Tuesday, May 26, 2015

Kueh Tiram Sira Pedas..


Selamat sejahtera untuk semua..hari ini saya nak share satu resepi snek atau kudapan yang sedap sebenarnya kueh ini banyak namanya tau ada yang namakan sebagai kueh lidah buaya, kueh kertas, kueh surat khabar, kueh ganyang, kueh tiram dan ada jugak nama lain kalau nak tau kena ler google yer kawan2.  Saya sebenarnya belajar buat kueh ni setelah tengok dalam group resepi ringkas di fb jadi memang teruja  nak membuatnya.  Pada asalnya kueh tiram ini sepatutnya di salut dengan gula aising saje tapi kerana saya suka yang lebih pedas maka terhasilah kueh tiram sira pedas ini..walaupun pembuatannya agak rumit tapi alhamdullilah jadi jugak kueh tiram versi sira pedas saya ini..so nak bagi credit pada tok guru yang ajar Hanif Muhammad yang mengajar macam mana nak jadikan kelopak tiram nie agak garing bila mengoreng dengan teknik gunakan lidi dan kuis2kan kelopaknya semasa mengoreng so dia akan merata garing bila di goreng..resepi nya pun macam nak copy paste aje dari tuan punya resepi yang saya belajar tu..tqsm for the awesome recipe k..sape nak cuba yang pedas nie..cuba lah pasti tak menyesal sebab sedap tau kawan2..


Kueh Tiram

Bahan-Bahan

3 cwn tepung gandum,*
1/2 cwn tepung beras,*
3/4 cwn minyak masak,*
1 bj telur,*
1/2 sdk garam,*
Air secukupnya,
1/2 cwn tepung ubi( dicampurkan dgn minyak 5 sdb ) untuk olesan


Caranya,


1. Campurkan semua bahan bertanda (*) ramas ramaskan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit,hingga membentuk doh yang sedikit keras dari doh karipap, 

2. Bahagikan kepada lima bahagian (saya bahagia 6 bahagian) lalu dicanaikan nipis kemudin sapukan adunan tepung ubi tadi..dan terus gulungkan. 
3. Potong potongkan (dalam 1 cm) dan kemudian leperkan hingga nipis seperti kertas (sila rujuk gambar)
4. Gorengkan ( sewaktu digoreng gunakan lidi dan bukakan kelopak supaya dlm kelopak juga garing) setelah keemasan toskan, dah sejuk baru taburkan gula halus atau dibuat sira pedas seperti resepi di bawah..

Untuk  sira pedas
Bahan2nya

6 sudu  makan cili blender
8-9 sudu makan gula pasir (gula pasir biar lebih)
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:
Tumiskan cili blender dan masukkan gula tumiskan hingga sambal menjadi likat dan warnanya 
akan menjadi merah gelap. masukkan juga sedikit garam. (Kalau nak masukkan 3 butir bawang putih yang ditumbuk halus boleh tapi saya tak letak pun) bila sambal dah likat bolehlah padamkan api. Bila sambal dah agak suam masukkan kueh tiram dan digaul rata. Boleh di simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan keragupan kueh tiram sira pedas ini.
bahagikan doh kepada 5 atau 6 bahagian
tepung ubi yang dicampur dengan minyak utk olesan
bila dah canai nipis doh oleskan dengan tpg ubi yg dicampur minyak td
yang nampak mcm ulat bulu nie doh yg digulung dan potong
gelekkan sehingga nipis
susunkan dalam dulang sedia utk digoreng
ini sambal sira pedas yang dah likat
Kueh tiram setelah digoreng..boleh salut dengan gula atau disira pedas..






Monday, May 25, 2015

Kuih Bom Bijan..


Assalamualaikum dan salam Isnin buat semua pengunjung ZLC yang saya sayangi hari ini baru berkesempatan untuk membuka teratak ZLC nie..dah lama nampaknya saya tinggalkan dah bersawang2 pun..so di kesempatan yang sedikit ini saya nak berkongsi  resepi kueh bom yang kemenjadiannya pada minggu lepas..saya sebenarnya memang suka makan kueh2 melayu seperti ini dibandingkan dengan kueh2 yang agak moden seperti kek dan lain2nya.  Oleh kerana tekak nie dah termengidam nak makan kueh bom dan kebetulan bahan semua dah ada so apalagi on ajer projek mengeboom...opps bom bijan kueh jerr..bukan bom yang lain2 tau kawan2..hahaha ada2 ajelah saya nie ek..ok tanpa membuang masa jom semak resepi kueh yang garing diluar dan kenyal2 manja di dalam intinya pula adoyaiiiiii sedapnya sebab berperasa durian.. selagi stok gula@jem durian yang kakak saya Milah tu ada so memang sedap dibuat inti kelapa berperisa durian nie..sedap tau kawan2 rugi kalau tak mencubanya..sorry ek asik masuk bakul angkat sendiri aje saya ni..muahaha

Kuih Bom Bijan
Bahan-Bahan:

Untuk Doh
2 mug tepung pulut
1/2 mug tepung gandum
1 sdk garam
1 mug air (lebih kurang)
secukupnya bijan untuk di salut pada kuih
minyak masak untuk menggoreng

Untuk Inti
1/2 biji kelapa parut putih
2 keping gula kereh/nisang
3 sudu makan gula@jem durian (jika guna isi durian dalam 1 cawan)
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu makan tepung gandum
3/4 mug air

Cara:
1. Mula2 sediakan inti. Masukkan air kedalam periuk atau kuali masukkan gula kereh@gula nisang
2. Masukkan juga pandan yang disimpul berserta gula@jem durian. Masak sehingga mendidih baru masukkan kelapa parut putih. Kacau sehingga agak mengering dan masukkan juga tepung. Kacau sehingga agak kering dan keluarkan untuk disejukkan terlebih sebelum digunakan.
3. Untuk sediakan doh campurkan tepung pulut bersama tepung gandum dan garam halus, masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh yang lembut kalau anggaran terlembik boleh tambah 1 hingga 2 sudu tepung gandum. Jika dah cukup airnya jangan habiskan air.
4. Bahagikan adunan doh kepada 19 bahagian bebola kecil macam besar bola pingpong. Sediakan inti juga bulat2kan.  Ambil 1 doh leperkan ditapak tangan kalau nak senang sapukan tapak tangan dan jari dengan sedikit minyak untuk senang bentukkan masukkan inti tadi tutup dan bulatkan. Golekkan dalam bijan. Buat sehingga siap kesemuanya.
5.  Panas minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Toskan dan hidangkan kueh ini. In sha Allah kueh ini tidak akan meletup dalam kuali.  Cubalah yer sedap kueh nie..








Tuesday, May 19, 2015

Ikan Siakap Masak Sos 3 Jenis...


Assalamualaikum..salam Selasa untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yg saya sayangi akak sibuk la sekarang ini so memang la jarang2 dapat menjengah ke blog..oleh kerana ada bahan atau resepi yang boleh akak kongsikan bersama di sini so..menyempatkan diri untuk menulis resepi ringkas.. Masakan yang dimasak 2 minggu tau 3 minggu lalu nie bolehlah dikategorikan masakan ikan siakap yang memang suka di masak oleh kebanyakan orang sama ada dimasak sendiri atau bila pi makan kat restoran ala Thai tentu ramai yang oder ikan siakap tiga rasa atau siakap masam maniskan.. Jadinya kemenjadian resepi ini yang lebih mudah dari yang selalu kita masak tu sebabnya gunakan bahan sos2 yang terdapat di dapur kita aje..yang penting kita berani cuba campur2kan dan olah sesuatu resepi itu maka terhasilah ikan siakap sos 3 jenis ni..dan bahan tambahannya kicap..selain sos tiram, sos tomato n sos cili..senang nak membuatnya dan yang pentingnya sedap tau..hihihi sorry yer masuk lif tekan sendiri akak nie..jom ler kita tengok resepi yang siap di edit dan gambar sekali ok..selamat mencuba..




Sunday, May 10, 2015

Churros - Mexican mari..


Merathon nampaknya saya hari ini sebabnya tadi saya baru masukkan resepi pulut panggang inti serunding daging..dan kali nie resepi yang berasal dari Mexico uolls ..oklah sebenarnya saya pun baru 1st time buat churros ni pada Jumaat lepas oleh kerana buatnya agak mudah saya buat lagi semalam hari sabtu sebab nak tunjukkan cara2 nak men..churros pada hakak saya Milah.. Resepi yang mudah seakan cream puff atau eclair nie sememangnya sedap sebab rasanya yang lemak2 gitu, boleh dimakan dengan di sprinkle icing sugar atau castor sugar atau boleh juga di celup dengan coklat cair atau nuttela. Method untuk masaknya yang perlu didihkan air bersama butter dan gula serta sedikit garam sama gan cara2 nak buat cream puff cuma yang ini tak gunakan baking powder.. oklah saya kongsikan gambar2 serta resepi yang telah saya editkan  digambar juga yer.. jom lerr layan churros ini yang sangat mudah dan ringkas..








Pulut Panggang Inti Serunding Daging..

Salam Ahad untuk semua rakan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi..dah lama tak mengupdate di blog kan..oleh kerana saya ada bahan2 yang boleh di update yang saya masak seminggu dua nie jadi saya rasa sesuailah saya masukkan di blog, senang untuk dirujuk  bila kita nak mencari resepi

Pulut Panggang ini memang makanan kegemaran saya  sama ada yang di intikan dengan serunding kelapa udang kering, serunding ikan..dan pada kali ini saya intikan pula dengan serunding daging yang dibeli so cuma tinggal buat pulutnya aje intinya yang instant ajer.. so saya cuma bungkus dengan daun pisang dan saya grill @balik2kan atas  nonstick pan aje..cumanya tak berapa nak cantik sebab intinya sememeh patutnya ada cara untuk jadikan pulut panggang ini cantik rupanya kena tekan pulutnya dan kena gulung pulut hingga tertutup intinya..dh dapat tips macam mana nak buat pulut panggang yang cantik nanti saya akan buat lagi in sha Allah..tp walaupun rupanya tak brapa nak cantik tetap sedapppp tau kawan2 pulutnya cukup rasa lemak2 gitu gan inti yang diletak lebih ikut anak tekak yang nk makan kannn..muahahaha.

.hari ini mood agak kelaut sikit jadi saya x der idea nak bercerita panjang so teruslah kita tengok gambar2 yang sempat saya snap dan juga resepi yang saya telah edit..almaklumlah sebab sebelum ini saya masukkan di fb jadi lebih mudah siap di edit..