Monday, December 22, 2014

Tahu Goreng Celup Tepung & Cekodok Kelapa Bilis memang ngam with Sambal Kicap Cili Api..

Assalamualaikum...Salam petang Isnin buat semua..dah minum petang lum..petang2 macam nie sambil duduk atas pangkin atau ambin tepi rumah menghirup udara segar angin sepoi2 bahasa dengan pemandangan sawah padi yang menghijau saujana mata memandang...memang menyeronokkan. Lebih2 lagi dapat menghirup secawan kopi 'O' panas sambil makan cekodok kelapa bilis dan tahu goreng celup dicicah pula dengan sambal kicap cili api yang kaw...ohhh heaven...makkk aiiiiii verangan nyerrrr cik leha duduk di tepi bendang yer...hentikanlah anganan mu itu wahai ahkak montel.  Sebab sekarang tengah mengadap pc dan timbunan file2 dan kertas yang perlu di prints n ada gak kerja2 untuk menjilid buku pengurusan ....muahahaha. So cerita imaginasi suasana nyaman di tepi rumah yang ada bendang di atas kena dihentikan sementara nak merehatkan minda dan jari jemariku ini..moh ler kita tengok resepi yang mudah dan ringkas sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi.  Ada juga yang pelik kerana saya sempat bersarapan cekodok di pejabat..jawapannya hari2 cuti sekolah kantin tutup so buatlah sarapan yang ringkas tapi mengenyangkan ek kawan2..resepi mudah ini untuk adik2 yang nak belajar buat cekodok kelapa tu sangat sesuai tapi untuk akak2 atau yang lebih senior tentu lebih expert dari saya..kannn,,jom layannn..

Tahu Goreng Celup Tepung

Bahan-Bahan

4 keping - tahu lembut dipotong 5 setiap satu
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
secubit lada sulah serbuk
secubit serbuk kunyit
sedikit garam
Air secukupnya - untuk membacuh adunan tepung.
Sesudu makan minyak panas  (untuk masukkan ke dalam adunan tepung goreng
Minyak masak untuk menggoreng tahu.

Cara:

1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam, lada sulah dan serbuk kunyit dalam mangkuk masukkan air agak2 sikit dahulu supaya adunan tidak terlalu cair. Adun rata dan tidak bergentel. Bila dah buat bancuhan tepung yang tidak terlalu pekat atau cair macam adunan goreng pisang, masukkan sesudu minyak masak yang panas, gaul rata - tujuan masukkan minyak masak panas supaya gorengan tahu kita jadi garing,
2. Panaskan minyak untuk goreng terendam tahu, celupkan tahu yang dipotong ke dalam adunan tepung, gorengkan tahu sehingga keperangan dan toskan. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama sambal kicap cili api atau sos pilihan anda.


Cekodok Kelapa Ikan Bilis

Bahan-Bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 labu bawang besar  - dipotong dadu
segemgam ikan bilis - tumbuk halus
sedikit garam
2 cawang air (secukupnya adunan jangan cair sangat ok)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:

1. Masukkan tepung dan kelapa parut putih dalam mangkuk bersama bawang yang di dadu, bilik tumbuk dan sedikit garam. Bancuhkan dengan air sehingga rata dan tidak bergentil..
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan sesudu adunan cekodok sekali mengoreng jangan banyak2 cukup sekadar 8-10 keping. Gorengkan cekodok sehingga kuning keemasan dan toskan bila dah masak.  Hidangkan bersama sambal kicap cili api atau sos pilihan anda...best..cubalahhh..


Sambal Kicap Cili Padi

Bahan-Bahan

Semangkuk cili api hijau (kalau nak pedas boleh campur dengan yang cili api kg n merah)
(mangkuk tafufa)
4-5 ulas bawang putih
gula secukup rasa (+- 5 sudu makan) kalau suka pedas kurangkan
kicap lemak manis (secukupnya 3/4 cawan pun boleh)
minyak untuk goreng cili api dan bawang.

Cara:

Cili padi/api di goreng bersama bawang putih hingga layu aje tak payah sampai meletop2..(haha bahaya masa goreng hati2 tau) angkat dan toskan.
Masukkan cili api dan bawang bersama kicap dan gula dalam blender, kisar tapi jangan sampai halus sangat gunakan pulse tekan kejap2 supaya tak berapa halus..kasar sikit. Cili api nie tahan disimpan lama dalam peti sejuk. sebab tak guna air pun. Kalau orang yang suka rasa masam2 sikit bila nak makan boleh campur kan dengan sedikit perahan limau kasturi. Sesuai untuk makan goreng pisang, keledek, cekodok, tahu, tempe dan sebagainya..peberet orang Johor..wongjowo punya resepi...best..lebih pedas lebih terangkat..hihi.

(gambor sambal kicap cili api lupa nak snap okeh..)

berangan minum tepi sawah tapi ada muffin pulak ek..hahaha

No comments:

Post a Comment