Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Thursday, February 26, 2015
Limau Manis Masam Pedas..sedap uolls..
Hai...salam khamis untuk semua...dah nak abis musim raya cina ni ada baki2 limau mandarin dalam peti ais tu apa kata kita buat ala2 jeruk yang rasanya sedap sebab ada manis2 masam masin n pedas. Sebenarnya bila tengok kawan2 kat group resepi ringkas di fb buat saya pun teragak juga nak buat so jadilah limau colek ni cuma dalam resepi asal ada letak belacan tapi saya tak letak pun rasanya memang sedap dan kalau di sejukkan dalam peti sejuk lagi lah sedap tau kawan2 jom cuba..limau..ohh limau macam2 gak boleh buat kan..satu tulis bahannya secara ringkas aje yer x yah resepi2 yang betul ekk,, agak2 kawan2 aje lah sebab saya buat 4 biji so klau nak buat banyak ganda2 kan aje yer..
Bahan-Bahan:
Limau mendarain - 4 biji di kupas kulit dan buang urat2nya
3 batang cili padi hijau - dihiris
1 batang cili padi merah - dihiris
2 sudu gula pasir
1/2 camca teh garam
2-3 sudu teh jus limau kasturi
Cara: Gaulkan semua bahan dan sedia untuk dimakan kalau sejuk dlm fridge lg sedap..
Wednesday, February 25, 2015
Kueh Seri Muka Batik
Sunguh Manis Si Gadis Melayu
Bersopan Santun Nampak Pemalu
Seri Muka Batik Kuih Dahulu
Rasa Sekali Teringat Selalu..
Salam Rabu untuk semua siap berpantun saya pagi ni...seronok rasanya berada di hari rabu sebabnya esok khamis keje 3/4 hari dan jumaat dah cuti..cewahhhh saya nie asik fikir cuti ajekan walhal baru lepas bercuti tahun baru cina dan baru naik bekerja semalam..xperlah kan bila bercuti tu macam2 program boleh di buatkan..cuma rajin dan tak rajin aje.. hari ini pun saya nak sharekan resepi ter-extra rajin la kononnya tapi saya buat 2 minggu lepas memang teringin sangat untuk membuat kuih seri muka batik yang pada pandangan mata saya nie cantik. Jadi keterujaannya lebih maka setelah membelik2 resepi di internet saya sangat berkenan dengan resepi dari blogger terkenal Puan Yati Memories resepi asal boleh tengok disini tqsm yer puan yati saya selalu jugak amik resepi2 puan yati yang memang terkenal n pandai membuat kueh mueh dan masakan yang sedap2. Jadinya saya mohon copypaste aje ok resepinya memang sedap dan cantik.. tapikan..huhuhu ada tapinya yang saya buat nie terlembut sangat kepalanya atau lapisan atasnya sebab saya gunakan tepung jagung sepatutnya guna tepung kastad..hamikkk ko pepandai ganti benda xder..walaupun agak terlembik di atasnya tetap sedap aje rasanya jangan cakaplah lemak manis bersari makan sekali teringat berhari2..muahaha buat lawak pulak saya ek.. jom tengok resepi yang saya copy paste ni..
Seri Muka Batik
Bahan2 Lapisan Bawah:-
- 400 gm beras pulut
- 100 gm pulut hitam
- 300 ml santan pekat
- 250 ml air
- 1 sudu besar gula
- 1sudu kecil garam halus
- Rendam beras pulut sekurang2nya 3 jam. Saya guna pulut susu, tak rendam pun takpe.
- Sementara itu, rendam juga pulut hitam dlm bekas berasingan selama 3 jam. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lalukan di air paip dan tapiskan. Ketepikan dulu.
- Sementara itu, masukkan pulut putih bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
- Kukus pulut putih selama 30 minit.
- Apabila pulut putih dah masak, masukkan pulut hitam yg di rebus tadi dan gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".Sementara itu buat utk adunan lapisan atas.
Bahan A
- 250 gm gula castor
- 100 gm tepung kastard
- 400 ml santan pekat
- 400 ml air (10 helai daun pandan- diblender dengan air.-tapis ketepikan) -saya guna 5 helai aje
- 4 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 1/2 sudu kecil pandan essence (saya tak der x guna)
- pewarna hijau- secukupnya
- Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
- Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje dlm 3 minit.
- Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
- Bila dah masak angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.
Tuesday, February 24, 2015
Kikil @ Kulit Lembu Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum..dan salam selasa untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi dah lama rasanya dapur ZLC tak berasapkan.. kerana pada masa cuti tahun baru cina saya bercuti2 Malaysia..ke Pekan Pahang menziarahi bapa saudara dan juga ke Mersing menghadiri jemputan perkahwinan. Bila dah berjalan2 tu ada aje yang saya beli bila ternampak ada yang berlainan sedikit dan payah di perolehi di tempat sendiri. Antara yang saya beli di Pasar Tani Mersing adalah Kikil atau kulit lembu yang telah diproses dan saya juga sempat membeli umbut kelapa..rebung segar pun ada tapi yang ini saya tak beli.
Saya sebenarnya memang suka makan masakan minang yang seakan kikil juga yang dipangil tunjang saya tak tahu sama ada ianya benda yang sama atau tak..tapi rasanya yang kenyal2 dan liut lembut seakan jeli memang sedap di masak ala2 minang atau masak lemak cili padi dan boleh juga dibuat sup mcm sup mamak tu...oleh kerana saya masak separuh aje kali ini resepinya lemak cili padi kikil yang setengah kg lagi tu entahlah nak dimasak apa nanti..jom tengok resepi yang ringkas di bawah:
Kikil @ Kulit Lembu Masak Lemak Cili Padi
Bahan-Bahan:
500 gram - Kulit lembu yang siap diproses di hiris kecil
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
20 batang cili padi - dikisar halus (kalau xkuat pedas kurangkan)
8 ulas bawang merah - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
11/2 inci halia - dikisar halus
1 inci kunyi - dikisar halus
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugor - direndam sebentar
sedikit garam dan sedikit gula (gantikan perisa/aji)
Cara:
1. Masukkan kulit lembu dan santan cair bersama bahan2 yang dikisar halus serta serai ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan biarkan merenih dalam 10-15 minit lagi.
2. Masukkan pula santan pekat kacau selalu supaya santan tak membuak dan pecah minyak masukkan juga asam keping dan garam serta secubit gula. Bila dah masak hindangkan bersama nasi panas.

Tuesday, February 17, 2015
Ayam Kicap Madu - again n again..
Salam Selasa untuk semua..hari ni entry ringkas dan cepat sahaja sebab ada keje2 sebelum bercuti harus dibereskan..so nak share resepi ayam kicap madu yang dibuat untuk makan malam tadi..sedap dan sesuai untuk kanak2 something sweet n caramelize the kid always love this kind of food yg tua pun mcm saya suka hahaha..ok penah dimasukkan dalam blog sebelum ini, masih menggunakan resepi yang sama so i just copy n paste it here ok..babaiiii..
Ayam Kicap Madu..
Bahan-Bahan
1/2 ekor yang sederhana besar - di potong sedang atau kecil (ikut suka) di cuci bersih dan toskan
8 ulas bawang putih - dicincang halus
2 inci halia - diracik halus atau cincang
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
5 sudu makan kicap
2 sudu makan madu
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis, bila minyak dah panas masukkan bawang putih cincang, dan halia tumis sehingga bawang agak layu dan keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan ayam, balik2kan tak perlu masuk air sebab air ayam akan terhasil sendiri terus masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Bila dah dimasukkan sos2 tadi balik2kan sebentar dan kecilkan api serta tutupkan permukaan kuali dengan penutup kuali atau gunakan penutup kukus. Biarkan sebentar dalam 10 minit, ayam akan menjadi empuk.
3. Buka penutup kuali dan balik2kan ayam, masukkan pula madu, jika nak letak garam letak sedikit sahaja sebab semua sos dan kicap dah berperisa. Bila dah masak ayam akan kelihatan berpalut dan likat kehitam kicap..lauk ini memang tak ada kuah sebab kering dan tidak gunakan air.
4. Angkat dan hidangkan ayam kicap madu ini sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi ayam atau diratah begitu sahaja. Selamat mencuba.

Monday, February 16, 2015
Salad Kentang - Bento @ Bekalan ke Sekolah
Salam Isnin untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi..minggu nie rasa macam cepat sangat masa berlalukan kawan2 sebab dah nak Tahun Baru Cina pada Khamis nie..mood nak bercuti pun dah mula datang..muahaha bersabarlah yer wahai cik leha kerana banyak kerja2 yang perlu dibereskan..oklah hari ini saya hanya nak sharekan satu lagi resepi mudah yang sesuai di makan bila2 masa tapi saya buat untuk sarapan anak2 buah saya yang nak ke sekolah. Semenjak berjinak2 buat bento atau bekalan untuk Aina dan Sara mereka pun mulalah sering bertanya esok pagi mak jay nak buat sarapan apa.. Sebenarnya mencari idea untuk membuat sarapan yang agak lengkap yang mengandungi protin, karbohidrat, vitamin dan nutrisi makanan yang dipelbagaikan agak sukar juga..
Tapi oleh kerana minat untuk menyediakan sesuatu yang berkhasiat buat bekalan atau bento anak lebih2 lagi yang berwarna warni jadi keterujaannya lebih..alhamdulliah kalau ada masa saya akan kongsikan bento anak2 ke sekolah yer manalah tau boleh memberi sedikit pada ibu2 yang nak sediakan bento bagi anak2 mereka.. Ok jom kita tengok resepi yang pernah saya muatkan DISINI.dan saya pastekan sekali lagi disini ok.
Salad Kentang
Bahan-Bahan:
5 biji kentang sederhana besar - cuci bersih di potong 2 dan rebus hingga empuk
3 sudu makan besar mayonis - saya guna jenama kimball
1 camca teh serbuk pati ayam
1/2 camca teh serbuk lada putih (boleh guna serbuk lada hitam tp utk anak2 sya ganti serbuk lada putih)
sedikit garam dan gula untuk perisa.
Cara:
1. Kentang yang direbus empuk di siatkan kulit dan di potong kiub sederhana
2. Masukkan kentang dalam mangkuk bersama mayonis, serbuk pati ayam, serbuk lada putih
garam dan gula secukup rasa, semua bahan di gaul rata. Boleh sejukkan dahulu salad kentang dalam peti sejuk atau boleh di makan tanpa disejukkan. Hidangkan bersama udang dan sayur pan grill atau ayam panggang atau makan begitu sahaja. sedapppp..lebih sejuk lebih sedap salad nie kawan2..hihihi.
Bahan Sampingan
Sosej secukupnya - di potong kecil dan dikelar2 sedikit
Sayuran - 1/2 batang karet - dipotong kecil
sedikit Kobis bung - di potong kecil
sedikit minyak zaitun
Semua bahan di atas sosej dan sayuran boleh dipan grill guna non stick pan atau masuk dalam oven.
Hidangkan bersama salad kentang . Sesuai untuk dibuat sarapan atau bekalan anak ke sekolah..
Sunday, February 15, 2015
Baked Mini Cheesy Omelet
Salam Ahad salam hujung minggu buat semua saya hari ini bekerja jadinya permulaan minggu la kot..bukan hujung minggu.. oleh kerana hari ini bekerja dan sekolah saya pagi2 lagi dah mem-baked cheesy omelet atau dalam bahasa melayu nie Telur Bakar Berkeju..cewahh macam mewah sangat kan bunyi breakfast yang saya buat pagi ini..tapi sebenarnya ianya amat mudah dan sesuai untuk dibawa bekal untuk anak2 ke sekolah. Selain ianya berkhasiat dan dan sedap bila dah dihiaskan menarik ala bekal bento kemain suka lagi anak2 dapat bekalan yang cantik..ada telur omelet bercheese dan juga buah2an.. sesekali memanjakan anak2 apasalahnyakan...hahaha. Jom kita tengok resepi di bawah..tqsm untuk pemberi idea utk resepi ini yang saya lihat di Group Resepi Ringkas FB yang saya sertai..
bento untuk anak2 pi sekolah tadi pagi,, |
Baked Mini Cheesy Omelet
Bahan-Bahan:
5 biji telur ayam
10 biji bebola daging - dipotong kiub kecil
1 batang karet - dipotong kiub kecil
4 shitake mushroom segar - di hiris kecil
1 pohon daun sup - dihiris halus
1 labu bawang besar - didadu
3 sudu makan cream cheese
3 keping keju
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk ayam maggie
sedikit garam
sedikit butter untuk di sapu pada muffin tray
Cara:
1. Mula-mula rebuskan sebentar bebola daging yang dipotong kiub bila air dah mendidih masukkan karet sebentar sahaja. angkat dan toskan airnya.
2. Pukul telur bersama cream cheese dan serbuk lada sulah serta serbuk pati ayam maggie dan sedikit garam, masukkan pula bawang besar yang didadu.
3. Lenserkan Muffin Tray dengan sedikit butter, masukkan kiub kebola daging, kiub karet yang di celur sebentar dan taburkan juga dengan hirisan cendawan shitake segar bersama daun sup,
4. Setelah siap mengisi muffin tray dengan bahan2 tadi masukkan pula bancuhan telur sesenduk kecil setiap satu dan letakkan keju yang dipotong 4 setiap satu. Adunan ini cukup untuk 12 keping omelet.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 25 minit. Bila dah masak keluarkan dari acuan muffin dan hidangkan. sedap cubalah..
isikan bahan2 dalam muffin tray |
Wednesday, February 11, 2015
Sayur Brokoli n Cendawan Shitake Segar..
Salam Rabu untuk semua...apa kabar kawan semoga ceria dan senyum2 selalu tp kalau senyum n tersengih tak tentupasal pun x boleh tau kawan2 nanti orang kata tak betul atau 3/4 hahaha..tu bahasa orang dulu2..selain tu ada juga yang mengelar sebagai mereng..baik sikit dari gila oppss nape pulak pagi ni saya bercerita pasal senyum2, senyum sumbing, senyum kambing..xkasih la kan kalau nak tersenyum atau pun tidak terpulang pada individu masing2 yang penting senyuman perlulah ikhlas dari hati mencerminkan peribadi seseorang itu tak gitu kawan2.. panjang pulak cerita tentang senyum ni nanti tak jadi kerja pulak..kita berhenti di sini dahulu kerana saya nak kongsikan dengan kawan2 semua resepi sayuran yang di stir fried menggunakan Brokoli, cendawan shitake segar, carrot dan ayam perencahnya masakan sayuran ala2 cina memang sedap tau kawan2..itu lah makan malam saya n anak2 buah di rumah malam tadi..selain masakan asam pedas ikan siakap..asik2 asam pedas aje kan..hahaha punya suka kita lah kan..orang lain x boleh marah sebab memang kita suka makan asam pedas orang johor la katakan..Jom semak resepi..
Sayur Brokoli dan Cendawan Shitake Segar..
Bahan-Bahan:
1 kuntum brokoli yang sedang - dipotong bunga
6 biji shitake mushroom yang segar - di belah 4-6
1/2 batang carrot - di hiris serong
1 keping isi ayam - dihiris bite size
6 ulas bawang putih dicincang
2 sudu makan sos oyster
1 sudu makan serbuk pati ayam maggie
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air sebagai pemekat)
1/2 cawan air
Sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali tumiskan bawang putih cincang hingga harum dan keperangan masukkan pula isi ayam. Balik2kan dan masukkan air 1/2 cawan
2. Masukkan oyster sos, serbuk ayam maggie dan lada sulah masukkan juga carrot, brokoli dan cendawan shitake segar. Masak tak perlu lama agar sayur2an segar masukkan tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air. Perisakan dengan sedikit garam dan akhir sekali renjiskan dengan sedikit minyak bijan. Padamkan api dan sedia dihidang bersama nasi panas dan lauk pauk lain.

resepi stir fried brocoli jer ek hr ni asam pedas siakap tu dh slalukan,, |
Tuesday, February 10, 2015
Puttu Mayam ~ Segera buat sendiri..
Salam selasa untuk semua..sarapan apa agaknya pagi ini kawan2.. saya hari ini bersarapan puttu mayam yang dibuat sendiri - wahhh macam pandai ajerkan buat puttu mayam selalunya kalau nak makan puttu mayam kena tunggu uncle yang jual puttu mayam yang naik motosikal lalu depan rumah atau yang ada berhampiran kawasan pasar..sekarang dah tak perlu beli lagi sebab dah pandai buat puttu mayam sendiri..cewahhh sukanya saya.. Kalau nak beli pun harganya dah mahal sekarang ni 1 pcs rm1.00 mahalkan..huhu..oklah x boleh nak berceloteh panjang sebab banyak kerja2 urusan seri paduka yang perlu saya bereskan so nak kongsi resepi yang amat2 mudah lagi sempoi ini yang saya ambil dari Group Resipi Ringkas FB yang dikongsikan oleh Izeliwani binti Hj Ismail klau x silap saya nama puan yang tunjuk resepi di RR tu..so d credit goes to u my dear menjadi juga saya buat nnti akan saya uploadkan pula di FB ok..cekitdautttt..
Puttu Mayam - Segera
Bahan-Bahan:
1 Peket Bihun Siam Brand Faiza - saya hanya guna 1/2 peket
5 helai daun pandan - dikisar dengan air (secukupnya untuk merendam Bihun)
Kelapa parut putih secukupnya - dikukus sebentar
Gula Merah - secukupya
Gula Perang (Brown Sugar) - secukupnya.
Cara:
1. Rendamkan Bihun dengan air pandan yang ditapis dahulu kalau tak masuk pulak hampasnya..
rendam sehingga lembut.
2. kukuskan Bihun lebih kurang 30-40 minit - leraikan dengan garfu
3. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang dikukus, berserta gula merah dan gula perang.
*Cuba tau kawan2 - tak menghampakan hasilnya..
rendam dalam air pandan.. |
nie ler rupa peket Bihun faiza yang saya guna tu. |
Monday, February 9, 2015
Ikan Kering Nipis Garing Bersambal
Mesti ada antara kita yang suka makan nasi bersama ikan keringkan kata orang ikan kering pembuka selera bila makan nasi panas2 bersama lauk asam pedas atau sambal tumis ikan kering memanglah lawannya yang sangat sesuai..kalau tak ada lauk yang nak digandingkan atau pun time2 emergency x sempat nak masak ada pulak stok ikan kering di rumah sudah amat memadai kita cuma perlu buat sambal tak kiralah sambal belacan ke sambal bilis cili padi ke, sayur goreng sejenis dan buatkan telur dadar..pastinya ikan kering pelengkap yang sangat sesuai dan akan menambah selera kita makan.
Ikan kering memang ada berbagai jenis yang kering, yang separuh lembab, yang berjeruk seperti ikan pekasam juga di kategorikan sebagai ikan kering. Tapi kali ini saya nak kongsi kan resepi ikan kering nipis yang sangat garing bila di goreng macam rasa keropok gitu dan boleh di sambalkan masak kering2 dan ianya boleh disimpan dalam bekas kedap udang untuk mengekalkan rasa crunchy ikan kering ini..jom kita semak resepi di bawah.
Ikan Kering Nipis Crunchy Bersambal
Bahan-Bahan:
Semangkuk ikan kering nipis - dibasuh toskan airnya
3 sudu makan cili kering blender
3 ulas bawang merah kecil - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2-3 sudu makan gula pasir
1 keping kecil asam keping - rendam sebentar
secukupnya minyak untuk mengoreng ikan kering dan menumis
sedikit sahaja garam - ikan kering jenis ini tak berasa masin pun.
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali gorengkan ikan kering nipis sehingga garing toskan minyaknya dan ketepikan,
2. Dalam kuali lain panaskan minyak sedikit sahaja untuk menumis, tumiskan bawang2 yang ditumbuk halus dan cili kering yang di blender. Tumiskan sehingga naik minyak dan agak garing, masukkan gula pasir diikuti dengan asam keping tadi, masukkan garam juga.
3. Bila sambal yang ditumis cantik warnanya dan memekat padamkan api. Biarkan suam dahulu baru di masukkan ikan kering nipis yang digoreng garing tadi. Balik2kan agar rata sambalnya. Hidangkan bersama nasi dan lauk pauk lain. Kalau di masak lebih boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan garing ikan kering ini.
inilah rupa ikan bilis nipis gambar ihsan en. google |
Sayur Pak Choy Bawang Putih dan Sos Tiram..
Salam Isnin buat semua..hari ini saya nak masukkan entry yang sangat2 ringkas yang digemari oleh saya sendiri dan sesiapa sahaja yang suka makan sayuran sawi jepun @ Pak Choy ini bolehlah mencuba resepi yang sungguh ringkas orang kata pejam mata pun boleh masaklah..hahaha masakan sayuran ala cina ini memang hanya gunakan bawang putih dan sos tiram sahaja tiada perencah lain yang digunakan.. ok jom tengok resepi sempoi nie..makan dengan nasi panas atau yang suka ratah2 sayur gitu aje pun boleh..
Sayur Pak Choy Bawang Putih dengan Sos Tiram
Bahan-bahan :
4-5 pohon sayur sawi pak choy - buangkan bahagian hujungnya sahaja dan basuh serta toskan
6 ulas bawang putih - di cincang
4 sudu makan sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
sedikit minyak untuk goreng bawang putih
Cara:
1. Didihkan air anggaran untuk celur sayur pak choy bila air dah didih masukkan sayur pak choy biar sebentar 1 -2 minit sahaja hingga bertukar warna tak perlu lama2 dan toskan airnya.
2. Panaskan sedikit minyak dalam 2 sudu makan dalam kuali masukkan bawang putih yang dicincang gorengkan hingga kekuningan cantik dan padamkan api.
3. Untuk hidangkan sayur pak choy susunkan sayur yang dicelur tadi dalam pinggan, letakkan di atasnya sos tiram dan curahkan bawang putih goreng tadi bersama setengah dari minyaknya. Sprinkle dengan sedikit lada sulah di atasnya..dah tersedia satu hidangan sayur yang amat mudah..selamat mencuba ok..

Sunday, February 8, 2015
Puding Trifle Peach ~ mudah dan sedap...
Bersiaran sekali lagi hari ini, nak kongsi bersama kawan2 hidangan minum petang atau pencuci mulut yang saya buat pada hari Jumaat lepas..atas permintaan sahabat saya Miss Nana yang katanya nak resepi puding trifle nie so saya kongsikan di sini okeh..makan sejuk2 pada cuaca yang agak panas macam nie memang syok tau kawan2..jom kita tengok resepi yang mudah lagi ringkas ini..
Puding Trifle
Bahan-Bahan:
1 buku swiss roll cake - dipotong 1 cm (saya beli yang siap)
Bahan untuk Kastad
1/2 cawan - tepung jagung
1 cawan susu cair
2 cawan air
1/4 cawan gula pasir
1 camca teh esen vanilla
1 sudu makan butter
1 tin buah peach / fruit cocktail (syrup gunakan untuk moistkan cake)- boleh guna mana2 yang disukai
Untuk Lapisan atas - Jelly
1 Kotak Jelly Strawberry - Jenama Nona
Caranya:
1. Dalam mangkuk puding sama ada yang besar atau kecil isikan dengan kek swiss role yang di potong 1 cm tadi. pastikan kita isi dan tutup keseluruhan dasar mangkuk puding rapat2 dan tekan2 sedikit. Siramkam air buah syrup peach di atas swiss roll agar kek ini lembut atau moist.(jangan lupa pilih swiss roll yang sedap okeh).
2. Sediakan pula kastad, Masukkan semua bahan ke dalam periuk, tepung jagung, susu cair, air dan gula serta vanila dan butter kacau guna whisk supaya tidak bergentil masak atas api sederhana sehingga keluar wap. Adunan kastad ini agak lembut. Curahkan kastad di atas swiss roll dan susunkan buah2an diatasnya ikut kretiviti masing2.
3. Masak jelly nona mengikut seperti arahan pada belakang kotak biarkan suam sedikit baru di curahkan di atas lapisan kastad pelahan2. Sejukkan dalm fridge sekurang2nya 3 jam atau lebih dan hidangkan sejuk..sedap cuba tau kawan2.

susun swiss role rapat2 dan siramkan syrup buah di atasnya.. |
bila dah letak kastak susunkan buah2an yang disukai.. |
tarraaa dah siap utk disejukkan... |
Corn Soup With Crunchy Crouton for Breakfast..
Salam Ahad untuk semua..dah nak masuk waktu mkn tengah hari baru saya ada kesempatan masukkan entry breakfast, x menghagak ek tajuknya kemain ler omputih sesangatttt kannn..hahaha sebenarnya resepi yang saya nak kongsi ini seakan sup cendawan yang selalu saya buat yang digemari oleh anak2 buah ku dan hakak jugak..cumanya bahannya dah tentulah berlainan sedikit kerana menggunakan jagung dan dalam sup ini kita tak perlu letak susu segar atau susu cair, Perlu masukkan telur yang memberi efek seakan sharkfin sup pehhh macam2 lah pulak ek..
Sup ini sedap dimakan dengan roti bakar atau roti bakar mentega berbawang putih juga tapi kali ini ada sedikit kelainan saya gandingkan dengan crouton yang di buat menggunakan roti yang berusia 2-3 hari yang dibakar dalam oven selama 15-20 minit sehingga garing..dan lagi satu nk crita kalau omputih yang but croton potongan nya kiub agak kecil tapi saya gunakan roti putih biasa bantai ajerlah potong kasar sikit..puhhh panjang lak intronya jom tengok aje lah resepi di bawah ok kawan2...
Corn Soup @ Sup Jagung
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan jagung ala krim dalam tin
6 cawan air
1 labu bawang besar - di dadu halus
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sdt serbuk ayam maggie
1 sdt serbuk lada sulah
1 biji telur - dipukul sedikit
1/4 cawan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar dadu di tumis sehingga layu dan berbau harum, Masukkan air dan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam maggie, dan jagung ala krim dalam tin.
2. Masak sehingga sup mendidih masukkan pula telur yang dipukul manja sambil di kacau agar nampak macam sharkfin sup dan masukkan juga bancuhan tepung jagung sebagai pemekat.
3. Akhir sekali perisakan dengan garam secukup rasa dan bolehlah dihidangkan dengan crouton atau pun garlic bread mana2 pun boleh..selamat mencuba ok..sedap sup ini pasti anak2 suka.
Cara membuat Crouton
Potongkan roti sama ada bentuk kiub atau besar yang kita suka..boleh gunakan roti putih atau juga roti perancis. Susun dalam dulang dan bakar selama 15 minit sehingga roti garing bukan hanggus yer..saya gunakan roti putih dan roti wholemeal. Bila dah garing roti ini boleh di simpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga digunakan untuk sajian salad yang di taburkan dengan crouton.
Sunday, February 1, 2015
Loh Mai Kai @ Pulut Cendawan
Salam Ahad untuk semua..hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 semua sejenis resepi masakan cina yang sedap iaitu pulut cendawan atau pun Loh Mai Kai..saya memang pengemar makanan atau masakan cina seperti dim sum dan yang ini juga seringkali dijual di restoran2 cina yang ada menjual dim sum juga pau. Oleh kerana x pernah jumpa yang halal mungkin ada jika ada restoran cina muslim tp kita yang x mencarinya..so saya ambil inisiatif untuk membuatnya sendiri. Bila di cari kat internet berjumpa lah resepi Loh Mai Kai ini dan setelah di kaji dan di amati beberapa resepi..oppss siap mengkaji ek saya telah ambil contoh membuatnya dengan seringkas yang boleh dan bahan2 yang diperlukan pun tak banyak nak di katakan remeh nak membuatnya pun tidak juga, so pada Jumaat lepas saya pun on la projek memulut cendawan..bukannya memulut celupar ek, bunyi hampir sama pulak kan.muahahah.ok lah kawan2 yang suka masakan cina bolehlah cuba resepi ini ok..
Loh Mai Kai @ Pulut Cendawan
Bahan-Bahan:
3 1/2 cawan beras pulut - di rendam 2 jam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu macam serbuk ayam manggie
1/2 camca teh garam
Air paras beras pulut sahaja - lebihkan sedikit aje untuk lembut.
Bahan A
1 mangkuk (mangkuk tafufa) isi ayam yang dihiris
3 sudu makan kicap lemak manis }
1 sudu makan minyak bijan } bahan- bahan ini diperap
2 sudu makan tepung jagung } dengan isi ayam selama 2 jam
2 sudu makan sos tiram }
1/2 camca teh serbuk lada sulah }
8-10 biji shitake mushroom - (selalu orang guna yang kering tp saya guna yang segar) -dihiris
1 labu bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan air
sedikit minyak masak untuk menumis
Cara:
1.Mula2 sediakan bahan2 A - lauk ayam dan cendawannya. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali tumiskan bawang putih yang dicincang bersama bawang besar yang dihiris hingga layu dan berbau harum. Masukkan ayam yang telah diperap tadi balik2kan, masakan ini akan memekat sebab ada tepung jagung.. boleh masukkan 1/4 cawan air. Masak hingga ayam empuk dan masukkan cendawan pula balik2kan boleh masukkan sedikit garam jangan banyak sebab bahan2 perapan dah masin. Bila dah masak angkat dan ketepikan.
2. Sediakan bahan untuk masak pulut pula. Di dalam periuk biasa atau rice cooker masukkan beras pulut yang telah direndam 2 jam tadi serta toskan airnya. Masukkan pula bahan2 sos yang dicampur ke dalam beras pulut iaitu sos tiram, kicap lemak manis, minyak bijan, serbuk ayam dan garam. Sukatan air untuk masak beras pulut kena sama paras, klau nak lebihkan sedikit sahaja anggaran setengah ruas jari - untuk dapatkan pulut yang lembut sedikit. Masak atau tanak seperti kita memasak pulut biasa bila air dah mengering kecilkan api dan biarkan sejat sebentar.
3. Untuk sediakan pulut untuk dikukus. Sediakan beberapa mangkuk yang sesuai yang boleh dikukus sama ada yang kecil atau sedang. Masukkan Lauk ayam dan cendawan yang di masak tadi beberapa keping ayam dan cendawan tadi. Oleh sebab saya masak terbanyak lauknya so letak lebih. Masukkan pula pulut yang telah di masak tadi dan tekankan supaya agak padat tak perlu sampai penuh mangkuk 1/2 atau 3/3 memadai.
4. Akhir sekali kukuskan pulut cendawan ini selama 20-25 minit. Hidangkan panas dengan telungkupkan ke dalam piring so nampak ayam dan cendawannya di atas dimakan bersama sos cili atau sedap juga dimakan begitu sahaja sebab lauk nya dah terasa sedap..hahaha..selamat mencuba.
(pada resepi asal gunakan kicap pekat dan kicap cair, juga diletakkan sedikit gula dalam pulut yang di tanak. Oleh kerana saya tidak ada kicap pekat dan kicap cair saya hanya gunakan kicap lemak manis..so gula boleh diskip) sila rujuk pada en. google tapi rasanya dah ok n sedap pada tekak saya. 'terima kasih untuk penyumbang resepi ini..tqsm.

Pulut yang telah ditekan |
lauk ayam cendawan |
Pulut yang siap ditanak |