Monday, March 30, 2015

Pulut Serunding

Assalamualaikum...salam Isnin untuk semua..hari ini nak sharekan satu resepi yang sangat sesuai untuk dimakan pada waktu sarapan atau minum atau boleh juga dimakan bila2 masa ajer.. kueh melayu berasaskan pulut..yang di makan bersama serunding kelapa udang kering..sebenarnya kuih ini kegemaran saya so bila tekak nie teragak pagi2 bangun menyempatkan lah diri untuk buat..dapatlah dibawa sedikit ke pejabat. Oklah x boleh sembang lama sebab ada keje nak buat..Jom tengok resepi yang dah banyak kali juga saya masukkan di sini saya  copy paste aje dari yang lama ok..

Pulut Serunding
Bahan-Bahan: 
Untuk Pulut:
2 cawan beras pulut - basuh dan rendam selama 1/2 jam
2 cawan santan - sederhana pekat 

1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
 
Cara:
1. Kukuskan pulut bersama santan yang digaul dengan sedikit garam lebih kurang 20 minit dalam loyang.
2. Bukakan penutup kukus dan adukkan pulut yang dikukus tadi dengan senduk. Kukuskan semula lebih kurang 10 minit atau hingga pulut masal cantik. Padamkan api dan gaul rata sekali lagi dan biarkan sejuk sebentar.
3. Pulut dibentuk gunakan acuan plastik atau acuan apam yang kecil, masukkan pulut dan tekan hingga padat keluarkan dan susun dalam bekas.
4. Untuk menghidang gaulkan pulut bersama serunding atau taburkan sahaja serunding di atas pulut mana2 pun boleh.  atau boleh juga masukkan sedikit serunding dalam acuan lompang dan masukkan pula pulut serta tekan sehingga padat.  Sedia untuk dihidangkan.
 

Versi pulut tanak - yang saya buat hari ini - Masukkan beras pulut dalam periuk bersama air, sesudu minyak masak dan sedikit garam, tanak dengan api sederhana, bila agak mengering kacau sedikit dan kecilkan api, masak sehingga pulut tanak dan balik2kan serta padamkan api. 

 Bahan2 Untuk Serunding Kelapa Udang Kering:
1 biji kelapa parut - yang putih dan muda (di sangai sedikit cukup sekadar agak kering dan ringan)
1/2 cawan udang kering* - direndam sekejap dan diblender 
1/2 senduk nasi cili kering yang diblender*
1 batang serai - dihiris dan diblender*
6 ulas bawang merah - diblender *
3 ulas bawang putih - diblender*
1 inci kunyit hidup - diblender*
Gula pasir secukupnya - saya guna dlm 4 sudu makan (saya guna gula merah@gula timbang)
Garam Secukupnya 
minyak untuk menumis
Cara: 1. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang diblender yang bertanda* hingga naik minyak dan agak mengaring, masukkan pula gula dan garam, balik2kan lagi hingga perencah masak elok dan naik minyak.   Masukkan pula kelapa parut yang telah disangai kering.  Balik2kan sehingga semua bahan bergaul rata dan kacau selalu hingga serunding masak cantik dan gorenglah agak lama sedikit atau hilang lembabnya jika hendak simpan lama.





Sunday, March 29, 2015

Curry Puff ~ala Kedai Roti Jln Dhoby Jb.

Salam semua...selamat berhari minggu hari ni nak masukkan entry yang sangat simple yang saya buat semalam.. dah penah juga buat entry cuffy puff  macam ni beberapa tahun yang lalu..x ingat saya.  Tajuk entry yang agak panjang bukan lah nak bercerita mengenai kedai roti yang tertua terletak di Jalan Dhoby Johor Bahru nama bakery ini Salahuddin Bakery yang telah beroperasi semenjak tahun 1932 merupakan kedai roti yang tertua di Johor Bahru dan di Malaysia.. Kalau orang2 lama yang tinggal di JB pasti pernah makan roti dari kedai ini yang sangat terkenal dari zaman ianya beroperasi sebab kat kedai ini menggunakan kaedah tradisional membakar secara terbuka guna arang kayu..so aromanya memanglah  sedap dan sebenarnya sampai ke hari ini ketuhar atau oven nak membakar roti, karipap @ curry puff mengunakan cara lama kalau nak merasai keharuman bau roti atau curry puff yang dibakar kenalah pergi masa kedai ini membakar roti atau kueh2 lain yang dijual disini seperti curry puff dan biskut suji..sedap tau rasanya.  Oklah dalam pada tak nak bercerita pasal kedai nie panjang pulak intro saya kali ini..so jom kita tengok resepi mudah yang saya buat tapi guna instant pastry puff aje brand kawan..untuk sape2 yang nak resepi pastry puff buat sendiri kena ler google ek..

Potato Curry Puff

Bahan-Bahan
2 biji kentang didadu
1 1/2 cawan frozen mix vegie
1 cawan isi ayam - dihiris kecil
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan rempah kari
sedikit air ->< 1/2 cawan
sedikit garam dan sedikit gula sebagai perasa
sedikit minyak untuk menumis
1 biji kuning telur + sedikit pewarna kuning utk glis atas puff

1 peket pastry puff jenama kawan.

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang sehingga berbau harum dan layu masukkan rempah kari bila naik minyak masukkan pula hirisan ayam dan air balik2kan masukkan kentang masak sehingga kentang dan ayam empuk.
2. Masukkan pula mix vegie balik2kan masukkan garam sedikit dan sedikit sahaja gula. Bila dah siap masak sejukkan inti sebelum digunakan.
3. Untuk sediakan ambilkan sekeping pastry taburkan sedikit tepung gandum untuk mudahkan kita membentuk pastry torak sedikit untuk buat bentuk tiga segi yang besar. letakkan inti secukupnya tutupkan dan atasnya digris dengan kuning telur yang di campur dengan sedikit pewarna kuning. untuk membuat bentuk lain potong pastry pada size yang dikehendaki masukkan inti dan ulangi proses yang sama hingga habis. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit atau mengikut kepanasan oven anda.













Wednesday, March 25, 2015

Kek Kurma..Sedap Lembut & Lembap

Assalamualaikum..

Salam Rabu untuk semua pengunjung alam maya ZLC..dah seminggu lebih x bersiaran baru hari ini saya melapangkan sedikit masa yang agak mencemburui saya..cewah berbahasa puitis pulak saya hari nie ekk.  Sebenarnya saya tak berapa sihat minggu nie..almaklum cuaca yang agak tak menentu dengan tahap kepanasan yang melantun2 panasnya badan nie pun x berapa nak sedap siap demam selsema dan bila dah lega selsema batuk pulak menjengah..dalam pada tak berapa sihat tu berjalan tetap berjalan..pantang di ajak..xperlahkan sementara orang nak mengajak saya pergi kalau tak di hari tak berkeja duduk jerlah kat rumah sambil masak2 kan..yer arr jer tu bab masak2 sebabnya saya pun bukannya rajin sangat unless kalau teringin sesuatu tu akan saya usahakan kalau tak makan ajerlah apa2 yang ada dan terhidang... ayat bajet org rajin muahahaha. Asik berceloteh saja saya nanti bosan pulak orang nak dengarkan jom la kita tengok resepi Kek Kurma yang saya buat malam tadi sebenarnya teruja nak buat kek kurma mengunakan acuan silicone bukan silicone payudara tau.. oppsss bahaya tu..jgn dengar cakap saya nie tau.. sebenarnya baru beli acuan di kedai D.I,Y so excited terlebih untuk membaking resepinya pun saya google n ubah suai mana yang patut so memang cantiklah kemenjadian kek ini sangat lembut dan lembap..sesuai untuk bagi makan pada anak2 kecil juga sebab penuh dengan khasiat buah kurma makanan sunnah..

Kek Kurma

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking soda
1 cawan kurma - dibuang biji
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan minyak masak/minyak jagung
1 1/4 cawan gula perang
1 camca teh esen vanilla

Cara:

1. Ayak tepung gandum bersama baking soda.
2. Susu segar, minyak masak/minyak jagung, kurma, gula perang di blend hingga halus
3. Masukkan bahan2 yang diblend tadi ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang diayak
sedikit demi sedikit dan dikaup balik. Gaul hingga rata serta masukkan juga esen vanilla.
4. Masukkan adunan kek ke dalam acuan yang telah digriskan dengan majerin/butter saya guna acuan silicone dan bakar pada suhu 150' c selama 50 minit atau sehingga kek masak bergantung pada oven masing2. Kalau guna acuan silicone alaskan acuan dengan dulang yang rata untuk senang angkat. Tunggu kek suam dahulu baru terbalikkan, Siap untuk dipotong n hidangkan. Sedap tau kawan2..cubalah.












Thursday, March 19, 2015

Kek Marble "Blender Terlajak Gebu" oppss...

Salam bersiaran sekali lagi di pagi khamis ini dan yang ini saya nak share bersama kawan2 semua resepi kek Marble yang saya buat malam tadi.  Sebenarnya memang dah lama teringin nak makan n buat kek sendiri pada awalnya saya nak buat kek versi kukus macam yang saya tengok ramai kawan2 di group resepi ringkas fb buat  tapi nak memudahkan kerja kalau bakar dalam oven lagi senankan.  Oleh kerana membuat kek ni pun di waktu malam semuanya nak cepat aje saya pun teruslah siap2kan bahan dan gunakan blender aje.. weiiii menjadi pulak dan sangat gebusss tu yang kat tajuk di atas tu terlajak gebu..hahaha jangan marah ekk saje jer nak fancykan nama kek nie.. tapi alhamdulillah memang menjadi dan sedap rasanya sebab halus dan gebu..jom kita tengok resepi mudah di bawah.

Kek Marble - Blender Terlajak Gebu

Bahan-Bahan.

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 cawan butter / majerin - dikeluarkan pada suhu bilik dan biarkan lembut (saya guna majerin aje)
1 cawan brown sugar
4 sudu makan susu pekat
3 biji telur
1 camca teh esen vanila
Beberapa titis pewarna makanan yang disukai

Cara:

1. Ayak tepung dan baking powder
2. Telur ayam, brown sugar, susu pekat, esen vanila dan butter/majerin dimasukkan ke dalam blender dan di blend hingga kembang dan halus.
3. Keluarkan adunan yang diblend ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan di kaup balik serta kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna makanan pilihan anda - saya guna esen merah +sedikit perisa strawberry, esen hijau dan ungu. Kacau sebati adunan yang telah diletak pewarna tadi.
5. Masukkan ke dalam loyang yang digriskan dengan sedikit majerin dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit - sebab saya guna acuan kecil kalau bakar acuan kek sebuku ukuran 7 x 7 bakar selama 45 minit mengikut oven masing2. Biarkan sejuk baru dikeluarkan dari acuan.

masukkan esen pewarna dan kacau rata
masukkan dalam acuan saya x pandai nak layer letak jer 


nie lah yang dh di bakar ni yg satu tu x sabar nak di makan..hihi






Serawa Durian

Salam Khamis buat semua...hari ini nak masukkan entry serba ringkas aje yang dah selalu juga di buat dan ada resepinya di blog.  Memandangkan belum musim durian lagi tapi ada kawan yang bagi saya durian yang difrozenkan..saya pun apa lagi on ajelah projek serawa durian ni.  Pada asalnya saya nak makan gan pulut tapi oleh kerana takder pulak pulat jadi cicah gan roti putih ajelah..tadi kononnya saya x nak bercerita tp panjang pulak intronya so kita tengok gambor jer ek..resepi pun saya tepek je di gambar yer..
















Tuesday, March 17, 2015

Lontong Kering Kuah Kacang n Sayur Goreng aje..Alhamdulillah..


Salam selasa buat semua.  hari nie bersiaran agak pagi sikit dan resepi yang nak saya share gan kawan2 semua pun agak mudah dan simple iaitu lontong@nasi impit yg di makan bersama kuah kacang dan sayur goreng. Rendangnya tak ada almaklumlah hari2 bekerja memang x sempatlah kalau nak merendang bagaikan...hihihi sebenarnya penyakit M nyer pun lebih nie pun buat gara2 hari cuti sekolah kantin tutup so kena la bawa makanan yang agak mengenyangkan tapi kalau berasa malas dan tak sempat ke dapur memang boleh aje beli nasi lemak sebungkus..kenyang jugakkan.  Tapi tau jerlah tekak saya nie teringin nak makan lontong gan kuah kacang yang di masak sendiri..puas hati bab rasanya yang cukup garam gulanya dan sayur goreng pun dapatlah makan dengan puas sebab di masak sendiri. Jom ler kita tengok resepi yang banyak kali juga saya masak dan masukkan di blog sebelum ini..

Sayur Goreng

Bahan-Bahan:

10 batang kacang panjang - dihiris serong
1 peket tempe (peket RM1 dlm Plastik) - dihiris kecil- digoreng embal
4 keping tahu/takwa - dihiris kecil - digoreng embal (x garing)
2 batang cili merah dihiris serong
5 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Ikan bilis - direndam sekejap dan tumbuk (angar2 je)
1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 cekak suun - direndam sebentar hingga lembut
1/2 cawan air
1/2 cawan pati santan
Sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara: Panaskan sedikit minyak dalam  kuali, tumiskan bawang besar hiris hingga layu dan berbau harum masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk  bersama ikan bilis.
Bila naik minyak masukkan pula 1/2 cawan air, bila mendidih rencahnya masukkan pula kacang panjang hiris bersama lada merah balik2kan masukkan pula santan dan tahu serta tempe yang telah digoreng tadi. Last sekali masukkan suun, balik2kan perisakan dengan garam kalau nak letak pak aji pun boleh. saya tak letak sebab santan dah terasa lemaknya. Goreng agak kering sedikit dan bolehlah dihidangkan bersama lontong@nasi impit.

Kuah Kacang Nasi Impit

Bahan-Bahan:

2 cawan kacang tanah kisar - beli yang dah siap kisar aje
3 senduk nasi - cili kering yang direbus dan blender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
1 inci halia - diblender halus
1 batang serai dititik
3 1/2 cawan air
4 keping asam keping direndam
4 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara: Panaskan minyak masak dalam periuk tumiskan serai hingga berbau harum.  Masukkan pula cili blender berserta bawang2 dan halia yang diblender halus tadi. Tumis sehingga naik minyak dan masukkan pula gula. Bila tumisan cili dan bahan2 lain dah agak garing masukkan air diikuti dengan asam keping. Bila dah mendidih masukkan pula kacang tanah kisar.  agak kuah pekat sangat tambah kan sedikit air panas atau kurangkan kacang tanah kisar. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak sebati dan kuah kacang agak memekat.  Siap untuk dihidang bersama lontong@ nasi impit. Selamat mencuba.

Untuk menghidang - Letakkan Lontong atau Nasi Impit bersama sedikit kuah kacang serta sayur goreng dan serunding. Kalau ada rendang lagi sedap..tapi makan ajerlah apa yang ada kan..alhamdulillah,





Monday, March 16, 2015

Sotong Goreng Tepung ...crispy n sedap

Salam Isnin buat semua..alhamdulillah dalam cuaca yang agak panas sebab dah lama tak hujan ni kita diberikan kesihatan cumanya tekak jer terasa kering selalu nk asik nak minum ais yg sememangnya sangat tidak bagus untuk kesihatankan. Tapikan tuntutan tekak yang selalu x menghagak memang lerr x boleh nak lari dari keinginan nak minum yang sedap2 dan menyejukkan anak tekak ajerkan..tapi kalau dah kena batuk dan terkongkong2 tengah malam nasiblah diri sendiri yang menanggung kannn..stop dulu cerita panas berdesing ini ekk sebab hari ini saya nak kongsikan resepi yang sesekali kurasa teringin...cewah dah macam tajuk lagu evergreen shima Teringin ek.  Sotong goreng yang saya ambil resepi dari Kak Besah MyResepi ni memang sangat2 sedap dan mabeles tau rasanya cukup berperisa kari dan bawang putih dan tepung yang agak ranggup serta sotong yang tak melantun keras..agak lembut dan yang pentingnya tak meletop dalam kuali bila mengorengnya..selalu kalau kita mengoreng asik lah meletop2 dalam gunakan resepi yang ini alhamdulillah x bermasalah pun..so tqsm untuk kak besah utk resepi ini (saya buat setengah kg jer resepi asal guna 1 kg sotong) dan banyak lagi resepi2 lain oleh Kak Besah yang sedap2 di MyR yg penah saya cuba juga..jom semak resepi mudah berikut:

Sotong Goreng Tepung

Bahan-Bahan:

500 gram sotong -sederhana besar dibersihkan potong gegelang 1 cm
Bahan A
4 ulas bawang putih - ditumbuk*
1 sudu makan rempah kari*
sedikit garam*

Bahan B
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan rempah kari - saya guna rempah jenama Babas
sedikit garam

1 biji telur dipukul
minyak masak untuk mengoreng

Cara:
1. Sotong yang telah dibasuh bersih serta dipotong gegalang 1 cm di toskan dan di perapkan dengan bahan2 bertanda* selama 1/2 jam atau lebih.
2. Satukan bahan B dalam mangkuk bertutup atau tupperware dan goncang hingga sebati
3. Sotong yang telah diperap di celupkan dalam telur yang dipukul dan seterusnya masukkan ke dalam tepung yang telah digaul/goncang dalam tupperware hingga bersalut rata
4. Panaskan minyak dan goreng terendam sotong dengan api sederhana hingga masak dan garing. Tak perlu terlalu lama kerana sotong akan menjadi keras kalau goreng lama2. Tapi jangan bimbing sebab sotong ini tak akan meletup bila digoreng dan garing tepungnya.  Hidangkan panas bersama cili sos atau sedap makan gitu sahaja sebab dah berperasa bawang putih dan kari.. Cuba ok kawan2,




Sunday, March 15, 2015

Siakap Stim Asam Kelubi @Asam Paya

Salam Ahad untuk semua, hari cuti hujung minggu dan cuti sekolah yang telah bermula ni, mesti ramai yang menjamu selera dengan masakan istimewa di rumah..atau ada yang ke jemputan kenduri pengantin..bestnya kan saya minggu lepas dah menghadiri 2 jemputan so minggu nie x kemana2 keje macam biasa aje..ek..sambil2 menyelam orang kata minum air..opss tp bukan keje sebagai penyelam tau..sebabnya orang yg x pandai berenang macam saya nie macam mana nak menyelam asik tertelan air masin jer nanti lama2 terus tenggelam kedasar lautankan.. mana leh tenggelamnya badan macam pelampung mesti timbul nyer,..muahahaha apalak yang saya merepek di petang2 ahad nie kan..

Sebenarnya saya teringat kawan saya Jun yang sedang seronok sakan bercuti di pulau Krabi, Thailand..siap snorkling bagai..cantik betul gambar2 yang dipostkan di fb..nie yang membuatkan saya tak sabar2 nak bercuti di mana2 pulau peranginan x kiralah di krabi ke di Pulau Manukan Sabah ke..huhuhu rindu betul nak ke Sabah memang cantik sangat pemandangan di sana bila kita lihat airnya yang jernih dengan ikan yang berwarna-warni berenang2 memang lupalah sekejap stress.. Oklah tak mau berangan lagi kita teruslah ke resepi pertama yang nak saya kongsikan minggu ini yang masih lagi menggunakan ikan siakap nak perabihkan stok dalam fridge gamaknya..hahaha   kalau di post minggu lepas saya masak ikan siakap masam manis limau kasturi. Pada kali ini pula kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk Siakap Stim Asam Kelubi @ Asam Paya ok..


Siakap Stim Asam Kelubi @ Asam Paya

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap di bersihkan - dipupuk dengan sedikit garam dan lada sulah
5 biji buah asam kelubi
2 labu bawang besar size sedang aje - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
2 batang serai - dipotong serong
2 inci halia - dihiris halus
6-8 batang cili padi hijau - di titik atau di potong serong
1 batang cili merah - dipotong serong
1 batang lobak merah - dihiris (optional xletak pun tak apa)
1/2 cawan air
4 biji limau kasturi - perahkan jusnya
sedikit garam - (jangan banyak sebab asam kelubi dah masin)
sedikit perasa maggie secukup rasa (x letak pun xpe)

Cara:

Ikan yang dipupuk dengan sedikit garam dan lada sulah di letak ke dalam mangkuk atau bekas yang boleh dikukus. Taburkan dengan bahan2 yang dihiris/dipotong dadu iaitu bawang besar, bawang putih, halia, cili, serai dan lobak merah dan perahkan limau kasturi. Letakkan 5 biji asam kelubi dan curahkan air 1/2 cawan (kalau nak lebih kuah bolehlah letak 3/4 cawan ok.) letakkan sedikit sahaja garam sebab asam kelubi dah masin. Kukuskan selama 30 minit. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi atau sedap di ratah begitu sahaja.








Wednesday, March 11, 2015

Hot Dog Ala Amerika...apa2 jerlah..

Hai..bersiaran sekali lagi saya pada petang rabu ini..saje2 jer sementara line pun ok keje2 pun banyak yang di bereskan pagi tadi so pepetang nie dapatlah mengupdate tu pun resepi yang sempoi lagi senang bukan resepi ek namanya apa yer benda yang kita buat nie semuanya memang instant cuma di susun atur serba sikit maka terhasil roti ala2 yg digemari oleh orang putih tapikan semua ler orang hitam ke coklat ke kuning langsat ke semua la suka makan benda2 yang simple2 nie sebab x banyak kerenah nak membuatnya dan yang penting kenyang..oklah untuk sape2 yang mencari idea untuk breakfast ke atau makan bila2 masa pun boleh.. jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.


Hot Dog ala Amerika

Bahan-Bahan:

4 sausage - di celur/rebus sekejap aje
4 roll bun - boleh gunakan roti hot dog apa2 jenama
daun salad secukupnya
hirisan timun secukupnya
hirisan tomato secukup - saya guna tomato ceri sebab tomato besar xder
sedikit butter untuk sapu dalam roti
sedikit mayonis untuk drizzle  atas hot dog
sedikit chili sos untuk drizzle atas hot dog

Cara:  Roti roll bun di belah di tengahnya jangan sampai putus, sapu di tengahnya dengan sedikit butter, kukuskan sekejap aje. Susunkan daun salad, tomato dan timun di tengah belahan roti dan letakkan sebatang sausage yang di celur tadi. Drizzle kan dengan mayonis dan chili sos. Sedia untuk di makan.  senangkan budak kecik pun boleh buat..jom mkn hot dog kawan2.






Kuih Ketayap @ Kuih Dadar

Assalamualaikum...salam rabu buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang di sayangi. Agak lama  juga saya tak bersiaran di dapur alam maya saya ini..sebenarnya agak sibuk juga kesana, kamari, kesitu, kesinun sepanjang minggu lepas.  Saya menghadiri 2 majlis undangan perkahwinan satu di Johor Bahru dan satu lagi di seberang Tambak iaitu di Singapura.. seronaknya menghadiri majlis pengantin macam2 dapat makan dan sedap2 belaka pulak tu muahahaha melampaukan saya mana tak montel kebabomkan kawan2...saya pun dah lama tak muatkan entry sebarang majlis di ZLC kan inshaAllah bila ada kelapangan ok. Sementelah sibuk dengan berbagai acara dan taklimat serta mesyuarat so baru hari ini saya dapat mengupdate di blog ini pun yang saya masak pada cuti Jumaat lepas..jom kawan2 kita tengok resepi yang mudah lagi ringkas ini..cumanya kemenjadiannya agak tak berapa menarik sebab agak besor kebabom saya buat xpandai nak buat comel2 tapi x mengapalah yang penting sedap, sebab kulit kuih ketayap nie sangat lembut dan inti dia juga lemak2 manis..memang mabelesss lah uoll..jom kita tengok resepinya. Tolong jangan sakit mata tau sebab lari dari warna yang sepatutnya hijau kuih ketayap nie.. pewarna hijau kehabisan so saya letak jer pewarna kuning macam warna diraja pulakkan..anyway jgn pandang rupa sebab walaupun kurang indah di pandangan tetap sedap bila disantap hihihi..


Kuih Ketayap @ Kuih Dadar Kuning diRaja..

Bahan- Bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
garam sedikit 
1 sudu makan minyak masak dan 
sedikit pewarna kuning. 

Cara :  Semua bahan di atas di blender hingga halus panaskan sedikit minyak dlm nonstick pan masukkan sesenduk adunan. bila dah kering permukaan kueh dadar ini angkat dan susun dlm pingan..masukkan 2 sudu inti dan gulung macam kita buat popia.. sedia utk di hidang. resepi inti kelapa di bawah ok.

Untuk Inti Kelapa 

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah@gula timbang
1/2 cawan air. 
sehelai daun pandan simpulkan (saya xletak sbb xada)

Cara:  Semua bahan di masukkan dalam periuk kacau dengan api sederhana hingga kering. sejukkan dahulu sebelum di gunakan.







Thursday, March 5, 2015

Siakap Masam Manis Limau Kasturi..


Salam Khamis untuk semua..hari ini saya nak sharekan resepi masakan yang agak mudah dan ringkas yang selalu dijual di kedai2 makanan seafood thai..so hari ini masak sendiri aje x payah pi makan kat kedai rasanya pun setanding gan yang di masak oleh awe2 siam tu..sebenarnya pada resepi asal saya nak letak sos tomato untuk dapatkan rasa masam pada masakan ini tapi kebetulan stok sos tomato kehabisan jadinya saya tukarkan kepada jus limau kasturi..sama juga datang rasa masamnya dan sedap uolls kita yang buat dia kan... nie sebenarnya tagline orang2 yang suka menderhaka atau meng~inovasi resepikan muahahahaha..panjang pulak la cerita saya ek stop di sini dulu kita terus ke resepi di bawah:

 Siakap Masam Manis Limau Kasturi

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap - di bersihkan dan pupuk dengan sedikit garam dan kunyit
2 labu bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris halus
6 batang cili padi hijau - dihiris
4 batang cili padi merah - dihiris
3/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tiram
4 sudu besar jus limau kasturi
1/2 biji nanas - dipotong dadu
1 batang karet - dipotong dadu
1/2 batang timun - dipotong dadu
1 cawan air
Sedikit garam dan gula sebagai perisa
Minyak masak untuk mengoreng ikan dan menumis
Sedikit daun sup sebagai perhiasan

Cara:

1. Mula2 gorengkan ikan siakap yang telah di pupuk dengan garam kunyit sehingga garing angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang putih hiris bersama bawang besar dadu sehingga berbau harum dan layu, masukkan pula halia dan cili padi hiris dan sos cili bersama sos tiram. Balik2kan serta masukkan air diikuti dengan jus limau kasturi.
3. Bila kuah sos masam manis dah mendidih masuk pula karet dadu, nanas dan timun balik2 sebentar.
dan bila dah masak padamkan api. Untuk menghidang letakkan ikan siakap yang telah digoreng dalam pinggan/mangkuk curahkan kuah masam manis di atasnya dan taburkan dengan sedikit daun sup. Hidang bersama nasi panas..









Wednesday, March 4, 2015

Lempeng Kelapa @ Coconut Pancake

Salam Rabu untuk semua...dah sarapan lum..hari ini saya nak sharekan resepi sarapan pagi yang amat mudah dan sedap makanan kampung aje ni iaitu lempeng kelapa yang di makan bersama sambal tumis ikan bilis tapikan...ada tapinya saya dah modenkan sikit lempeng kelapa ini saya jadikan bentuk pancake dan bahan2nya masih kekal sama tepung gandum dan kelapa parut putih sebagai bahan asasnya dan saya letakkan pula baking powder so jadi gebusss la lempeng saya nie. kalau nak dikembalikan pada kejadian asalnya cuma cairkan sedikit adunannya dan x payah masukkan baking powder..jom arr kita tengok resepi yang very the simple nie ok...

Lempeng Kelapa @ Coconut Pancake

Bahan-Bahan:

2 cawan kelapa parut putih
2 cawan tepung gandum
1 camca teh penuh - baking powder
1/2 camca teh garam
2 cawan air
minyak masak untuk lenserkan pada nonstick pan
Sambal tumis bilis secukupnya.

Cara:

Gaulkan kelapa parut bersama tepung gandum, baking powder dan garam sehingga rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan di gaul sebati. Panaskan sedikit minyak masak dalam non stick pan dan letak satu senduk adunan lempeng kelapa tadi masak pada api sederhana, bila dah keperangan balikkan. Buat sehingga habis adunan lempeng tadi. Hidangkan panas bersama Sambal tumis ikan bilis.






Monday, March 2, 2015

Kuih Bom Kledek Jingga - very d soft

Assalamualaikum...salam Isnin buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi..hari ini nak kongsikan resepi kuih melayu yang amat mudah dibuat dan di sukai ramai iaitu kuih bom..abisss lah nanti meletopsss semuanya..hahaha..sorry lah uolls gurau2 pulak pepagi hari..x boleh nak bercerita panjang sebab ada keje lain ek...terus ke resepi yer kawan2 saya dapat resepi ini pun dari group RR di FB terima kasihlah sebab sejak join group ini senang nak cari resepi dan idea ada aje..

Kuih Bom Keledek Jingga

Bahan-Bahan:

500 gram keledek warna oren - direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 camca teh garam
secukupnya bijan putih
Minyak masak untuk mengoreng kuih bom

Bahan Inti Kelapa

3 1/2 cawan - kelapa parut putih
1 1/2 cawan - gula merah
1 1/2 cawan - air

Cara:

1. Mula2 sediakan inti - masak kelapa parut bersama gula merah dan air sehingga kering dan sejukkan dahulu (saya buat lebih inti - baki nya boleh disimpan dlm fridge utk buat kueh lain)
2. Untuk sediakan adunan kuih bom. Keledek yang telah direbus empuk di lecek hingga halus, masukkan tepung dan garam serta di gaul sebati.
3. Ambil sekepal adunan sebesar bola pinpong leperkan di tapak tangan dan masukkan pula inti kelapa secukupnya. Tutupkan dan bentuk adunan jadi bebola serta golekkan pada bijan.
4. Goreng dalam minyak terendam sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.  Sedia untuk dihidang..cubalah sangat lembut kuih bom ini.  (kalau nak kenyal saya rasa boleh tukarkan tepung gandum gan tepung pulut)..lain kali bleh cuba guna tepung pulut pulak..
inti kelapa in d making
bawak bekal sikit..
ni yang belum digoreng