Monday, September 22, 2014

Sloppy Joe ~~ style saya..

Assalamualaikum n selamat petang semua..hari isnin yang cerah dan ceria walaupun kerja tengah banyak.. Saya xnak serabut2 kan pemikiran, setelah 3 hari bercuti dan sebelumnya ke bengkel kerja..sebenarnya mengadap kerja2 online adakalanya stress jugak tau kawan2 tapi dapat bercuti di umah kakak saya Che Ni di penghujung Muar tu dapat jugalah me~release~kan tension.. tapi almaklum bila masuk ke kawasan yang bukan jajahan takluk maxis maka line internet tak dapat dilayari..boring la juga..tapi tak kisah la kan bukannya saya nak berchating atau berwhatapps gan boipren pun.. hihihi ada ahkak kisah.. Jadinya tadi pagi2 lagi selepas subuh bertolak dari tempat peranginan@rumah cik ni saya terus ke pejabat dan back to reality n normal rutin..keje..keje..keje..so dah siap2 keje semua time untuk menjengah ke blog pulak..

Hari ini nak kongsikan sejenis hidangan yang simple tapi agak mengenyangkan juga sebab ada roti dan daging cuma sayurannya jer yang tak cukup bahan..sebab masa membuatnya saya tak ada daun salad..sloppy joe yang merupakan hidangan burger yang dikapit gan masakan daging yang dimasak agak berkuah pekat. Kalau nak tengok versi yang dimasak oleh orang putih atau mat saleh boleh la cari di google yer kawan2.. saya buat ala2 tekak orang melayu nak makan dengan rasa pedas masam2 manisnya...minggu lepas saya buat untuk minum petang, jom la kita tengok bahan2 di bawah ok..

Sloppy Joe ~~Mak J~~

Bahan-Bahan:

Bun burger atau (nak guna dinner roll pun boleh) secukupnya
Timun dan daun salad secukupnya (daun salad xder)
Butter untuk sapu atas roti

Bahan Inti
3 keping daging burger (dicincang) saya guna jenama ramly
2 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - dicincang
2 biji tomato segar - diptong dadu
2 sudu makan cili blender
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
sedikit serbuk pati ayam
sedikit serbuk lada hitam  (jika nak lebih pedas)
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air >< 1/2 cawan.

Cara:
1.  Mula-mula sediakan kuah daging, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih cincang dan bawang besar dadu hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan cili blender tumiskan sehingga terbit minyak dan masukkan pula sedikit gula atau gula perang (untuk balance kan rasa masam manis) tak perlu banyak sangat. masukkan juga sos cili, sos tiram dan sedikit air.
3. Setelah kuah agak pekat dan mula mendidih masukkan daging burger yang dicincang serta tomato segar yang di dadu. Masak sehingga daging burger masak dan akhir sekali masukkan pula sedikit garam, serbuk pati ayam dan lada hitam jika nak pedas (saya tak masuk serbuk lada hitam nanti Aina tak boleh makan sebab pedas).
4. Bila dah memekat dan masak elok bolehlah ditutupkan api dan salin dalam mangkuk.
5. Untuk sediakan roti, potong roti jangan putus di tengah dan sapukan dengan butter, bakar sebentar dalam non stick pan dan untuk menghidang letakkan sloppy joe @ daging burger masak berkuah tomato pekat kita tadi secukupnya dalam roti dan bolehlah dihiaskan dengan timun dan daun salad..

~Selamat mencuba yer kawan2 sesekali makan macam mat saleh sedap jugak tapi Aina tak makan pun yang ada daging sebab dia kata takut pedas..makan roti burger bakar jer dia..




No comments:

Post a Comment