Thursday, January 29, 2015

Asam Pedas Ikan Siakap...

Salam Khamis buat semua pengunjung ZLC...hari ini nak muatkan entry ringkas lauk kegemaran orang2 Johor..kalau kat negeri Johor ini boleh dikatakan kalau dalam seminggu ada yang masak asam pedas lebih dari 3 kali atau selang sehari..macam tak jemukan makan asam pedas..oleh kerana banyak versi asam pedas dan pelbagai daun2 herba yang di masukkan seperti daun kesum, bunga kantan ada juga yang letak daun limau purut untuk bangkitkan rasa asam pedas.  So asam pedas yang saya masak kali ini saya masukkan daun limau purut dan serai untuk membangkitkan aroma dan rasanya  memang sedap..boleh juga gunakan ikan lain selain siakap..jom semak resepi yang dah banyak kali juga dimasukkan di blog ini..

 Asam Pedas Siakap 

Bahan-Bahan:
Seekor ikan siakap yang dibasuh bersih - potong 4 (boleh juga guna ikan lain)
3 senduk nasi penuh lada yang diblender halus *(lada kering - direbus kemudian diblender)
10 ulas bawang merah - diblender halus*
3 ulas bawang putih diblender halus*
1 inci kunyi hidup - diblender halus*
1 inci halia - diblender halus*
11/2 inci belacan - diblender halus*
1 1/2 cawan jus asam jawa
air secukupnya lebih kurang 3 cawan
4 helai daun limau purut
2 batang serai - dititik/memarkan
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumiskan serai sebentar dan masukkan bahan2 bertanda* yang telah dikisar halus hingga naik minyak dan agak garing.  Kacau selalu agar tidak berkerak.
2. Bila bahan2 yang ditumis naik minyak masukkan air asam jawa dan air, biarkan hingga kuah agak mendidih masukkan ikan dan daun limau purut.
3. Masak dengan api yang sederhana hingga ikan masak dan perisakan dengan sedikit garam dan gula. rasakan keseimbangan masam masin asam pedas ini.   Hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk lain atau sayuran pilihan anda.





Wednesday, January 28, 2015

Bubur Pulut Hitam..

Satu lagi entry tertunggak pada hari ini..resepi mudah untuk minum petang.  Bubur pulut hitam sangat senonim dengan masyarakat melayu,.. cina dan  baba nyonya juga menyukai bubur pulut hitam ini.  Cara penyediaannya agakmudah dan bahan2 asasnya kita cuma perlu ada Pulut Hitam, santan serta gula dan daun pandan sebagai pembangkit bau..emmm enak dapat makan semangkuk bubur pulut hitam di petang hari bersama secawan kopi..heaven hahaha dah teringat nak buat bubur pulut hitam la pulak saya nie.. saya penah juga masukkan resepi yang sama DISINI so saya copy paste ajer lah yer..Jom pulut hitam kita..cuma kelainannya kali ini saya gunakan susu cair mengantikan santan dan ada juga orang buat bubur pulut hitam letakkan dressing santan pekat yang di campur sedikit garam di atasnya .  Almaklum semenjak dua menjak x berapa nak makan bersantan kununnnnnya tu so xder lah dressing2 bagai ek..hihihi..tp masih sedap tau rasa nya kawan2..

Bubur Pulut Hitam
 
Bahan2:
2 cawan Beras Pulut Hitam - dicuci dan direndam dalam setengah jam
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 liter air
500 ml santan (saya gantikan dengan 1 1/2 cawan susu cair)
3 helai daun pandan

Cara:
1. Rebuskan beras pulut hitam hingga agak lembut - untuk menjimatkan masa merebus seperti yang selalu saya lakukan bila hendak memasak bubur pulut hitam adalah dengan cara saya akan rebuskan pulut hitam dengan air hingga mendidih dan biarkan dalam 10 minit baru dipadamkan api (pulut hitam akan lebih cepat mengembang didalam air panas) ini boleh dibuat terlebih awal pada waktu tengah hari dan bila nak siapkan diwaktu petang hanya perlu merebus pulut x sampai setengah jam.
2.  Pasangkan semula api untuk merebus pulut hitam bila dah mendidih masukkan kedua2 jenis gula dan daun pandan yang telah di simpul.  Bila gula telah larut masukkan santan/susu cair dan dikacau sekali sekala biarkan api kecil dan dalam 20 hingga 25 minit bubur telah masak lembut dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.



Beehoon Sup mudah dan ringkas..


Sekejap masa berlalu kan kawan2 pejam celik dah nak berakhir bulan 1 dah nak masuk ke bulan 2 dalam kalender tahun 2015 ini ek..dengan keje2 yang sentiasa banyak dan cabaran keje yang hampir keseluruhannya perlu menggunakan talian hayat..oppsss mana lak talian hayat talian internet adakalanya mencabar kesabaran kita lebih2 lagi bila benda2 online yang nak dibuat asyiklah melalui pelbagai pending n error geramkan..saborrrr jer lah ekk.. tp nak buat macam mana dah tuntutan kerja so buatlah aje..yang penting siap..ok kita hilangkan mood geram hari ini akak nak kongsikan resepi Beehoon sup yang sangat ringkas dan sedap dimakan bersama sambal kicap cili padi bagi mereka2 yang tak suka makan nasi sesuaiiii sangatlah resepi ini. Rasa lobak asin yang digandingkan dengan daging memang gandingan yang sedap sebab tu kalau kita makan sup atau sup yong taufoo mesti ada rasa lobak asinkan..cer try tau kawan2 kalau nak tau rasanya macam mana ...ni kira resepi tertunggak yang dimasak bila ek dh lupa lah tahun lepas kot..hihihi..jom semak resepi..

Beehoon Sup Simple...

Bahan-Bahan;

1/2 peket meehoon - 200gram di rendam 2-3 jam untuk lembutkan
200 gram daging lembu yang telah direbus hingga lembut - dihiris
1 batang karet - dihiris batang mancis kasar
1 mangkuk kobis yang dihiris  (boleh juga guna sayur sawi atau lain2 sayuran yang disukai)
1 labu bawang besar - di hiris halus
5 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia- dicincang/hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada sulah
3 sudu makan lobak asin halus (beli yang dah siap halus)
1 kiub pati ayam / daging maggie
Air ikut banyaknya kuah sup yang kita nak (kalau ada air stok daging boleh gunakan) kalau x guna air biasa aje
garam secukup rasa.
sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Sampingan:
Sambal Kicap cili Padi secukupnya
Bawang Goreng

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumiskan bawang putih cincang masukkan pula bawang merah yang dimayang halus berserta halia, masukkan daging yang direbus bersama air (jika ada air stok daging boleh gunakan. Masukkan kan sekali kiub pati ayam atau pati daging serta lobak asin dan serbuk lada sulah.
2. Bila kuah sup dah mendidih masukkan pula beehoon yang direndam dan ditoskan airnya. masukkan sekali karet dan sayuran lain. Masak hingga beehoon agak lembut dan bila dah masak bolehlah dihidangkan dengan taburkan bawang goreng serta daun sup hiris (saya tak ada daun sup masa masak tu) berserta sambal kicap cili padi.





Tuesday, January 27, 2015

Potato Cheese Ball @ Bebola Kentang Berkeju


Assalamualaikum n salam selasa buat semua pengunjung ZLC..apa kabar kawan2 semuanya,saya macam biasa aje..alhamdulillah sihat seadanya..tengah hari macam nie tentu ada yang dah lunch...saya masih terfikir2 apa yang nak di makan hari ini macam lapor la pulak..huhu..oklah sementara nak tunggu waktu makan jom ler kita ke resepi ringkas yang saya buat pada hari sabtu lepas..

Bebola Kentang Berkeju

Bahan-Bahan:

5 biji kentang - direbus hingga empuk dan lembut
Tepung gandum secukupnya - jangan banyak sangat nanti lebih rasa tepung
Sedikit lada sulah dan garam halus secukupnya.
Serbuk pati ayam pasti sedap atau perisa jika suka
Keju Cheddar yang di potong dadu secukupnya
2 biji telur - pukul manja
Breadcrumbs secukupnya
dan Minyak Masak untuk mengoreng.

Cara:

1.Lecek kentang yang direbus hingga halus campurkan dengan lada sulah dan garam serta serbuk pati ayam dan gaul rata masukkan tepung sedikit demi sedikit jangan banyak sangat sekadar boleh kepal jadikan bebola yang lembut sahaja.
2.Ambil sekepal kecil anggaran guli atau bola pingpong kecil dan leperkan adunan kentang. masukkan keju dadu dan tutup serta bentukkan bulat. Buat hingga habis kentang dan keju.
3. Celupkan bebola kentang ke dalam telur yang dipukul kemudian golekkan pula dalam breadcrumb. Goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Hidangkan Panas bersama sos pilihan anda.


Monday, January 26, 2015

Sup Cendawan Segar..home made

Assalamualaikum dan salam Isnin buat semua.. pagi ini nak kongsi sarapan ala2 omputih kat sini...yer ke omputih makan sup cendawan pepagi hari..xkisahlah dimakan bila2 pun kan..yang pentingnya bagi pengemar2 sup cendawan a.k.a mushroom soup ala2 pizza hut tu boleh ler cuba buat sendiri selain ianya lebih sedap dari yang dibeli opss cewah puji diri sendiri nampak ahkak.. jimat bila masak sendiri dapat banyak dan puas makan jika anak2 ramai ler..bagi orang yang x berapa nak suka makan sup cendawan macam nie next time saya masukkan entry sup jagung pulak ek..tunggu ler bila saya memasak nnti ek..berhajat nak buatnya dah lama tp asik la penyakit M nyer menebal..kikiki..okeh xmo celoteh lebih panjang coz banyak lg kerja yang perlu di bereskan..jom kita semak resepi mudah ini yang telah di baik pulih dari resepi2 yang lalu untuk dapatkan hasil yang lebih baik..

Sup Cendawan Segar

Bahan-Bahan:

500 ml susu segar
1 1/2 liter air
6 kuntum cendawan shitake segara - dihiris
1 labu bawang besar - di potong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 camca teh serbuk lada hitam kasar
1 1/2 kiub ayam (maggie/knorr ) mana-mana boleh
1/4 cawan tepung gandum - dibancuh dengan air utk pemekat sup
garam sedikit sahaja (dah ada kiub ayam takut masin nanti)
sedikit minyak masak/ minyak jagung untuk menumis

Cara:

1. Mula2 panaskan minyak dalam kuali/periuk tumiskan bawang putih, bawang besar dadu hingga layu dan berbau harum masukkan pula cendawan shitake segar dan serbuk lada hitam kasar. tumis sebentar sahaja tak perlu lama. padamkan api dan sejukkan sebentar. Masukkan bahan2 yang ditumis ini ke dalam blender dan kisar halus.
2. Langkah seterusnya didihkan air dalam periuk masukkan bahan2 yang ditumis tadi bersama kiub ayam. Bila dan mendidih masukkan pula susu segar dan kacau kan selalu masukkan pula tepung gandum yang dibancuh bersama sedikit air tadi sebagai pemekat. Masukkan pula sedikit garam dan rasakan kesesuaian rasa masinnya. Bila dah masak padamkan api dan hidangkan bersama Garlic Bread atau roti yang di panggang di sapu butter.  Sedap cuba tau kawan2..




Sunday, January 25, 2015

Kuih Sagu Kelapa @ Sagu Pancawarna

Salam sekali lagi bersiaran di petang ahad ini cuma nak masukkan entry mudah, kueh orang zaman dulu2 iaitu kuih sagu kelapa, kalau zaman saya sekolah menengah dulu resepi ini di panggil sagu pancawarna atau ada juga yang memanggilnya sebagai kuih bronok.. Mana2 pun boleh lah nak gelar kuih sagu mata ikan pun boleh gak..macam2 jugak yer nama dia nie.  Jom kita semak resepi yang sangat mudah ini sesuai untuk minum petang atau bila2 aje nak di makan.


Kuih Sagu Kelapa

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan biji sagu - di cuci dan toskan airnya
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
beberapa titis esen merah (pewarna makanan)
2 helai daun pandan
Kelapa parut putih - secukupnya di gaul dengan sedikit garam dan kukuskan sebentar.

Cara:

1. Didihkan air dalam periuk, masukkan gula pasir dan daun pandan. Bila gula dah larut masukkan pula biji sagu dan titiskan esen merah secukupnya. Kacau kan sehingga sagu agak jernih kacau lebih kurang 10 minit lagi.
2. Masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk baru di potong atau sudukan dan golekkan dalam kelapa parut putih yang telah digaul bersama sedikit garam. Susun dalam piring dan hidangkan.



Popia Jejari Ketam & Cendawan Shitake

Assalamualaikum dan salam Ahad untuk semua..dah minum petang ke belum kawan2.  Mesti ada yang memasak juadah istimewa di hujung minggu agaknya kan..bagi yg bekerja teruskanlah berbakti kepada majikan, masyarakat dan negara..bunyi macam orang jelesss ajer kan..muahahaha..ok lah x boleh nak jeles2 hari jumaat dan sabtu semalam dah puas berehat dan kenalah biasakan diri ekk.. sebenarnya tak ada idea nak cerita apa hari ini so teruslah ke resepi yang nak saya kongsikan yang dibuat tadi pagi sebelum ke pejabat.. Oleh kerana dah lama tak makan popia lebih2 lagi yang dibuat sendiri so pepagi lagi saya telah merajinkan diri buat popia jejari ketam dan shitake mushroom..bila buat sendiri rasa puas hati..xlah yang macam org jual tu inti dia dua tiga helai aje hihihi..xmo komplen nanti kesian kat peniaga2 tu yang buat ala penjimatan..bila nak makan sedap n puas hati kena lah buat sendiri.  Jom kita tengok resepi yang mudah dibawah ini..

Popia Jejari Ketam Bercendawan Shitake

Secukupnya Kulit Popia - saya guna kulit popia size kecil dan
lapik 2 helai sebab kulit popia agak nipis dan mudah koyak.

Bahan2 Untuk Inti:

5 batang jejari ketam - dihiris
1 batang karet - di hiris batang mancis
5 cendawan shitake segar - di potong 4 dan hiris nipis
1/2 labu bawang besar didadu halus
2 ulas bawang putih - dicincang
sedikit serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/4 cawan air
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

Panaskan Minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar yang didadu halus hingga layu dan berbau harum. Masukkan hirisan jejari ketam dan karet serta cendawan shitake segar. Balik2kan dan masukkan air sedikit sahaja perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada sulah. Masak sekejap sahaja tak perlu lama2 padamkan api dan sejukkan inti dahulu sebelum dibuat popia.

Cara untuk sediakan popia,

Ambil 2 helai kulit popia di letakkan selisih sedikit sahaja. Masukkan inti dalam 2 sudu makan  dan gulungkan kemas. Lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung dengan sedikit air dan buatlah sehingga habis. Panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng terendam. Gorengkan sehingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda cubalah sedap.

*Note - sebenarnya saya masukkan sedikit keju ke dalam inti popia ini jadi rasa dia lebih creamy sedikit. kalau tak ada x payah masukkan.



Thursday, January 22, 2015

Ayam Panggang berkuah Percik Mudah..


Assalamualaikum..

Salam Khamis dan salam sejahtera buat rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi. Dah agak lama saya tak bersiaran semenjak tahun lepas..wow dah tahun baru 2015 kan baru hari ini saya dapat bersiaran macamlah lama sangatkan baru 22hb kan hihihi.. Maafkan saya kerana banyak yang tertinggal yang sepatutnya saya masukkan entry di blog yang dah nyawa2 ikan ini..tapi tak mengapalahkan walaupun ianya suam2 kuk,  saya berharap agar pengisiann serba sedikit resepi2 ringkas di sini dapat memberi menfaat bagi yang mencari idea untuk memasak yang simple2 jer..

Oklah x mahu bercerita panjang hari ini jom kita semak resepi yang saya masak tahun lepas..kerana penghujung tahun lepas musim2 banjir saya x memasukkan entry masakan di blog mahupun fb..

Ayam Panggang

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - di belah empat atau nak panggang seekor2 pun boleh
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
gula dan garam secukup rasa.

Cara:

1.  Pupukkan ayam dengan bahan2 yang dikisar halus yang digaul bersama garam dan sedikit gula.
     Perapkan 3-4 jam atau semalaman dalam peti sejuk pun boleh.
2. Bakar dalam oven lebih kurang 45 minit hingga 1 jam hingga ayam masak dan balik2kan supaya ayam dipanggang rata. Keluarkan dan hidang bersama kuah percik mudah.


Kuah Percik Mudah

Bahan-bahan:

2 senduk nasi cili kisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1/2 inci kunyit - dikisar
2 batang serai dititik
1 cawan santan pekat / susu cair (saya guna susu cair)
3/4 cawan air
1 keping asam gelugur - direndam
gula pasir dan garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk tumiskan serai hingga naik bau, masukkan cili yang dikisar bersama bahan2 kisar yang lain. Tumis sehingga naik minyak dan agak garing kacau selalu.
2. Masukkan air dan susu cair (atau santan jika gunakan santan) dan masukkan juga asam keping/gelugor yang direndam sebentar. Masak sehingga kuah percik mendidih dan agak memekat.
3. Masukkan garam dan gula serta rasakan kesesuaian masam manis serta masinnya. Bila dah masak padamkan api hidangkan bersama ayam panggang sama ada di letak berasingan dalam mangkuk atau boleh disiramkan di atas ayam bila hendak menghidang. Hidangkan bersama daun2 salad timun dan tomato segar. Selamat mencuba.

Tips mudah untuk masakan ini - beli ayam panggang percik di pasaraya dan cuma perlu di masakkan kuah perciknya sahaja..hahaha idea orang yang tak berapa rajin macam akak selalu gak beli ayam panggang dan masakkan kuah perciknya sahaja.