Wednesday, July 10, 2013

Hanya Doa dan Al- Fatihah Untuk Abah dan Mak..

Assalamualaikum..

Di hari pertama bulan Ramadhan hati saya terasa amat sayu dan hiba..bila mengenangkan orang2 yang kita kasihi yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu kerana menyahut panggilan Ilahi..Sebenarnya abah saya meninggal pada 2 Ramadhan tahun 2006, dah 7 tahun saya dan adik beradik kehilangan seorang abah yang sangat penyayang..dan arwah mak pula menyusuli permergian abah pada Februari 2011.  Memang terasa sangat di saat orang lain masih ada ayah dan ibu untuk berpuasa bersama, berbuka, solat dan mengaji bersama...tapi Allah lebih menyangi mereka..hanya Doa..Al-Fatihah dan bacaan Yasin yang mampu dikirimkan..saya ingin menulis lebih panjang lagi kenangan bulan puasa bersama arwah Mak saya Hjh Zahriyah binti Jabid dan abah Hj Sheikh Ismail bin Bakar..tapi nampaknya air mata ini lebih deras mengalir dan saya x mampu menyeka..



No comments:

Post a Comment