Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Wednesday, August 7, 2013
Salam Aidil Fitri..
Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam lebaran buat semua teman-teman, rakan taulan, saudara mara dan pengunjung ZLC yang saya hormati sekelian. Bersempena kedatangan bulan Syawal yang mulia ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua sepanjang persabahatan kita di alam maya ini melalui Blog masakan yang di kendalikan oleh saya. Seandainya ada diantara tutur kata saya atau tunjuk ajar yang tidak seberapa melalui resepi-resepi dan catatan-catatan yang pernah saya update di blog ini ada yang tidak disenangi, mohon maaf jua yang saya pinta sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.
Memandangkan saya juga agak lama tidak dapat mengupdate blog dan memasukkan entry dari sehari ke sehari kerana kekangan tugasan yang tidak dapat di elakkan, saya berharap agar di masa-masa hadapan saya dapat meneruskannya walaupun tidak sekerap tahun sebelumnya..Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat berhari raya kepada semua dan pada yang balik beraya ke kampung halaman masing-masing agar mengunakan kesempatan yang ada mengeratkan lagi hubungan siratulrahim sesama keluarga dan saudara mara. Bagi yang masih mempunyai ayah bonda baliklah menjengah mereka di hari yang mulia ini walau sesibuk mana pun kita ingatlah mungkin pada tahun ini merupakan kesempatan Aidilfitri terakhir buat kita. Pandu cermat di jalan raya semoga yang menanti kita menyambut kedatangan kita dengan gembira bukan sebaliknya. Salam sayang dari saya Siti Zalekha binti Sheikh Ismail..
No comments:
Post a Comment