Thursday, July 11, 2013

Nasi Ayam Hainan..

Assalamualaikum..

Apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi.  Semoga anda semua sihat dalam menjalani ibadah puasa. Dah masuk hari ke 2 kita berpuasa nampaknya sana sini orang berjualan di bazar ramadhan kan.  Rezeki orang berniaga setahun sekali mudah2an bagi mereka yang berniaga tu jualan mereka habis..tapi bila hujan tu terasa kesian kat mereka yang berjualan air dan semua2nya la..kat bazar ramadhan tu apa sahaja yang kita teragak dan teringin pasti ada..sebab macam2 makanan dan minuman yang dijual..cuma sediakan fulus sahaja..

Asik bercerita pasal bazar ramadhan saya nie..teringin gak nak pergi tapi sabar yer che ha..kalau nak pi bazar saya nie kena beringat2 sikit sebab selalunya tak dapat nak meng-kontrol-kan diri macam2 yang saya teringin nanti..macam budak2 gak..hehehe..ok lah kita stop dulu citer bazar hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi Nasi Ayam Hainan yang saya masak untuk iftar pertama ramadhan..lauknya saya gandingkan dengan ayam masak sos tiram..dan salad, hirisan timun tomato berserta kuah cili dan ada gak sop tulang ayam..jom kita semak resepi mudah di bawah dilain waktu esok ke saya masukkan resepi  ayam masak sos tiram ok..

Nasi Ayam Hainan..

Bahan-Bahan:

4 cawan - beras siam wangi
6 cawan air (sukatan air macam masak nasi biasa)
3 sudu makan - paste Nasi Ayam brand Woh Hup (dalam botol boleh beli di supermarket)
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan minyak zaitun -(minyak masak pun boleh)
sedikit garam'

Cara:
1. Cuci beras dan di toskan masukkan dalam periuk rice cooker
2. Masukkan 3 sudu makan paste Nasi Ayam  Hainan (paste ni dah lengkap x perlu letak bawang dan halia)
3. Masukkan minyak bijan dan minyak zaitun berserta sedikit garam.
4. Masak seperti masak nasi biasa, bila tanak dan nasi mengering kacaukan supaya nasi rata.  Tekan sekali lagi keep warm dan biar sehingga nasi masak elok.  Hidangkan Nasi Ayam Hainan bersama lauk ayam berserta salad serta timun dan hirisan tomato, sos yang dibuat sendiri dan sup.
Selamat mencuba mudah dan sedap..

*Note: Jika tiada beras wangi boleh juga gunakan beras biasa yang di campur beras pulut untuk mendapat Nasi Ayam yang lembut dan rasanya seperti kita memasak beras wangi..sukatan 3 cawan beras biasa dan campurkan 1 cawan beras pulut, sukatan airnya sama seperti kita masak nasi biasa.



No comments:

Post a Comment