Tuesday, July 9, 2013

Scramble Egg Mayo Sandwich..

Assalamualaikum..

Salam Selasa untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC semua..apa kabar kawan2 semua semoga anda semua sihat2..cepat betulkan masa berlalu esok dah masuk 1 Ramadhan bulan seribu keberkatan, bulan mulia yang dinanti2kan oleh setiap umat Islam di dunia.. kerana esok bermulanya bulan ibadah puasa yang di wajibkan untuk kita semua..Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah kerana diberikan peluang untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan dan semoga kita semua di berikan kekuatan dan kesihatan untuk beribadah sebaiknya di bulan Ramadhan.

Ok lah saya tak sempat berceloteh panjang hari ini kerana banyak lagi urusan yang perlu di bereskan. Sebenarnya saya buat scramble egg mayo sandwich ini pagi tadi utk di bawa ke sekolah kerana ada potluck di Skpt2 sebelum berpuasa..so apa lagi ramai la guru2 dan staf yang bawak makanan sorang sejenis macam2 ada dan bos saya buat Spagetty Bologness yang sedap n marvelosss..tq bos nie bukan kipas tau memang betul2 sedap..opis mate saya kak marie pulak bawa mee kari dan cikgu2 bawak lauk pauk dan nasi putih penuh lah 4 meja sampai x tau yang mana nak di makan..jamah sikit2 jadilahkan. 

Masa mencari idea apa la yang saya nak bawak terfikir ada salad dan timun dalam fridge ada gak roti putih dan telur maka jadilah sandwich sempoi yang mudah di buat ini yang sesuai di makan pada bila2 masa. Saya pun ada gak buat sikit puding laici dangdut..kalau bulan puasa tu x leh la nak makan2 di waktu siang kena la tunggu waktu berbuka atau bersahurkan..hehehe dah terbayang2 suasana puasakan InShaAllah tunggu ajer lah beberapa jam lagi..

Jomlah kita semak resepi mudah di bawah ini..nanti bila ada masa saya masukkan pula resepi puding laici dangdut..

Scramble Egg n Mayo Sandwich

Bahan-Bahan:

1 Bantal panjang roti putih (saya guna roti gardenia)
6 biji telur ayam
3 sudu makan mayonis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh lada hitam - dikisar kasar
sedikit garam
sedikit minyak masak
secukupnya coral salad
secukupnya hirisan timun
secukupnya mentega

Cara:

1. Telur dipukul sedikit bersama mayonis, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
2.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan telur yang dipukul tadi, kacau rata sehingga telur masak taburkan pula dengan lada hitam kisar kasar dan kacau rata, matikan api dan salin telur masak hancur serta ketepikan.
3. Untuk buat sandwich, sapukan roti bersama butter, letakkan secukupnya scramble egg diatas roti, letakkan daun salad dan timun dan tutupkan dengan sekeping lagi roti yang di sapu butter.
4. Potong dua roti dan hidangkan.



No comments:

Post a Comment