Tuesday, December 23, 2014

Upma Rava@Suji

Bertemu sekali lagi petang selasa ini saya nak masukkan entry yang ringkas aje kali ini masakan yang berasal dari India Selatan kalau tak silapnya..sebenarnya saya pernah makan upma rava @ suji ini di sebuah restoran di Johor Bahru..pada tekak saya yang semangnya boleh menerima makanan antarabangsa..cewah2 banyak lerr antarabangsanya ek..sedap dan sesuai di makan di waktu pagi untuk sarapan, makanan ini juga agak mengenyangkan tau kawan2 macam padat gitu..Setelah meng-google resepinya di internet saya tertarik pada upma rava yang di buat oleh mamak haji seorang pengusaha makanan dan catering di Pulau Mutiara..beliau juga terkenal di alam FB dengan resepi2 mamak dan nasi kandar..so credit to mamak haji tqsm for the recipe saya dah cuba dan menjadi..sesiapa yang teringin nak membuatnya sila2 lah yer..cumanya saya tak ada buah janggus..@kacang gajus untuk dimasukkan ke dalam upma rava ini..jom kita tengok bahan2 yang diperlukan..




Upma Rava@Suji

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung suji @ semolina
4 cawan air
2 labu bawang besar - di dadu halus
1 inci halia - di cincang
3 batang lada hijau dihiris
1 sudu makan - halba tumis (campuran halba, biji sawi, jintan putih/halus -beli di kedai india)
2 tangkai - daun kari
2 sudu makan gula
garam secukup rasa
sedikit minyak masak atau minyak sapi untuk menumis
2 sudu makan butter - (yang ini saya saja masukkan dalam resepi tak ada)

Cara:
1. Tepung Suji @ Semolina di sangai dalam kuali dengan api kecil selama 5 minit angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan campuran halba tumiskan sehingga ia meletop, masukkan pula bawang besar yang didadu. Tumikan agak layu dan berbau harum sahaja, masukkan juga halia cincang dan cili hijau hiris serta daun kari.
3. Tumiskan bahan2 ini sebentar tak perlu garing, terus masukkan air berserta gula dan garam.  Bila air dah mendidih masukkan suji sedikit demi sedikit anggaran 2 sudu hinggalah habis.
4. Kacau sehingga rata dan tidak bergentel dan masakan ini memekat, masukkan pula butter dalam dua sudu makan balik2kan sehingga tidak melekat dikuali dan angkat serta sedia untuk dihidang.

ini lah rupa halba campuran ..sesuai juga untuk tumis kari ikan.

2 comments:

  1. salam singgah .. unik masakan ni .. dari selatan india pulak .. makan macam tu je ke .. .. kalau dah sejuk ia tak keras ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah ke blog akak..aah sesuai makan gitu aje..dia lembut dan tahan sampai ke petang..x mudah basi masakan macam nie..

      Delete