Assalamualaikum...salam sejahtera, salam ceria serta salam akhir tahun masihi buat semua sahabat2 yang saya kasihi dan juga pengunjung2 yang masih sudi mengunjungi blog ZLC ini..cepat sungguh masa berlalu pejam celik dah sampai ke penghujung tahun dan tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke Tahun Baru 2014..alhamdulillah banyak sungguh cerita dan rentetan peristiwa suka duka yang kita lalui sepanjang tahun 2013 dan semoga di tahun baru kita semua akan terus melangkah dengan penuh keimanan, ketakwaan, semangat, kesejahteraan dan kegembiraan. Semoga di tahun baru ini juga banyak perubahan2 yang drastik...yang akan saya lakukan...hammmboiiii apa ler agaknya yang drastik sangat tu ek...hehehe..doa2kan untuk saya yer kawan semua..
Oklah kita tinggalkan dulu citer akhir tahun dan awal tahun sebab hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 semua resepi kuih bakar daging dari seorang bloger tersohor @ mantan wartawan dan pelakon Fauziah Samad atau lebih mesra dengan nama Kak Jee.. Tqvm kak jee sebab selalu berikan resepi yang enak n sedap2 belaka yang mudah untuk diikuti dan bila di buat tak pernah menghampakan senang cakap memang terbaikkkk lah..Kalau nak tau keenakkan kuih bakar daging ini kawan2 cubalah buat..tak rugi tau..cuma saya belum ada acuan kuih bakar bunga pecah lima tu..jadi saya bakar di dalam acuan@loyang kek size 6 inci satu yang empat segi satu yang bulat..dan saya letakkan 1/4 adunan dalam setiap loyang..bila dah siap yang pertama tu memang tak sabar2 nak makan panas2..sedap weiii lepas nie saya akan buat lagi..untuk resepi asal boleh la ke blog Kak Jee DISINI n sini. Saya mohon copy paste ajer resepi asal kak jee di sini ekk..terima kasih sekali lagi buat kak jee..n love u soo much...
Jom kawan2 kita lihat resepi di bawah:
KUIH BAKAR DAGING
SUMBER : Fauziah Samad @ Kak Jee
BAHAN2NYA:
250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin
CARA MEMBUATNYA:
Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.
Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus. Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.
Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Tuesday, December 31, 2013
Monday, December 30, 2013
Ikan Salmon Masak Gulai Lada Hidup..
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC. sebenarnya sebelum tahun baru yang cuma tinggal sehari setengah jer lagi nie ada n3 masakan yang ringkas dan mudah nak saya kongsikan di sini..sekarang nie saya jarang2 memasak dan nak berblog lagi lah jarang..sibuk ajer kan selalu..mangalahkan pak menteri..ekekeke prasan la pulak saya nie ekk..
Saya masak lauk nie minggu lepas kot..kalau nak guna ikan2 lain pun boleh yer kawan2 nie bukan kes mengada2 guna ikan omputih tapi kebetulan minggu lepas akak saya milah dah jumpa salmon nie kat tesco alahai bila ada sale tu kan murah sikit kalau x mau rega dia dapat yang murah so apa lagi bahagian ekor2nya bila di fikir2 nak masak apa yang sesuai selain di grill seperti yang selalu di buat oleh kebanyakkan orang..pada mulanya saya nak masak kari letak yogurt gitu tapi bahan nak mengkari tak cukup so saya cuba ler masak style orang melayu masak gulai lada hidup..orang kata kalau kita tak cuba tak tau kan..hasilnya tak menghampakan sedap juga..sebab rasa masam2 gulai nie ngam gan ikan salmon makan lak gan nasi panas2 memang kalau mak mertua lalu belakang x nampak la orang kata..hehehe mana der mak mertua ngada2 jer kan saya, in d making pun lum lagi u..Ok lah saya stop citer merapu nie dulu jom la kita tengok resepi mudah di bawah..
Ikan Salmon Masak Gulai Lada Hidup
Bahan-Bahan
3-4 ketul ekor dan isi ikan salmon (boleh guna ikan2 lain juga)
5 batang cili merah hidup
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci belacan
1 helai daun kunyit
1 batang serai di titik / memarkan
2 cawan jus asam jawa sederhana pekat
3 cawan air
sedikit garam dan gula sebagai perisa.
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Blenderkan cili hidup bersama, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan hingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bahan2 yang diblender halus tadi dan serai yang dititik hingga naik minyak dan berbau harum. Masukkan jus asam jawa dan air. Masak hingga kuah mendidih baru di masukkan ikan salmon dan daun kunyit yang disiatkan sedikit. Bila ikan dah masak masukkan sedikit garam dan gula gantikan serbuk perasa (kalau nak guna pun boleh juga).
3. Masakkan dengan api sederhana dan padamkan api..hidangkan dengan nasi panas.

Friday, December 27, 2013
Kek Pisang Bermayonis Kukus
Assalamualaikum...
Salam sejahtera salam Jumaat bersamaan 27 Disember 2013, apa kabar agaknya kawan2 semua dan pengunjung ZLC yang saya hormati..semoga kalian semua sentiasa sihat dan di bawah lindungan Allah hendaknya.. bagi diri saya alhamdulillah sihat seperti adanya, tapi terkejar2 juga saya bila hujung2 tahun begini banyak kerja2 yang perlu di uruskan samada yang urgent dan yang mana boleh di kemudian2kan tapi selagi tugas2 yang ada tak selesai, macam tak senang hati jugakan. Oklah kita hentikan cerita mengenai tugas pejabat yang melambak tu..hari ini saya nak kongsi dengan kawan2 semua satu resepi kek pisang kukus yang amat mudah nak membuatnya dan rasanya pun sedap sebab kek pisang ini lembut sangat..bagi yang tak gemar menggunakan telur memang sesuai sangatlah sebab saya gantikan penggunaan telur dengan mayonis..cuba tau kawan2 kalau nak tau rasanya yang sedap dan lembut tu macam mana..saya dah 2..3 kali juga buat masa stok pisang banyak tapi nama pisangnya pisang lemak manis kot yang kulitnya kaler hijau lembut dan boleh dimakan begitu sahaja..boleh juga gunakan pisang jenis2 lain juga untuk buat kek pisang ni asalkan dah masak serta boleh di lenyek.. jom kita semak resepi mudah di bawah..
Kek Pisang Bermayonis - Kukus
Bahan-Bahan:
2 cawang tepung gandum - di ayak
1 camca teh baking powder - di ayak bersama tepung
1 camca teh bicarbonate of soda - di ayak bersama tepung
1 cawan pisang - di lenyek halus
3/4 cawang gula kastor
1/2 cawan minyak jagung atau (minyak masak pun boleh)
1 cawan air
4 sudu makan mayonis
Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Blenderkan Pisang yang dilenyek bersama gula kastor, minyak jagung, air dan mayonis hingga halus.
3. Salinkan adunan yang diblender ke dalam mangkuk adunan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikacau rata (nak senang gunakan whisker@ pemukul telur) kalau adunan agak kental boleh tambahkan air sedikit lebih kurang 1/4 cawan dan di kacau rata serta sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau mangkuk yang bersesuaian yang boleh dikukus serta kukuskan selama 20 minit. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan.
Wednesday, December 18, 2013
Mee Goreng Mamak terasa mamaknyer..
Assalamualaikum..
Salam Rabu yang ceria untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi..apa agaknya yang sesuai untuk di makan pada waktu petang selain dari kueh muih dan goreng pisang yang boleh di beli kat warung hujung simpang tu ekk..apa kata saya cadangkan buat mee goreng mamak yang terasanya mamak..oppss ala rasa rempah kari sebenor2nya tau..yang saya maksudkan..hehehe..walaupun bahan yang saya guna agak terhad sebab xder stok taugeh dan sawi..saya gantikan pulak gan kobis tapi jadi gak..apa2 yang ada jer dalam fridge tu saya masukkan..dan rencahnya saya guna isi ayam, sotong gan fish cake, udang n other seafood pun boleh dimasukkan juga kalau ada..kita yang buat dia kan..ok jom kita tengok resepi mudah di bawah..saya guna mee kuning kering (dalam pack) yang saya celur dan toskan. boleh ubah pada Mee Kuning yer kawan2...
Mee Goreng ala Mamak...
Bahan-bahannya:
1 pek mee kuning (saya guna yang kering - so kena rebus hingga lembut dan toskan)
2 biji kentang - di potong dadu jgn kecil sgt dan direbus empuk serta toskan
(saya gaulkan kentang dengan 2 sudu makan tepung gandum renjiskan dengan sedikit air dan gaul rata serta gorengkan kentang sekejap)
(Jika suka boleh juga buat adunan jemput2 kembang dan potong2 masukkan dalam mee mamak)
sekeping dada ayam - di potong kecil
6 ekor sotong - di hiris gegelang
3 batang fish cake - dihiris
semangkuk kecil - hirisan kobis (kalau ada sawi dan togeh boleh masukkan)
2 biji tomato di potong baji (wedges)
1 senduk kecil - cili blender
1 labu bawang besar - di blender halus
4 ulas bawang putihg - di blender halus
2 sudu makan udang kering - di blender halus
3 sudu makan serbuk kari - bancuhkan dengan sedikit air jadi pes
>< 1/2 cawan air @ secukupnya sahaja sebab mee mamak perlu kering
4-5 sudu makan kicap lemak manis
4 sudu makan sos tomato
Sedikit gula dan
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Untuk Hiasan
Hirisan cili merah
Bawang Goreng
dan Limau Kasturi
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang di blender halus dan cili yang diblender. Bila bahan2 yang di tumis pecah minyak masukkan pula rempah kari, balikkan masukkan air dan bahan2 sos tomato, kicap dan sedikit gula.
2. Masukkan pula rencah hirisan ayam, sotong dan fish cake bila rencah dah empuk, masukkan pula mee yang telah ditoskan tadi. Balik2kan mee lepas tu masukkan kentang dan sayuran. Masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian rasanya dan akhir sekali masukkan tomato gaul sebentar dan padamkan api.
3. Hidangkan bersama limau kasturi, bawang goreng dan hirisan lada merah dan daun sup jika ada..

Wednesday, December 11, 2013
Pie Soft Custard & Nanas..
Assalamulaikum...
Apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi dan rindui selalu..fuhhhhh lama betul saya x bersiaran di alam maya kan..hampir 2 bulan..apa agaknya yang terjadi ek..ada saper2 nak nak tahu ke..wahhhh dah macam nak buat skrip drama pulak saya nie...hehehe anyway tak ada apa2 yang berlaku cuma semangat untuk ber-blog agak merundum dan kelaut.. Al-kisah yang nak diceritakan saya nie ketiadaan talian hayat berukband@broadband tak di sambung2 nyawanya jadi kena ler duduk diam2 ajer di rumah dan bila di pejabat ada ajer masalah tenet so pepaham la kan...bukan merajuk tau kawan2 cumanya ada ler sedikit permasalahan antara aku dia dan dia macam filem chenta hindustan jer tp (tak der adengan bekejaran di bukit2 gunung nyanyi sambil pelok pokok macam filem an evening in paris xder tau..hehehe)...cewahhhh apa lah yang saya merepek hari nie, kata akak cc saya ni banyak sangat tengok citer lawak p.ramlee betul gak tu...hikhikhik...
Panjang ler pulak intro saya petang nie ekk x mau serabutkan fikiran kawan2 yang baca citer saya yang dah lama menghilang so teruslah kita ke Resepi Pie yang rapuh dan lemak2 masin dan berintikan custard yang sangat lembut ini saya gandingkan dengan nanas..tapi kalau nak mudah kawan2 boleh gak gantikan nanas yang di buat sendiri masak ala2 caramel yang x brapa menjadi nie (tp tetap sedap..ada saya kesah) dengan gegelang nanas dalam tin yang boleh di potong empat atau juga hirisan buah peach dalam tin. walaupun rupanya x brapa nak chantek tapi sedapppp tau pie nie kawan2..jom skodeng resepi saya di bawah.
Pie Soft Custard & Nanas
Bahan-Bahan :
Untuk Kulit Pie
250 gram butter
500 gram tepung gandum - di ayak
1 biji kuning telur
air ais 1/2 cawan + sedikit garam
Untuk Inti Soft Custard:
300 ml susu cair
400 ml air
5 sudu makan tepung custard
5 sudu makan gula
Untuk Nanas - Caramel
1/2 biji nanas di potong kecil
3 sudu butter
4 sudu gula
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan 1/4 cawan air.
(Kalau nak mudah gantikan dengan gegelang nanas dalam tin atau hirisan buah peach dalam tin)
Sedikit ceri merah dipotong dadu
Cara:
1. Mula2 buat nanas caramel - Panaskan butter dalam periuk, bila butter dah cair masukkan gula dan kacau sedikit masukkan pula nanas balik2kan sehingga nanas agak lembut, nanas akan keluarkan air so untuk pekatkan sedikit masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan boleh di padamkan api, ketepikan untuk diguna kemudian. (next time saya akan guna slice peach or pineapple x leceh)
2. Sediakan kulit pie pula, (kulit pie boleh di sediakan lebih awal dan di simpan dalam bekas kedap udara) Masukkan tepung gandum yang diayak ke dalam mangkuk, masukkan pula butter dan gaulkan seperti kita buat bread crumb, bila adunan dah jadi seperti bread crumb masukkan telur kuning yang dipukul sedikit dan uli adunan pie dengan masukkan air ais yang di campur dengan sedikit garam, uli hingga menjadi doh yang lembut dan bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian jika anda gunakan acuan pie berukuran 6 atau 7 inci terpulang masing2 ok.
3. Ambil 1 bahagian doh dan torakkan, masukkan ke dalam acuan dan ratakan sehingga menutupi kesemua keliling acuan, bahagian tepinya tekan rata dan rapikan. Cucuk dengan garfu pada dasar pastri dan boleh di bakar dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit atau sehingga kulit pie masak.
4. Untuk sediakan soft custard, masukkan susu cair, air, gula dan tepung custard yang di bancuh dengan sedikit air ke dalam periuk, masak dengan api yang kecil dan kacau selalu sehingga custard masak elok. Sejukkan sedikit sebelum di letak dalam kulit pie.
5. Untuk sediakan pie, masukkan inti custard lembut dalam kulit pie dan susunkan nanas caramel di atasnya, atau boleh juga di susun dengan gegelang nenas dalam tin atau buah peach serta taburkan dengan sedikit ceri merah yang di potong dadu kecil. Sedia dihidangkan..