Sunday, September 14, 2014

Butter Prawn--->Pujaan Hatiku???

Assalamualaikum...

Salam Ahad untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC..apakhabar semuanya dan selamat bercuti hujung minggu dan bagi warga sekolah cuti seminggu nie mesti ramai yang balik kampung atau berjalan2 cuti2 Malaysia..kan.  Saya gak yang bekerja sebab pejabat sekolah tetap beroperasi kerana yang bercuti hanya guru-guru dan murid2..so jangan nak jeles sangat ek..miss J.. u senyap2 wat keje sambil menghirup ketenangan (ops ada ke hirup ketenangan kalau hirup Nescafe ke best ler)sebab cuti sekolah senyap sunyi jer..x bising macam hari sekolah biasa..

Untuk mereka yang bercuti2 Malaysia tu macam kakak i di KL tu yang sedang bawa simontel Ika di Marina Resort di PD..selamat ler bersantai2 picnic ek..ayat orang jeleslah ni..huhuhu..okehh tak mau cerita panjang2 sementara ada kesempatan dan boleh update blog hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang ramai orang membuatnya tetapi oleh kerana saya baru berjaya?? (slalu buat x menjadi malu nak mengaku..hihihi) yerlah kot berjaya gak lah tu membuat butter prawn yang sangat diminati dan menjadi pujaan hati oleh anak buah saya Aina Arissa, Sara Shahira, Said n saya sendiri..opps..Ikin pun mesti suka kalau dia ada tapi masa saya masak semalam Ikin x ada so next time boleh di masak lagi n ajak Ikin makan butter prawn nie ek cayang.. Oleh kerana semalam saya ada uploadkan gambar di FB dan atas permintaan rakan2 Miss Nana n Esther Chen hari nie saya tunaikan permintaan mereka untuk tulis resepinya ok..jangan x cuba tau kawan2 sedappp...resepinya hasil saya menjaring di cik google dan guna pakai..so the credit goes utk sape2 jer yang punya resepi sama nie ekk..


Butter Prawn

Bahan-Bahan

Udang size besar 8 ekor (boleh lebihkan) - Bersihkan dan buangkan hujung kepada sedikit dan hujung ekornya yang tajam..setelah bersihkan udang perap sebentar dengan sedikit garam dan secubit lada sulah..

Bahan untuk Serbuk Telur Mentega
2 kuning telur sahaja
sedikit serbuk kuning - (yang ini x payah pun tak apa)
1/2 cawan minyak masak
50 gram butter

Bahan lain-lain
6 ulas bawang putih - dicincang
6-7 biji cili padi - dicincang (jika ingin pedas lagi boleh tambah)
3 tangkai daun kari
5 sudu makan susu cair (kalau nak lebihkan pun boleh)
sedikit serbuk pati ayam
dan sedikit minyak untuk menumis dalam 3 sudu makan.

Cara:

1. Mula-mula sediakan serbuk telur mentega - kuning telur dipukul sedikit bersama secubit serbuk kunyit, Panaskan minyak dan mentega dalam kuali yang besar jangan guna kuali leper sebab proses mengoreng ini akan berbuih banyak..bila minyak dan mentega dah panas sebelah tangan pegang senduk lauk yang bulat kacau minyak  butter dan sebelah lagi pegang mangkuk telur kuning tadi agak tinggi dalam 12 inci tuangkan pelahan2 sambil tangan terus mengacau laju guna senduk bulat.
2. Bila semua telur kuning dah di masukkan dan dikacau tanpa henti hingga bertukar warna keperangan. bolehlah angkat dan letakkan dalam tapisan besi (toskan biar semua minyaknya turun)
ketepikan dahulu.
3. Udang yang diperap tadi goreng sebentar dalam minyak  masak tak perlu terlalu lama nanti isi udang akan jadi keras. Angkat dan toskan udang.
4. Untuk menumis pula masukkan sedikit minyak dalam kuali lain bila minyak dah panas masukkan bawang putih yang dicincang bersama cili padi cincang dan daun kari, tumis sehingga berbau harum dan bawang agak perang masukkan pula susu cair dan serbuk pati ayam sedikit. gaul rata saya tak masukkan garam sebab serbuk perasa dan butter dah terasa masin.
5. Masukkan Udang yang di goreng tadi dan balik2 kan sebentar. Bila dah bergaul rata boleh di hidangkan dalam pinggan dan taburkan dengan serbuk telur mentega..  Boleh dimakan dengan nasi panas2 atau di ratah begitu sahaja...sedappp.




4 comments:

  1. Terima kasih Siti, resipi butter prawn tulis dgn begitu jelas dan teliti. Sedap-p-p.p! Mesti nak cuba masak dlm minggu ni...yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...cuba tau Esther..mmg sebab butter prawn ni...

      Delete
  2. Wah. Dah lama xbuat ni. Boleh try nanti. Thanks for the recipe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dpt min butter prawn mmg sedap Adda syuhada. Thnx singah blog akak..

      Delete