Wednesday, June 17, 2015

Ayam Kunyit dan Sayuran..sesuai buat lauk berbuka

Salam Rabu untuk semua..hari ini saya nak share resepi ringkas masakan ayam kunyit bersayur..masakan macam nie memang sesuai kalau tak cukup masa nak masak lebih dari sejenis lauk sebab dah ada ayam di dalamnya dan juga sayuran.. Lebih2 lagi di bulan2 puasa untuk ibu2 yang bekerja mungkin terfikir nak masak apa yang mudah lagi ringkas.  Kejadian masakan ini yang saya masak pada 2 minggu sudah..agaknya x ingat..saya gandingkan dengan sambal belacan dan sup kentang dan ayam sahaja..walaupun ringkas alhamdullilah sedap dan laju aje bila makan lebih2 lagi digandingkan dengan sambal belacan yang umphh..Jom kita lihat resepi di bawah.


Ayam Kunyit dan Sayuran

Bahan-Bahan:

500 gram ayam bahagian isi (saya suka rib sebab ada tulang2 sikit) dipotong kecil dan pupuk garam kunyit
1 batang lobak merah - dipotong batang mancis kasar
6-7 batang kacang panjang - potong 1 1/2 inci
1/2 kuntum bunga kobis - dipotong kecil
2 labu bawang besar - belah 2 dan dihiris kasar
4 ulas bawang putih - dihiris
2 biji lada merah - dihiris serong
6-7 batang cili padi
sedikit garam
sedikit perasa pati ayam pasti sedap
sedikit minyak masak untuk goreng ayam dan untuk menumis

Cara:

1. Mula2 gorengkan ayam yang telah dipupuk dengan garam kunyit - angkat dan toskan
2. Tinggalkan baki minyak sedikit sahaja untuk menumis bawang, Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu dan harum.  Masukkan sedikit sahaja air dan masukkan lobak merah dan sayuran lain berserta lada.
3. Masukkan juga ayam yang telah digoreng tadi balik2an dan perisakan dengan sedikit garam dan serbuk pati ayam.  Masakkan ini kering dan tak perlu berkuah.  Hidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan.


sebelum dimasak kita posing dulu ek..hihihi




2 comments:

  1. Sedapnya ..
    Selamat berpuasa ye kak :)

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa juga untuk adda syuhada..alhamdulillah sedap dik..

    ReplyDelete