Wednesday, July 24, 2013

Paprik Ayam dan Sayuran..

Assalamualaikum...

Salam Rabu untuk semua rakan2 dan pengunjung ZLC..hari ini rabu rupanya saya ingat selasa apa laa saya nie hari bulan pun dah x ingat..dah setengah bulan kita berpuasa xlama lagi dah nak beraya kan...huhu..bila tiba bab citer nak beraya nie..saya agak moody sikit almaklum bila x ada ibu ayah..beraya dengan adik beradik gan anak2 buah ajer lah...terlalu awal nak bercerita pasal rayakan..tapi sana sini mood raya dah bangkit..Macam malam tadi saya ke Bazar Karat di bandaraya JB..punyalah ramai orang dengan berbagai barangan atau perhiasan untuk hari raya di jual.  Saya ke sana hanya jalan2 ajer xderlah nak membeli apa2.  Lagu2 hari raya juga begitu rancak di mainkan tapi alahaiiiii lagu raya genre rock...rasa macam nak pecah gegendang telinga dengar..bagi saya lagu2 raya lama tu lebih sedap di dengar irama asalnya dari di ubah suai..tak taulah bagi selera orang lain terutamanya anak2 muda..begitulah peredaran zamankan benda2 yang lama sering diubahsuaikan oleh orang2 zaman sekarang..

Ok lah kita tinggalkan citer ke BK, untuk entry hari ini resepi mudah yang saya sediakan untuk bersahur sejenis masakan yang orang kata 2 in 1 sebab dah ada ayam dan sayur so tak perlulah masak sayur sebagai lauk sampingan..hehehe itu sebenarnya ayat orang yang agak malas macam saya nak mudah masak satu jenis ajer..jadilah untuk saya dan anak2 buah bersahur..untuk berbuka anak buah saya Iqin yang standard six tu dah pandai buat Crabstick Roll with Cheese tapi x sempat berposing telah dingap semasa berbuka sedappp pandai ikin sekarang dah boleh tolong mak j masak Alhamdullilah jadilah berbuka dengan yang ringan dahulu sebab kami singgah makan steamboat di dataran Bandaraya selepas ke Bazar Karat..


Paprik Ayam n Sayuran..

Bahan-Bahan:

500 gram ayam - isi ayam di potong kecil
1 batang karet - dihiris serong
1 mangkuk bunga kobis - dipotong kecil
segemgam cendawan enoki - buang akarnya
3 labu bawang besar - dihiris kasar
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - di hiris batang mancis
2 batang cili merah hidup - hiris serong
8-10 ulas cili padi kampung (biar sebiji2)
3 keping daun limau purut
4 sudu makan - sos tiram
4 sudu makan - sos cili
4 sudu makan - sos tomato
5-6 sudu makan kicap lemak manis
1 1/2 cawan air
(sos2 boleh di tambah atau kurangkan ikut selera masing2)
sedikit garam
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih, halia dan cili hiris hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap diikut dengan air serta ayam masakkan sehingga ayam agak empuk, masukkan pula karet dan daun limau purut serta cili padi.
3. Balik2 sehingga ayam masak masukkan pula bunga kobis dan cendawan inoki, kalau ada cendawan tiram juga boleh gunakan. Saya tak ada so tukar dengan inoki, Bila dah masak elok masukkan sedikit garam jika perlu dan lauk ini juga boleh di tambah apa2 sayuran yang kita suka seperti putik jagung, capsicum dan kacang buncis juga.
4. Padamkan api bila dah masak dan hidangkan bersama nasi panas.  

No comments:

Post a Comment