhamdulillah sihat juga cuma kerajinan untuk menulis di blog tu belum ada...sebenarnya ada gak bahan yang boleh di kongsikan tapi kesempatan dan waktu sangat mencemburui saya...cewah kemain cemburu2 x main la ekk jeles2 nie..muahahaha..

Oklah kita terus sahaja tengok resepi mudah yang memang senang untuk dibuat dan berkhasiat bagi pengemar2 tahu dan rojak macam nie memang x jemu dimakan..next time saya nak buat tahu bakar sendiri pulak sebab selalu makan di kedai atau restoran ajer..padahal nak buatnya pun mudah dan senangkan..


Rojak Tahu

Bahan-bahan:

5 keping tahu - di goreng embal (goreng tak garing)
1 batang timun
1 cawan togey - secukupnya (dibuang ekor)

Bahan Kuah:
secukupnya >< 1 cawan kacang tanah kisar
10-15 batang cili padi (atau secukupnya)
3 ulas bawang putih
2-3 biji limau kasturi
kicap lemak manis secukupnya
sedikit gula -jika perlu

Cara:

1. Mula-mula sediakan kuah rojak - gorengkan cili padi bersama bawang putih, masukkan kedalam blender bersama kicap dan perahan jus limau kasturi, Blender hingga halus, masukkan dalam mangkuk bahan yang telah diblender tadi, masukkan kacang tanah kisar dan gaulkan, rasakan kesesuaian rasa kalau perlu tambah gula atau jus limau kasturi.
2.  Tahu yang digoreng di potong persegi kecil, timun dikupas kulit belah 2 dan hiriskan, taugey boleh sama ada dicelur sebentar dengan air panas atau di biarkan mentah sahaja.
3.  Cara menghidang letakkan timun hiris di piring atau pinggan letakkan taugey di atasnya dan susunkan pula tahu yang di hiris, siramkan kuah rojak di atasnya dan akhir sekali taburkan dengan sedikit kacang tanah kisar di atasnya.  Hidangkan..sedappp cubalah.

No comments:

Post a Comment