Tuesday, December 23, 2014

Selamat Tinggal Memori 2014...


Assalamualaikum dan salam Selasa untuk semua...apa kabar kawan2 harap semuanya sihat2 dan ceria dalam menjalani rutin seharian.  Dah tak berapa lama lagi kita akan masuk ke tahun baru 2015 kan..lebih kurang tinggal seminggu -7 hari aje berakhirlah episode 2014 yang penuh dengan pelbagai peristiwa suka duka yang mewarnai kehidupan setiap insan di muka bumi ini.  Saya pasti sepanjang tahun 2014 ramai yang telah berjaya dalam kehidupan masing2kan.  Mana yang dapat anak gembira dengan kehadiran orang baru.  Mana yang berkahwin terasa lebih indah dan sempurna dalam menjalani kehidupan bersama pasangan masing2. Mana yang naik pangkat tu tentu senyum ceria hingga ke telingga sebab pendapatan bertambah, Bagi abang2 yang ingin membuka cawangan baru kesian2kanlah akak2 dan anak2 dirumah tu..opps ada ker.. macam tu, mana yang berazam itu dan ini juga tentu ada yang telah mencapai target atau KPI masing-masing..kalau ada yang belum terlaksana tu pasti akan meneruskan azamnya pada tahun hadapan.

Tak kurang juga yang mengalami kesedihan dan ujian atau musibah seperti kehilangan orang yang dikasihi macam kakak saya kehilangan suami yang kembali ke sang pencipta pada Oktober lalu. Ada juga yang ditimpa musibah seperti banjir yang berlaku baru2 ini di beberapa negeri, juga mungkin ujian2 yang Allah berikan seperti sakit bagi melihat sejauh mana kesabaran kita atas segala ujian Allah disamping perlu muhasabah diri dan menganggapnya sebagai kifarah di atas dosa-dosa dan kekhilafan serta kelalaian kita.  Allah memberi ujian juga menandakan kasih sayangnya pada kita dan tahu kita mampu untuk menghadapinya.  Oleh yang demikian kita haruslah banyak bersyukur, banyak bersabar dan lebih mendekatkan diri kita padaNya..

Dalam tempoh setahun kita lalui ini juga saya percaya banyak pengalaman yang kita lalui yang dapat menjadikan diri kita lebih kuat dan yakin untuk meneruskan kehidupan yang tidak pernah lekang dari pelbagai rencah kehidupan, Mudah2an tahun baru yang bakal hadir tak lama lagi ini kita semua dapat melangkah dengan keazaman dan memperolehi kejayaan dalam setiap yang kita lakukan baik untuk diri kita sendiri, keluarga atau juga masyarakat.

Saya akhiri catatan ringkas ini dengan ucapan selamat menyambut tahun baru semoga segala apa yang kita lakukan mendapat petunjuk, hidayah dan rahmat dari Allah Subhanawataala..Aminn..salam sayang dari saya Zalekha Ismail..teman bicara alam maya anda...


No comments:

Post a Comment